Berjuanglah Kerana Tuhanmu Wahai Mujahidin SAM Bestari

Ahad 29/4/2012, jam 9.45 pagi hingga 11.45 pagi saya telah berada di SAM Bestari, Subang Jaya kerana memenuhi jemputan untuk menyampaikan tadzkirah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4.

Ma sha’ ALLAH, kagum juga saya melihat betapa gahnya sekolah ini.  Banyak kemudahan.  Dan kawasan sekolahnya lebih luas berbanding sekolah-sekolah SAM yang pernah saya lawati.  Sepatutnya para pelajar yang berpeluang belajar di sini bersyukur kepada ALLAH atas rezeki mereka yang mendapat tarbiyyah dalam suasana bi’ah yang solehah beserta kemudahan yang baik begini.

Kehadiran saya disambut oleh saudara Redha yang merupakan fasilitator program yang diadakan.  Lebih kurang jam 10 pagi, saya telah memulakan sesi saya dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 45 minit.  Tajuk yang diminta untuk saya sampaikan ialah ‘Al-Quran dan As-Sunnah Entiti Mujahidin’ atau singkatannya ‘AWSEM’, dengan menyebutnya ‘awesome’.  Kepada ALLAH saya pinta agar hati-hati mereka mendapat hidayah dan taufiqNYA melalui ceramah ini, amin.

Sepanjang sesi tersebut, pelajar-pelajar telah saya bawa untuk memahami erti kejayaan sebagaimana yang disebut oleh ALLAH Ta`ala di dalam al-Qur’an.  Ini supaya mereka dipandu dengan kejayaan versi ALLAH.  Dan bukannya kejayaan versi manusia yang selalu digembar-gemburkan melalui kata-kata masyarakat dan media.  Supaya mereka jelas kejayaan yang macam manakah yang diiktiraf oleh ALLAH.

Sekolah2 agama adalah kubu ummat Islam bagi melahirkan pejuang2 agama. Semoga ALLAH memelihara mereka semua dengan hidayah dan taufiqNYA dan moga mereka terus thabat di atas agamaNYA, amin…

Antara ayat al-Qur’an yang disentuh dan diberi huraian bagi menyampaikan maksud tersebut ialah:

  1. Ayat 1-5 dari surah al-Baqarah.
  2. Ayat 104 dari surah ali-`Imran.
  3. Ayat 1-11 dari surah al-Mu’minun.
  4. Ayat 1-3 dari surah al-`Asr.

Dan yang penting juga ialah dengan membawa mereka mengenali tujuan mereka dijadikan sebagaimana yang disebut oleh ALLAH Ta`ala dalam ayat 56 dari surah adz-Dzariyaat dan ayat 162-163 dari surah al-An`am.  Ayat ini telah diberikan penekanan supaya mereka tahu dan ingat apa tujuan dan matlamat kehidupan mereka dan supaya mereka tidak tersasar.

Mujahid sebenar ialah mujahid yang berjuang untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Dia lebih gemar akan Akhirat. Tempat yang ditujunya ialah Syurga.

Selain itu, berbagai nasihat menyentuh peluang keampunan, peluang untuk menjadi baik yang sentiasa terbuka luas dan peluang untuk menjadi pengajak kebaikan, yakni pendakwah, turut diberikan penekanan sepanjang sesi tersebut.

Tidak lain dan tidak bukan supaya mereka nampak bahawa di dalam dunia ini dalam usaha mujahadah mencari kejayaan yang diredhai ALLAH, bahawa peluang sentiasa ada.  Iaitu peluang untuk patah balik dan taubat jika terlanjur.  Peluang untuk hijrah untuk menjadi baik yang sentiasa dialu-alukan TUHAN.  Dan peluang untuk menggandakan bekalan ke akhirat menerusi kerja-kerja dakwah.  Semua mesej ini telah didedahkan kepada mereka dengan perkongsian kalam-kalam Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang mulia.

Kalam Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sentiasa menggerakkan hati, mulut dan tangan Mukmin untuk mengejar redha ALLAH.

Fastabiqul khairaat, berlumba-lumbalah berbuat kebaikan…!

Semoga perkongsian sepanjang 1 jam 45 minit yang disampaikan menggunakan persembahan Powerpoint dan diselang-selikan beberapa video itu memberikan manfaat buat diri saya sendiri dan juga buat para pelajar yang sudi meluangkan masa mendengar dan menekuninya.  Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH, amin…

InsyaALLAH, semoga kita berjumpa lagi di dunia ini pada lain masa dan besarlah harapan agar kita semua berjumpa di Syurga, amin 🙂

muzir.wordpress.com
30 April 2012
 
——-

Artikel yang mungkin berkaitan:

Advertisements

4 responses to “Berjuanglah Kerana Tuhanmu Wahai Mujahidin SAM Bestari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: