Monthly Archives: May 2012

Gangguan Jin: Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1.  Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2.  Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) yang masudnya “Dengan Nama ALLAH” dan fahami bacaan tersebut.

3.  Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas.  Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ

(a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim)

Maksudnya:  “Aku berlindung dengan ALLAH dari Syaitan yang direjam.”

Continue reading

Advertisements

Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan

Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?  Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.  Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?

Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini.  Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita.  Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.

Lalu, bagaimana?  Adakah mesti dibuang wang haram itu?  Tidak, jangan pula dibuang.  Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh memberikan manfaat kepada masyarakat lain.  Antaranya diserahkan kepada:

  • Institusi baitulmal,
  • pusat zakat
  • pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.

Para ilmuan agama yang membicarakan hal ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti:

  • membina tandas orang ramai,
  • pagar masjid/sekolah,
  • menambahbaik kemudahan awam,
  • membina tempat letak kereta,
  • membina jambatan
  • jalanraya/lebuhraya.

Di dalam tulisan ini, saya ingin mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram tuan/puan.  Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui harta tuan/puan yang lain.  Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk berbuat kebaikan.

Continue reading


Hadith-hadith Mengenai Dajjal, Isa, Ya’juj, Ma’juj dan Peristiwa Dekatnya Hari Qiamat.

Perkara-perkara ghaib seperti turunnya al-Masih ad-Dajjal, al-Masih `Isa, Ya’juj, Ma’juj dan lain-lain peristiwa yang bakal berlaku menjelang Hari Qiamat tidak dapat kita ketahui melainkan melalui wahyu.  Kita seharusnya tidak pandai-pandai bercakap mengenai hal yang besar ini mengikut hawa nafsu, melainkan bercakap tentangnya menurut apa yang telah dikatakan oleh ALLAH Ta`ala dan RasulNYA.

Berikut ini disenaraikan antara hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenainya supaya kita semua dapat merujuk berkenaan hal di atas berdasarkan sumber yang sahih, dipercayai lagi muktamad. Continue reading


Panduan Solat & Doa Istikharah

Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..

Dalil Disyariatkan Solat Istikharah

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.

Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa: Continue reading


Wahai Adik2ku, Jagalah Syariat ALLAH!

Semoga saya dan mereka dipelihara ALLAH dengan hidayah dan taufiqNYA, amin.

Semalam, 20/5/2012 saya sempat bersama dengan sekumpulan pemuda pemudi bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.   Umur mereka sekitar 19 tahun.  Kebanyakan mereka sedang belajar di universiti, kolej dan di tingkatan 6 atas.  Ada juga yang sedang bekerja.

Saya telah dijemput oleh Ustadz Fahmi Nahrawi untuk mengisi slot ringkas dan santai dalam majlis reunion mereka.  Alhamdulillah, walaupun berlaku perubahan jadual masa, namun program tersebut tetap berjaya diadakan.  Tahniah buat yang terlibat dengan penganjuran majlis ini.  Semoga usaha kalian diberkati, amin.

Memang seronok bersama mereka.  Apatah lagi masing-masing menceritakan kisah mereka yang bermacam-macam.  Mendengar cerita mereka, saya berasa lega kerana tarbiyyah Islamiyyah dan bi’ah solehah yang selama ini mereka perolehi di sekolah agama telah menjadikan mereka mempunyai fikrah Islami dan tahu membawa diri masing-masing.  Itulah keberuntungan yang biasa diperolehi oleh para pelajar sekolah agama.  Mereka tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk kerana asas agama mereka telah ditanam sejak kecil dan remaja lagi.  Beruntunglah para ustadz, ustadzah dan guru-guru yang pernah membentuk mereka. Continue reading


Konvensyen Fiqh Ummah 2012 (7-8/7/2012, UTM Skudai)

KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012

Tarikh:

7 & 8 JULAI 2012.

Tempat:

Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor Darul Ta`zim.

Peta:  http://k-fiqh.com/?page_id=416

Pendaftaran:

Klik sini:  http://k-fiqh.com/?page_id=366

Yuran penyertaan:

Sila rujuk poster di atas untuk mengetahui yuran penyertaan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Faruq:  013-4167725

Rabiatul:  013-7784830

Berdasarkan pengalaman saya yang telah menghadiri program ini di PWTC lalu, maka saya ingin merekomen kalian yang berkesempatan agar turut cuba menghadirinya kali ini yang diadakan di UTM Skudai.  InsyaALLAH banyak pendedahan dan perkongsian dari ramai ilmuan dalam berkongsi pemahaman wasathiyyah yang dianjurkan Islam.

Sekadar memaklumkan dan untuk disebarkan.  Semoga ALLAH memberkati majlis ini, para penganjur dan para pesertanya, amin.

muzir.wordpress.com
21 Mei 2012.

Hadith Mengisahkan Taubat Pembunuh 100 Jiwa Manusia

Dari Abu Sa`id Sa`d bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 orang.  Kemudian dia mencari-cari orang yang paling `alim di negeri itu maka dia pun ditunjukkan kepada seorang pendeta.  Dia pun lantas datang kepada si pendeta dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah masih boleh diterima taubat.  Lalu pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan diterima.  Lantas orang itu membunuh si pendeta tadi maka genaplah sudah orang yang dibunuhnya sebanyak 100 orang.

Dia mencari-cari lagi orang yang paling `alim di negeri itu maka dia ditunjukkan kepada seseorang yang sangat `alim.  Kemudian dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka adakah masih boleh diterima taubatnya.  Orang yang sangat `alim itu menjawab,  “Ya, masih boleh.  Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat?  Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah sana itu sama menyembah kepada ALLAH Ta`ala, maka sembahlah ALLAH bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam.” Continue reading


Kursus Perancangan Kewangan Islami (10/6/2012, SC)

Kursus Perancangan Kewangan Islami.

Tarikh: 10 JUN 2012.
Tempat: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara, KL.
Masa: 8 pagi – 6 petang

Maklumat lanjut dan yuran penyertaan adalah seperti tertera di dalam poster.

Peta: Continue reading


Wahai Orang Berdosa, Kalam Semangat Ini Buatmu…

Jangan kau putus asa dengan TUHAN…

Apabila ditulis pada tajuk ‘wahai orang berdosa’, saya tidak menujukan kepada orang lain melainkan kepada diri saya sendiri sebenarnya.  Ya, sayalah orang berdosa itu.  Saban hari dan minggu, ada sahaja dosa yang dilakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja.  Apatah lagi dosa-dosa lalu yang entah bagaimana statusnya.  Masihkah tertulis di dalam buku amalan ataupun sudah dihapuskan oleh ALLAH, Tuhan Yang Maha Menghapuskan Dosa dan Yang Suka Menghapuskan Dosa.

Betapa lemah dan lalainya diri ini.  KepadaNYA lah diharapkan hidayah dan taufiq.  Diharapkan juga moga dosa-dosa lalu, dosa-dosa hari ini dan dosa-dosa akan datang diampunkan olehNYA.  KepadaNYA lah dipanjatkan harapan.  Kerana DIA lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Dalam menempuh perjalanan kehidupan, kita kadang-kadang bahkan selalu terlalai dan terpesona akan keindahan yang terlihat dek mata kita.  Sehingga melencong masuk ke jalan atau lorong yang salah.  Kita mungkin cepat atau lambat sedar bahawa jalan yang dimasuki itu jalan yang salah.  Namun, apabila tersedar bahawa jalan itu salah, janganlah pula pasrah lalu putus asa.  Jangan anggap bahawa tiada harapan lagi untuk pulang ke jalan yang asal, iaitu jalan menuju kepada keredhaan ALLAH.

Kita masih ada harapan untuk buat pusingan-U dan masuk kembali ke jalan sebenar.  Walau jauh mana pun kita telah tersesat dan walau jauh mana pun kita telah terlencong, peluang untuk kembali ke jalan yang sebenar sentiasa terbuka dan malah amat dialu-alukan oleh ALLAH `Azza wa Jalla.

Benarkah begitu?

Ya, berikut ini saya senaraikan beberapa kalam ALLAH Yang Maha Mulia dan kalam RasulNYA sallAllahu `alaihi wasallam bagi mencetus semangat dalam hati saya dan tuan/puan betapa peluang sentiasa ada untuk kembali kepadaNYA.  Bahkan sangat terbuka luas.

Motivasi Dari ALLAH & RasulNYA

Pertama, ALLAH Ta`ala menyuruh kita agar bertaubat kepadaNYA.  Ia suatu suruhan dari Sang Pencipta kepada makhluq yang diciptaNYA.  Hal ini disebut di dalam Al-Quran dengan firman ALLAH Subhanahu wa Ta`ala:

وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”  

(Surah An-Nur, 24:31)

Kedua, ALLAH menyatakan di dalam Al-Quran bahawa peluang sentiasa ada untuk hambaNYA kembali untuk mendapat keampunanNYA.  Jangan sekali-kali berputus asa.  ALLAH Ta`ala berfirman:

قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah az-Zumar 39:53)

Ketiga, ALLAH sangat gembira apabila ada di kalangan hambaNYA yang bertaubat dan mahu kembali kepadaNYA.  Hal ini ada dinyatakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Abu Hamzah Anas bin Malik radhiAllahu `anhu seperti berikut yang maksudnya:

“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menjumpai kembali untanya yang hilang di tengah-tengah padang gurun.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam riwayat Muslim, dikatakan maksudnya:

“Sungguh ALLAH lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA ketika hambaNYA itu bertaubat kepadaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dikenderaaninya itu lari meninggalkannya padahal di atas haiwan itu terdapat makanan dan minuman orang itu, kemudian dia berputus asa untuk dapat menjumpainya kembali.  

Dia lantas berteduh di bawah pohon dengan membaringkan badannya sedangkan dia telah benar-benar putus asa untuk dapat menemui kembali haiwan yang dikenderaaninya itu.  Kemudian ketika dia bangkit tiba-tiba dia menemui semula haiwan yang dikenderaaninya itu lengkap dengan bekal yang dibawanya.  

Kemudian dia segera memegang tali kekangnya lalu berkata dengan sangat gembira, “Wahai ALLAH, ENGKAU adalah hambaku dan aku adalah TuhanMU.”  Dia  tersilap  mengucapkan kalimah itu akibat terlalu gembira yang sangat-sangat.”

(HR Muslim)

Lihatlah, betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta`ala apabila ada hambaNYA mahu kembali bertaubat kepadaNYA.  Hadith di atas adalah perumpamaan yang dibawa oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan ia bisa menjadi motivasi buat kita apabila ada orang berbisik atau menyakat kita seperti “engkau ni tiada harapan dah nak bertaubat” atau seumpamanya.  Ketahuilah, bahawa ALLAH suka bahkan sangat gembira menerima taubat.  Justeru, pulanglah kepada ALLAH dengan penuh harapan.

Keempat, ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sentiasa membuka peluang yang sangat luas  untuk hambaNYA bertaubat selagi belum sampai kepadanya dua kejadian, iaitu meninggal dunia dan matahari terbit dari sebelah barat yang merupakan suatu tanda besar hampir berlakunya Hari Kiamat dan meninggal dunia.

Dari Abu Musa `Abdullah bin Qais Al-Asy`ari radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH Ta`ala senantiasa membentangkan tanganNYA pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya, dan membentangkan tanganNYA pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya.  Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (sampai hari mahu Kiamat).”  

(HR Muslim)

Dari Abu `Abdurrahman `Abdullah bin `Umar bin Khattab radhiAllahu `anhuma, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong (sebelum sakaratul maut).”  

(HR at-Turmudzi dan katanya hadith ini hasan)

Taubat sentiasa terbuka luas selagi belum terjadi 2 perkara, iaitu:  1) Kematian dan 2) Matahari terbit dari arah barat (tanda besar Hari Qiamat)

Taubat sentiasa terbuka luas selagi belum terjadi 2 perkara, iaitu: 1) Kematian dan 2) Matahari terbit dari arah barat (tanda besar Hari Qiamat)

Kelima,  ALLAH sentiasa mahu memberikan keampunan kepada kita walau sebesar mana pun dosa kita, asal sahaja kita mahu kembali bertaubat kepadaNYA.  Hal ini telah disebutkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam di dalam sebuah hadith qudsi, daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu bahawa Baginda bersabda yang maksudnya:

“Wahai anak adam! sesungguhnya jika engkau berdoa kepadaKU dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu atas apa yang engkau telah lakukan, dan AKU tidak peduli,

Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu tinggi sampai menyentuh awan di langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu,

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik terhadap-KU dengan sesuatu, niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi juga.”

(HR Tirmidzi, beliau berkata hadith ini hasan sahih)

Walau jauh mana pun dikau tersasar dan terlencong, kembalilah. Kembalilah ke jalan menuju ALLAH. ALLAH sayang kamu.

Nah, itulah antara kalam-kalam mulia yang boleh dijadikan sandaran teguh buat kita semua dalam memupuk semangat agar segera bertaubat kepada ALLAH `Azza wa Jalla.

Bukankah ia bisa menyegarkan hati kita? Bukankah dengan membacanya menerbitkan cahaya terang menyinarkan harapan?

Jangan Tunggu Lagi!

Ayuh, jangan tunggu lagi.  Kita tidak tahu saat bila umur kita akan berhenti.  Dan kita juga tidak tahu bilakah matahari akan terbit dari arah barat yang menandakan dunia ini akan mati. Disebabkan kita tidak tahu, jadi penangguhan terhadap taubat adalah suatu yang sangat merbahaya.  Ia bisa menerjah tiba-tiba pada saat kita tidak bersedia dan tidak sempat bertaubat.

Janganlah termakan kata-kata hinaan rakan atau keluarga yang mengatakan kita tiada peluang untuk bertaubat.  Jangan terhasut bisikan-bisikan halus dalam hati yang mengatakan ALLAH tidak akan menerima taubat.  Dan janganlah pula terikut dengan ajakan nafsu agar taubat itu ditangguhkan ke suatu masa yang akan datang.  Bersegeralah kepada pengampunan ALLAH.

Semoga ayat-ayat di atas menyerap masuk ke dalam dada kita untuk ia dijadikan pendorong.  Tatkala kita terlencong atau tersasar dari jalan kebenaran, ingatlah dan yakinlah bahawa kita boleh bahkan dialu-alukan untuk segera berhenti dan pusing kembali masuk semula ke jalan yang benar.  Sungguh, pada kalam-kalam ALLAH dan RasulNYA terdapat kekuatan yang luar biasa buat orang-orang yang beriman dan mahu beriman.

ALLAH sayangkan kita semua.  ALLAH mahukan kita semua masuk ke dalam SyurgaNYA.  ALLAH mahu berjumpa kita dalam keadaan DIA redha dan kita juga redha.  ALLAH sangat mengalu-alukan taubat kita.  Justeru, bertaubatlah sekarang.  Jangan tangguh lagi.

Semoga ALLAH Ta`ala memandu kita semua kepada keredhaanNYA dan semoga Syurgalah tempat kita, amin.

Sekadar berkongsi,

muzir.wordpress.com
13 Mei 2012

——-

Tulisan ini juga baik untuk dibaca:


Anjuran Menuntut Ilmu dan Kelebihannya

1.  Daripada Mu`awiyah bin Abi Sufyan, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ

“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH pada seseorang itu akan kebaikan, nescaya DIA fahamkan diri seseorang itu dalam hal agama.”

(HR Muttafaqun `alaih)

2.  Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا اِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dimudahkan  oleh ALLAH baginya jalan menuju ke Syurga.”

(HR Muslim)

3.  Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalan-amalannya kecuali tiga hal:  sedeqah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo`akannya.”

(HR Muslim, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari sanad yang lain.)

Rujukan:  Terjemahan Ringkasan Targhib wa Tarhib, susunan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani.


%d bloggers like this: