Genap 7 Tahun Bersama Takaful IKHLAS

Alhamdulillah, segala puji-pujian untuk ALLAH, Rabb sekalian alam.

Hari ini 1/5/2012, telah genaplah 7 tahun saya bersama dengan syarikat Takaful IKHLAS Sdn Bhd sebagai Perunding/Ejen Takaful sepenuh masa.  Banyak kisah pahit dan manis sepanjang tempoh ini.  Apa yang saya harapkan moga-moga itu semua dikira oleh ALLAH `Azza wa Jalla sebagai sebahagian daripada amal-amal soleh supaya ia dapat diambil manfaatnya pada Hari Akhirat nanti, amin.

Terima kasih saya ucapkan buat kesemua rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan menyokong saya pada awal kerjaya saya sebagai Perunding Takaful.  Pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan tips yang kalian kongsikan telah banyak menjadikan diri ini bersedia dengan cabaran.

Terima kasih yang teramat sangat buat kesemua para pelanggan saya yang percaya dan menyokong saya sejak awal penglibatan saya di dalam kerjaya dan perniagaan ini.  Tanpa kalian, siapalah saya.  Kepercayaan dan sokongan kalian yang berterusan itu telah menguatkan saya zahir dan batin.

Semoga ALLAH membalasi kebaikan kalian dengan kebaikan dari sisiNYA, amin…

“Ingat Takaful, Ingat Shahmuzir”

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
019-3826408
Perunding Takaful
Takaful IKHLAS Sdn Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: