Gangguan Jin: Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1.  Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2.  Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) yang masudnya “Dengan Nama ALLAH” dan fahami bacaan tersebut.

3.  Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas.  Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ

(a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim)

Maksudnya:  “Aku berlindung dengan ALLAH dari Syaitan yang direjam.”

4.  Membaca beberapa kali surah al-Falaq dan sebaik-baiknya hayati ia.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ.  مِن شَرِّ مَا خَلَقَ.  وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ.  وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ.  وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya:  “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,  Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;  Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;  Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);  Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

(Surah al-Falaq, 113: 1-5)

5.  Membaca beberapa kali surah an-Nas dan sebaik-baiknya hayati ia.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ.  مَلِكِ النَّاسِ.  إِلَٰهِ النَّاسِ.  مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ.  الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ.  مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

Maksudnya:  “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.  Yang Menguasai sekalian manusia,  Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,  Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

(Surah an-Nas, 114: 1-6)

6.  Membaca beberapa kali ayat al-Kursi (ayat ke-255 dari surah al-Baqarah) dan sebaik-baiknya hayati ia.

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya:  “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” 

(Surah al-Baqarah, 2:255)

7.  Bertakbir “الله اكبر” (Allahu Akbar) yang maksudnya “ALLAH Maha Besar” beberapa kali dan fahami maksudnya.

Itulah antara ikhtiar asas yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila berlaku kecemasan sekiranya ada gangguan jin.  Bacalah ayat-ayat di atas berulang-ulang kali dan dengan jelas.  Jika kes kerasukan, bacalah dengan jahar (jelas dan bukan perlahan suaranya) agar jin yang nakal itu dengar.  Tidak perlu tergopoh-payah ketika membacanya.

Teruskan membacanya walaupun mungkin kalian diejek, diludah, dimarah, dijerit, dikutuk, diganggu, dijeling, dimaki dan ditertawa oleh jelmaan jin atau mangsa rasukan.  Sabar, cuba abaikan gangguan itu dan panjatkan pengharapan kepada pertolongan ALLAH.  ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu.

In sya’ ALLAH, dengan kehendak ALLAH, gangguan itu akan berhenti dan orang yang dirasuk itu akan sembuh.

Sebagai tambahan, boleh juga dibaca:

8.  Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْاَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعٌ الْعَلِيمُ

(bismillahilladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil-ardh wa la fissama’, wa hua assami`ul-`alim)

Maksudnya:  “Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, tidak ada sesuatu apa pun di darat yang dapat memberikan mudharat, tidak juga di langit.  Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, Maka Mengetahui”

9.  Membaca ucapan berikut beberapa kali sambil menghayatinya:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)

Maksudnya:  “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.”

10.  Baca surah al-Fatihah dan fahami ia.

11.  Baca surah al-Baqarah.  Kalau tak sempat baca surah al-Baqarah atau tidak hafal, bolehlah pasang audio surah al-Baqarah.

Ikhtiar-ikhtiar di atas mempunyai fadhilat yang berbeza-beza tapi mempunyai maksud umum yang sama iaitu meminta perlindungan dengan ALLAH dari kejahatan makhluq samada dari kalangan jin atau manusia atau haiwan.

Percayalah sungguh-sungguh bahawa ALLAH sedang mendengar permintaan kita tatkala kita sedang memohon daripadaNYA.  Dan yang paling penting, teguhkan hati bahawa hanya ALLAH yang mampu selesaikan masalah itu.  ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan DIA lah yang hanya boleh bantu.

ALLAHU A`LAM.

Sekadar berkongsi,

muzir.wordpress.com
30 Mei 2012.
Advertisements

One response to “Gangguan Jin: Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: