Monthly Archives: June 2012

[An-Nasihah] Kelebihan Membaca & Menghayati Al-Quran

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
29 Jun 2012.
Advertisements

Bacaan Hadith-hadith Puasa Kitab `Umdatul Ahkam & Ijazah Sanad Oleh Ust Adlan (21/7/2012)

InsyaALLAH, sempena Ramadhan, satu program bacaan hadith-hadith puasa dari kitab `Umdatul Ahkam (`Umdatul Ahkam dalam PDF) akan disampaikan oleh Ust Adlan Abdul Aziz.  Butiran adalah seperti berikut: Continue reading


Jadual Kuliah Dr Abdul Basit (28/6-1/7/2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

Butiran jadual kuliah umum Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman pada 28/6/2012 (Khamis) hingga 1/7/2012 (Ahad), insyaALLAH: Continue reading


Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran

Membaca al-Quran banyak kelebihannya.

Al-Quran adalah kalam ALLAH.  Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya.  Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya.  Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

1)  Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعًا لأصحابه‏

“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang membacanya.”

(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

يؤتى يوم القيامة بالقرآن وأهله الذين كانو يعملون به في الدنيا تقدمه سورة البقرة وآل عمران تحاجان عن صاحبهما

“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkannya di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran untuk mempertahankan orang yang mengamalkannya.”

(Riwayat Muslim)

2)  Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: Continue reading


Cara Termudah Khatam Al-Quran 30 Hari

Manual pemberian al-Khaliq kepada makhluqNYA, manusia.

Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat.  Namun, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: Continue reading


Dr Zakir Naik di Malaysia

InsyaALLAH, Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia untuk menyampaikan syarahan umum pada 28 September hingga 7 Oktober 2012.  Jadual syarahan beliau adalah seperti berikut:

1)  28 Sept 2012:  Alor Setar
2)  29 Sept 2012:  UIA, KL
3)  30 Sept 2012:  Stadium Melawati, Shah Alam
4)  5 Oct 2012:  Kuantan (VVIP : YAB Menteri Besar Pahang)
5)  6 Oct 2012:  Dewan Persada, JB
6)  7 Oct 2012:  PWTC, KL (VVIP : Tun Dr. M)

**Sila rujuk link di bawah untuk berita terkini!

Masuk adalah PERCUMA.  Syarahan umum akan disiarkan juga secara langsung oleh PEACE TV, insyaALLAH.  (Sumber)

Makluman ini adalah makluman awal.  Jadual terkini dan lebih terperinci akan saya kemaskinikan jika saya memperolehinya nanti, insyaALLAH.  Semoga pihak Dr Zakir Naik dan pihak penganjur dipermudahkan ALLAH dan mudah-mudahan perancangan ini berjalan dijalankan, amin…

muzir.wordpress.com
20 Jun 2012

———>>

** Posting terbaru mengenai program Dr Zakir Naik dan maklumat pendaftaran, sila klik berikut:


Taat Pemerintah Suruhan ALLAH…

 
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Al-Quran dan as-Sunnah rujukan kita;
Pemimpin bertaqwa disayangi ALLAH,
Agama terjunjung ummah sejahtera.
 
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Ia suruhan agama kita;
Ikutlah kepimpinan cara Rasulullah,
Pimpin ke Syurga, jauhi neraka. Continue reading

Adab Ketika Bersin & Menguap

Adab bersin secara ringkas.

1)  Kedudukan bersin dan menguap di sisi ALLAH dan adab berkaitannya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH suka pada bersin dan benci pada menguap.  Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji ALLAH Ta`ala (membaca hamdalah), maka adalah tuntutan ke atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan:  “yarhamukallah يَرْحَمُكَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu).  Adapun menguap, maka itu berasal dari Syaitan.  Apabila salah seorang di antara kamu sekalian menguap maka ia mesti menahannya sekuat tenaga, kerana apabila ada salah seorang di antara kamu sekalian menguap, maka Syaitan mentertawakannya.”

(HR al-Bukhari)

2)  Ucapan-ucapan berkaitan bersin.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya: Continue reading


Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW

Masjid Nabi, Madinah al-Munawwarah.

ALLAH Ta`ala menyuruh sekalian mukminin agar bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam melalui firmanNYA:

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA bersolawat ke atas Nabi.  Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu sekalian ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

(Surah al-Ahzab, 33 : 56)

ALLAH iaitu Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Berkuasa, Maha Agung, Raja Segala Raja dan tidak berhajatkan sesuatu apa pun dari sesiapa, bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Seluruh para malaikat yang mulia juga bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Inikan pula kita yang lemah, dhaif dan hina.  Inikan pula kita yang tidak berkepastian samada selamat atau tidak dari api neraka.  Inikan pula kita yang saban waktu sentiasa pula berhajatkan kesejahteraan dan perlindungan.  Tentulah terlebih-lebih patut kita bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Continue reading


Jadual Kuliah Dr Abdul Basit (8-10/6/2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

Rujuk Maklumat dan Peta berikut: Continue reading


%d bloggers like this: