Monthly Archives: July 2012

Jadual Kuliah Dr Abdul Basit (5-7/8/2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

InsyaALLAH, Tuan Guru Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman akan menyampaikan kuliah umum di sekitar Kuala Lumput seperti jadual berikut: Continue reading


Tanggung Sendiri!

Perlukah kita tunggu orang lain untuk kita berubah?

Perlukah kita kepada orang lain untuk kita berubah?

Perlukah kita terikut-ikut dengan orang lain yang tidak mahu berubah?

Soalan-soalan di atas kadang-kadang menyergah ke dalam hati seseorang yang mahu berubah.  Teragak-agak.  Dikelambui dilema.

Muslimin-muslimat yang dikasihi ALLAH sekalian,

Kita dan mungkin juga semua orang tentu terlintas di dalam hati ingin berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik di sisi ALLAH Ta`ala.  Kadang-kadang perasaan itu datang syahdu di dalam hati ketika kita berseorangan diri.  Itulah hidayah.

Hidayah datang untuk disambut oleh kita dengan tindakan.  Ada yang menyahutnya lalu berubah.  Dan ada yang membiarkan ia berlalu pergi tidak bersambut.  Lantas mengekalkan seseorang itu di dalam keadaan yang sama.

Samada perlu kita menunggu orang lain atau tidak, samada kita perlukan seseorang untuk kita berubah, dan samada kita mahu kekal dalam keadaan yang sama disebabkan orang lain tidak mahu berubah, soalan-soalan itu tidak lagi relevan untuk ia difikirkan.  Ini kerana kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri kita sendiri.  Bukan orang lain. Continue reading


Jadual Kuliah Dr Abdul Basit (28-29/7/2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

InsyaALLAH, Tuan Guru Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman akan menyampaikan kuliah umum di sekitar Kuala Lumput seperti jadual berikut: Continue reading


Ceramah Persiapan Menghadapi Ramadhan di SAMTISH

Semoga ALLAH pelihara mereka, amin…

Alhamdulillah, petang tadi saya diberi peluang oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala meluangkan masa selama 1 jam 30 minit bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTISH), Kampung Jawa, Klang.  Saya tiba jam 2.50 petang dan disambut oleh Ustadz Faaiz.  Sampai di dewan besar disambut pula oleh pengerusi majlis, yang namanya juga Ustadz Faiz.  Lebih kurang jam 3.05 petang, mikrofon diserahkan kepada saya. Continue reading


[An-Nasihah] Menghadapi Ramadhan

Muka surat 1

Muka surat 2

 

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
18 Julai 2012.

Kesempatan Ramadhan: Hotel, Restoran, Pasaraya & Kita

Kedatangan Ramadhan biasanya disambut gembira oleh hotel-hotel, restoran-restoran dan pasaraya-pasaraya di sekitar tempat.  Mereka telah dapat menghidu bau duit yang bakal masuk ke mesin-mesin duit mereka.  Masing-masing telah dapat membayangkan berduyun-duyun manusia masuk ke premis hotel, restoran atau pasaraya mereka lalu menghulurkan kertas-kertas bernilai kepada mereka.

Pada mereka tidak lain dan tidak bukan, keuntunganlah yang mereka kejar.  Ramadhan menyediakan kesempatan yang sangat besar buat mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.  Mereka dengan suka hati menawarkan diri menyediakan perkhidmatan memuaskan nafsu manusia.  Dalam hal ini, nafsu yang dimaksudkan ialah nafus makan, nafsu sombong, nafsu bergaya dan nafsu bersaing.  Apa tidaknya?  Lihat sahaja hotel-hotel, restoran-restoran atau pasaraya-pasaraya dengan promosi mereka sepanjang Ramadhan ini.

Kesempatan Buat Hotel-Hotel

Sepanjang Ramadhan, dipacakkan bunting, banner dan malah diiklankan di media seperti TV, radio dan internet mengenai tawaran-tawaran pemuasan nafsu makan yang dinamakan sebagai ‘Bufet Ramadhan’.  Hendak bunyi lebih insaf dan ala-ala ibadat sedikit, mereka menamakannya dengan ‘Bufet Ramadhan Amal’. Continue reading


Ramadhan: Jangan Cemarkan Hati Anak-Anak Yatim & Penuntut Ilmu Agama

Seorang anak yatim melukis gambar ibunya lalu tidur di sampingnya…

Kebiasaannya, apabila munculnya Ramadhan, anak-anak yatim dan penuntut-penuntut ilmu (khususnya penghafaz al-Quran) akan diberikan perhatian oleh masyarakat untuk berbuat kebajikan kepada mereka.  Alhamdulillah, itulah sebaik-baiknya.  Sewajarnya kita semua berlumba-lumba berbuat kebajikan demi mendapatkan keredhaan ALLAH setiap masa, apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Apa yang mahu disentuh dalam tulisan ini ialah mengenai cara masyarakat berbuat kebajikan kepada golongan yang kita sama-sama kasihi ini.  Tindakan membawa anak-anak yatim dan penuntut-penuntut ilmu agama ke majlis-majlis besar seperti di hotel-hotel atau restoran-restoran besar mempunyai implikasi negatif terhadap mereka yang selama ini telah ditarbiyah dengan baik oleh guru-guru masing-masing. Continue reading


Jadual Kuliah Umum Dr Abdul Basit Di Lembah Klang (JULAI 2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

Berikut adalah jadual kuliah umum Dr Abdul Basit Abdul Rahman di Lembah Klang untuk bulan JULAI 2012, insyaALLAH: Continue reading


Bertemu Si Murobbi, Ust Mohamad Awang

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang bertemu secara empat mata dengan Ust Mohamad Awang di Shah Alam.  Selepas meninggalkan SMAKL pada tahun 1993, rasanya sejak itu saya tidak berpeluang berjumpa dengan Ust Mohamad Awang.  Saya cuma mendapat khabar bahawa beliau sudah berpindah ke Kelantan, ke negeri kelahiran beliau dan membuka pondok pengajian di sana.

Setahu saya, Ust Mohamad Awang mula berkhidmat di SMAKL sekitar tahun 1990 iaitu sejak awal penubuhan SMAKL lagi.  Yang menjadi faktor betapa rindu dan terhutang budinya saya dan semua pelajar-pelajar SMAKL kepada beliau ialah kerana beliau bukan sahaja guru agama, bahkan juga menjadi warden asrama sekolah kami.  Dan yang paling istimewa ialah kediaman Ust Mohamad Awang ketika menjadi warden ialah sangat dekat dengan kami, batch ke-3 SMAKL.  Banyak ragam kami beliau tangani dengan penuh sabar dan hikmah.  Beliaulah ayahanda kami ketika kami jaga dan tidur di SMAKL.  Beliaulah murobbi yang mendidik dan mentarbiyyah kami agar terpahat kami ini dengan jiwa agama. Continue reading


Mata Anak Yang Melihat

“Abah, Jannah nak macam ni”  Jannah memanggil saya sambil menutup mulut dan hidungnya dengan hujung tudungnya.  Saya tertawa melihat telatahnya.

Sudah seminggu dia buat begitu.  Kali pertama dia buat begitu ialah apabila kami balik dari kuliah agama di Shah Alam.  Sejak hari itu, dia selalu meminta dengan saya dan isteri dengan aksi yang sama, iaitu dengan menutup mulut dan hidung dengan hujung tudungnya.  Kadang-kadang dengan hujung bajunya.

Rupa-rupanya dia mahukan kami belikan purdah untuknya.  Nabilah anak sulung kami yang berumur 10 tahun dan Husna yang berumur 8 tahun ada menyebut mahu memakai purdah, tapi disebabkan kami rasa belum sesuai maka kami menangguhkan dahulu permintaan mereka.

Tak sangka pula Jannah meminta perkara yang sama.  Tapi permintaannya berulang-ulang kali sampai penat kami mendengarnya.  Walaupun penat, tapi tetap terhibur dengan telatahnya itu.  Kadang-kala apabila Jannah terlupa, Faisal dengan sengaja mengingatkannya pula.  Hish, Faisal nih, bertuah sungguh. Continue reading


%d bloggers like this: