Bertemu Si Murobbi, Ust Mohamad Awang

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang bertemu secara empat mata dengan Ust Mohamad Awang di Shah Alam.  Selepas meninggalkan SMAKL pada tahun 1993, rasanya sejak itu saya tidak berpeluang berjumpa dengan Ust Mohamad Awang.  Saya cuma mendapat khabar bahawa beliau sudah berpindah ke Kelantan, ke negeri kelahiran beliau dan membuka pondok pengajian di sana.

Setahu saya, Ust Mohamad Awang mula berkhidmat di SMAKL sekitar tahun 1990 iaitu sejak awal penubuhan SMAKL lagi.  Yang menjadi faktor betapa rindu dan terhutang budinya saya dan semua pelajar-pelajar SMAKL kepada beliau ialah kerana beliau bukan sahaja guru agama, bahkan juga menjadi warden asrama sekolah kami.  Dan yang paling istimewa ialah kediaman Ust Mohamad Awang ketika menjadi warden ialah sangat dekat dengan kami, batch ke-3 SMAKL.  Banyak ragam kami beliau tangani dengan penuh sabar dan hikmah.  Beliaulah ayahanda kami ketika kami jaga dan tidur di SMAKL.  Beliaulah murobbi yang mendidik dan mentarbiyyah kami agar terpahat kami ini dengan jiwa agama.

Sepanjang saya belajar di SMAKL, saya cukup terkesan dengan tarbiyyah yang dijalankan oleh beliau.  Saya secara peribadi telah mendapat banyak manfaat hasil dari peraturan dan cara hidup di asrama.  Ia sedikit demi sedikit membentuk jati diri saya sebagai pelajar sekolah agama, seterusnya sebagai individu yang beragama.

Apabila mendapat tahu beliau akan datang ke Shah Alam, saya mula terkenang kembali apa yang telah beliau perbuat terhadap saya secara tidak langsung dan secara langsung sepanjang ditarbiyyah di SMAKL.  Saya bersyukur kepada ALLAH atas jasa insan mulia ini.  Hidup kami penuh dengan peraturan beragama dan kami mula belajar hidup beragama di SMAKL.

Antara rutin harian yang masih saya ingat semasa di SMAKL dulu ialah solat subuh secara berjemaah, kemudian tadarus al-Quran, makan pagi, sesi persekolahan, makan tengahari, solat zuhur berjemaah, prep petang, solat Asar berjemaah, dzikir asma’ ul-husna selepas solat jemaah Asar, sukan, makan malam, solat Maghrib secara berjemaah, kuliah Maghrib dan solat Isyak berjemaah, prep malam, minum malam dan akhirnya tidur.  Semuanya diisi dengan nilai agama.  Kami hidup dengan agama.

Bacaan al-Ma’thurat pula dibaca setiap selepas solat Subuh pada hari Sabtu.   Itulah kali pertama saya kenal al-Ma’thurat.  Dan setiap Ahad ada kuliah Subuh.

Kuliah-kuliah Maghrib dan Subuh selalu diisi oleh Ust Mohamad Awang dan Ust Mohamad Mokhtar secara bergilir ikut jadual.  Ust Mohamad Mokhtar sudah lama saya tidak dengar khabar berita.  Menurut Ust Mohamad Awang, Ust Mohamad Mokhtar juga kini berada di Kelantan membuka pondok pengajian.  Allahu Akbar!  Semoga ALLAH memberkati dan memelihara dua insan mulia ini, amin…

Itulah antara yang saya ingat 19 tahun lalu ketika berada di SMAKL.  Ah, ternostalgia pula saya…Cukuplah!

Bergambar bersama ayahanda kami semasa di SMAKL, Ust Mohamad Awang, hafizohullah, berserta keluarga beliau.

Ust Mohamad Awang masih kelihatan segak dan sihat hari ini.  Katanya, umurnya sudah pun 61 tahun.  Apabila saya sampai menegur beliau ketika beliau sedang duduk berseorangan di meja VVIP, ternyata dari pancaran wajah beliau kelihatan beliau begitu ceria.  Saya terharu dengan layanan dan kemesraan beliau.  Mesra sekali.  Itulah juga reaksi beliau apabila abang Naufal dan Hasry Zai datang menemui beliau pada sebelah petangnya.  Ust Mohamad Awang memang rindukan kita semua, anak-anak didiknya semasa di SMAKL dulu.

Sebelum kami balik, Ust Mohamad Awang memanggil kami untuk diperkenalkan kepada TGNA sebagai anak-anak muridnya semasa di SMAKL dulu. Terharu rasanya…

Di akhir pertemuan, beliau meminta kami yang berjumpa beliau hari itu, agar menyampaikan salam sayang beliau kepada semua ex-SMAKL.  Beliau menjemput kita semua ke tempat beliau di Rantau Panjang, Kelantan.  Ah, dalam kepala saya, saya terbayang menaiki bas sekolah SMAKL seperti zaman-zaman dulu, hehe…  🙂

InsyaALLAH, jika ada kesempatan, sampailah kami ke sana suatu hari nanti.  Dan buat rakan-rakan SMAKL yang ingin bertemu dengan ustadz kesayangan kita ini di Lembah Klang, Ust sebenarnya selalu juga turun ke kawasan sini, terutama ke Putrajaya.  Hampir setiap bulan, insyaALLAH, beliau turun ke kawasan sini.  Bolehlah sesiapa yang ingin berjumpa beliau, aturkan pertemuan dengan beliau, insyaALLAH.  Boleh juga kalau nak berhubung dengan Ust Mohamad Awang melalui Facebook beliau di sini:

Semoga ALLAH memelihara dan memberkati Ust Mohamad Awang sekeluarga, amin…

muzir.wordpress.com
2 Julai 2012

=======

Baca juga:


One response to “Bertemu Si Murobbi, Ust Mohamad Awang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: