Ceramah Persiapan Menghadapi Ramadhan di SAMTISH

Semoga ALLAH pelihara mereka, amin…

Alhamdulillah, petang tadi saya diberi peluang oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala meluangkan masa selama 1 jam 30 minit bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTISH), Kampung Jawa, Klang.  Saya tiba jam 2.50 petang dan disambut oleh Ustadz Faaiz.  Sampai di dewan besar disambut pula oleh pengerusi majlis, yang namanya juga Ustadz Faiz.  Lebih kurang jam 3.05 petang, mikrofon diserahkan kepada saya.

Ramai juga muka-muka pelajar di SAMTISH yang saya kenal.  Mereka yang saya kenal itu adalah kesayangan saya semuanya.  Saya pernah kenal mereka ketika mereka belajar di SAM Sultan Hisamudin Sungai Bertih.  Pernah untuk beberapa tempoh kami meluangkan masa dan bicara di sana.  Kini mereka di SAMTISH menyambung pelajaran dan cita-cita.  Moga-moga ALLAH pelihara mereka semua, amin…

Perkongsian hari ini adalah mengenai persiapan menghadapi Ramadhan.  Saya kira tentu sahaja para ustadz dan ustadzah mereka telah pun banyak berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai bagaimana menghadapi Ramadhan.  Jadi, saya anggap peranan saya cumalah untuk mengajak mereka mengulangkaji sahaja.  Supaya apa yang pernah diajar oleh ustadz-ustadz dan ustadzah-ustadzah mereka kembali diingati, difahami lalu diamalkan untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba.  Ramadhan Karim.

1 jam 30 minit itu telah saya bahagikan kepada 3, iaitu:

  • 30 minit pertama:  Menyentuh dalil sebab puasa dan kelebihan ibadah puasa.
  • 30 minit kedua:  Menyentuh sekilas hukum berkenaan puasa dan sunnah-sunnah ketika berpuasa pada bulan Ramadhan.
  • Dan 30 minit terakhir:  Menyentuh persiapan hati, akal dan fizikal terhadap ibadah puasa bulan Ramadhan.

Memang tidak cukup 1 jam 30 minit itu.  Video-video selingan terpaksa saya tinggalkan kerana tidak cukup masa dan huraian terpaksa dipendekkan.  Mudah-mudahan apa yang dikongsikan itu bermanfaat buat diri mereka dan juga saya, insyaALLAH.  Moga-moga ALLAH membukakan hati mereka dan saya untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dan bertaqwa asbab Ramadhan kali ini, amin…

Mungkin dengan melihat slide-slide ini dapat mengingatkan semula para pelajar SAMTISH akan apa yang telah dikongsikan hari ini, insyaALLAH:

This slideshow requires JavaScript.

Saya jemput semua untuk singgah ke laman ini:

Di sana telah saya letakkan banyak tulisan-tulisan saya berkenaan Ramadhan, pautan soal-jawab dan pautan-pautan artikel/video ceramah sekitar tajuk puasa dan Ramadhan.  Saya harap ia dapat meningkatkan persediaan ilmu kita dalam menghadapi Ramadhan kali ini dengan lebih baik.  Dan seterusnya menjadikan kita semua hamba-hamba ALLAH yang bertaqwa, amin…

ALLAH A`LAM.

muzir.wordpress.com
19 Julai 2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: