Monthly Archives: August 2012

Kini Sudah 55 Tahun Usiamu…

Kini sudah 55 tahun usiamu…
Masihkah tidak mahu berubah?
 
Masih mahu kaut dunia?
Masih mahu berjoli dan bersuka?
Masih lagi lalai dengan agama?
Bahkan pula memijak kepala manusia???
 
Insaflah,
Berubahlah,
Kembalilah.
 
Kembalilah kepada kehendak Tuhanmu,
Kembalilah kepada ajaran agamamu,
Kembalilah kepada fitrah dirimu, Continue reading

Dr Zakir Naik di Malaysia [PENDAFTARAN KINI DIBUKA!]

Sheikh Dr Zakir Naik akan berada di Malaysia pada 28/9/2012 – 7/10/2012, insyaALLAH.

Lanjutan dari makluman yang telah dilakukan di posting yang lalu, iaitu https://muzir.wordpress.com/2012/06/20/dr-zakir-naik-di-malaysia/, kini pendaftaran untuk program tersebut sudah dibuka, alhamdulillah.

Makluman mengenai pendaftaran program julung-julung kali diadakan di Malaysia ini telah saya perolehi dari sini:

Berikut ialah makluman mengenai pendaftaran tersebut: Continue reading


Puasa Sunat 6 Hari Dari Bulan Syawwal

Dari Abu Ayyub radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

 مَن ٌصَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.  رَوَاهُ مُسْلِم

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dari bulan Syawwal maka adalah dia seperti berpuasa sepanjang masa.” 

(HR Muslim) Continue reading


Bekalan Menempuh Kehidupan Di Universiti

Siang tadi saya memenuhi temujanji dengan sekumpulan remaja yang ingin mendapatkan nasihat-nasihat sebelum mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti.  Inisiatif yang mereka usahakan itu benar-benar membuktikan bahawa mereka adalah di kalangan remaja yang terdidik sahsiah mereka.

Betapa jarangnya remaja yang mahu mendengar nasihat, inikan pula mencari nasihat.  Saya ucapkan syabas kepada ibubapa dan guru-guru mereka.  Tentu sekali tahniah buat diri mereka sendiri.  Latar belakang pendidikan agama yang mereka perolehi selama ini sudah membuahkan hasil awalan.  Mudah-mudahan kembara ilmu mereka dalam bidang dan universiti pilihan masing-masing bakal membentuk diri mereka lebih mulia di sisi ALLAH kelak.

Moga-moga pertemuan sejam tersebut memberikan manfaat buat mereka semua, amin.  Mungkin ada baiknya juga saya menyusunnya semula di blog ini supaya sebahagian daripada nasihat-nasihat itu dapat turut sama dimanfaatkan oleh remaja-remaja lain, insyaALLAH. Continue reading


Selamat `Eidul Fitri 1433

`Eidul-Fitri 1433H

Selamat menyambut Hari Raya `Eidul-Fitri dan Maaf Zahir Batin.  Semoga ALLAH Ta`ala terima amalan kita semua, amin.

Sekadar peringatan ringkas mengenai perkara yang sering masyarakat leka pada musim raya begini:

  1. Tangan janganlah bebas bersalam dengan yang bukan mahram. Bezakan antara yang halal dan yang haram bersentuhan.
  2. Kaki janganlah melangkah ke tempat-tempat yang lagha seperti pawagam dan seumpamanya. Kaki juga janganlah kaku di hadapan TV. Berziarahlah.
  3. Mata janganlah melilau melihat kecantikan gadis-gadis yang berkeliaran bergaya sana-sini. Alihkan juga pandangan mata dari TV.
  4. Lidah janganlah terlalu bebas berbicara sampai termengumpat, terbohong dan terfitnah orang lain. Waktu raya begini, apabila jumpa ramai orang tentu lidah pun macam-macam nak kata.
  5. Telinga janganlah banyak sangat dengar nyanyian2, berpada-padalah. Dan janganlah dengar kata2 yang lagha, apatah lagi yang berdosa seperti dengar umpatan atau fitnah orang.
  6. Perut janganlah diisi dengan makanan dan minuman yang banyak.
  7. Hati (inilah yang paling penting) janganlah lalai dari mengingati ALLAH akibat terlalu gembira dan leka dengan suasana hari raya.

Dan ini pesanan tambahan yang masih valid dari posting tahun lepas:

Selamat bergembira kerana kembali kepada fitrah (amin).

Saudara kalian,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
1 Syawwal 1433
19 Ogos 2012

Taklimat Dari Presiden Majlis Ulama Rohingya Mengenai Kezaliman Di Arakan, Myanmar

PENTING : TAKLIMAT DARI PRESIDEN MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) TENTANG RUSUHAN KAUM DI ARAKAN, MYANMAR

(Nota:  Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang.  Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya)

1. LATARBELAKANG

1.1 Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya  (terdapat 137 etnik kesemuanya). Continue reading


Doa Jika Berjumpa Lailatul Qadar

Doa Lailatul-Qadar

Diriwayatkan dari `A’isyah radhiAllahu ‘anha katanya:

“Saya bertanya:  “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” 

Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Katakanlah: 

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

(Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga at-Turmudzi yang menyatakan sahnya)


“Malam Tadi Lailatul Qadar…?!”

“Malam tadi Lailatul Qadar…?!”  Seorang teman saya melontarkan ungkapan ‘famous’ tersebut kepada saya.  Antara pasti dan tidak.

Saya tidak tahu hendak respon apa terhadap lontarannya itu.  Yang pasti ia dalam pengetahuan ALLAH.  Cuma ada suatu tanda yang dapat saya ingat berdasarkan hadith yang pernah saya baca iaitu:  jika Lailatul-Qadar berlaku malam tadi, tentunya matahari pagi ini tidak secerah biasa.  Sinarannya bahkan boleh dipandang dengan mata.  Tidak silau pancarannya.  ALLAHU A`LAM.

Kenapa saya kata ungkapan di atas sebagai ungkapan yang ‘famous’?

Kerana kebiasaannya apabila tiba 10 hari terakhir Ramadhan, di mana-mana pun akan kedengaranlah orang-ramai mengungkapkan ungkapan tersebut.  Sama ada ia diungkapkan di alam nyata atau di alam siber.  Ia tiba-tiba menjadi ungkapan yang ‘famous’ berlegar di mulut-mulut masyarakat.   Continue reading


‘Imaanan Wa Ihtisaaban’

Adakah kita telah menjalani Ramadhan dengan baik dan sempurna?

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menawarkan kepada kita akan pengampunan semua dosa-dosa yang lalu seandainya kita menjalani Ramadhan dengan baik dan sempurna.  Tawaran besar-besaran ini sewajarnya direbuti oleh para mukmin.  Piawai baik dan sempurna di sisi ALLAH ialah dengan menjalaninya secara ‘imaanan wa ihtisaaban’. Continue reading


[An-Nasihah] Ramadhan: Pohonlah Keampunan ALLAH & Kembalilah KepadaNYA

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
6 Ogos 2012.

%d bloggers like this: