Berhenti Sebar Kisah Tha`labah Kufur Dengan Perintah Zakat

Subuh tadi, ada ceramah disampaikan oleh seorang ustadz jemputan khas di surau tepat tinggal saya.  Alhamdulillah, banyak isi yang baik yang beliau sampaikan dan bermanfaat buat saya dan ahli jemaah yang hadir.  Ceramah adalah sekitar tajuk syukur nikmat ALLAH, Ramadhan dan kelebihan infaq.  Cuma yang tidak sedapnya ialah apabila beliau membawa kisah Tha`labah bin Hatib yang kisahnya sangat masyhur disampaikan oleh para penceramah sejak dahulu lagi.

Kisah Tha`labah yang pada asalnya miskin, selalu hadir bersolat jemaah, tetapi kemudian menjadi sibuk lantaran ternakan kambingnya begitu besar dan akhirnya kufur dan engkar dengan perintah zakat dikatakan menjadi asbab nuzul ayat al-Quran surah at-Taubah, ayat 75-77.  Kisah ini telah tersebar luas sejak zaman dulu di dalam kitab-kitab tafsir hingga kini dalam masyarakat.

Persoalannya:

1)  Kenapa Tha`labah yang merupakan seorang Ansar dan ahli peperangan Badar boleh jadi begitu?

2)  Benarkah kisah tersebut?

3)  Bagaimana kisah tersebut boleh tersebar pada peringkat awal?

Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas ada dijelaskan oleh Maulana Asri di dalam kuliahnya seperti berikut:

1/3

2/3

3/3

Daripada kuliah tersebut, dapat saya catitkan secara ringkas buat manfaat diri saya sendiri dan mungkin juga buat para pembaca sekalian seperti berikut bahawa:

1)  Tha`labah adalah salah seorang sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang tergolong dalam golongan Ansar yang menyertai Perang Badar.  Kelebihan golongan Ansar ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Dan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa kesemua yang menyertai peperangan Badar telah ALLAH redha mereka dan dijamin untuk mereka Syurga.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“ALLAH melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman:  “Buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau AKU telah ampuni kamu semua””

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, kisah yang masyhur mengatakan Tha`labah tidak mahu membayar zakat, taubatnya tidak diterima dan bakal ke neraka adalah suatu kisah yang sangat-sangat diragui kebenarannya.

2)  Kisah tersebut wajar diragui kesahihannya dan tidak patut disebarkan kerana Tha`labah adalah salah seorang sahabat Nabi yang berjuang di medan Badar dan dijamin Syurga.

3)  Al-Qurtubi ketika menukilkan kisah ini di dalam tafsirnya ada meletakkan periwayat kisah tersebut iaitu kisah tersebut diambil dari Ali bin Zaid, dari Qasim bin Abdul Rahman, dari Abu Umamah al-Bahili (sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam).

4)  Para ulama hadith berbeza pandangan terhadap periwayat bernama Ali bin Zaid dan Qasim bin Abdul Rahman.  Masalah timbul adalah disebabkan oleh dua periwayat ini.  Ada yang mengatakan Ali bin Zaid lemah, ada yang mengatakan beliau meriwayatkan hadith-hadith pelik, ada yang mengatakan beliau menukar-nukarkan hadith dan ada yang mengatakan beliau adalah seorang Rafidhi, yakni Syiah.  Manakala Qasim bin Abdul Rahman pula dikatakan beliau ini ada mereka-reka hadith dan sebagainya.  Walaupun ada sisi baik pada kedua-dua periwayat ini, namun disebabkan banyak juga komen negatif dari para ulama mengenai dua periwayat ini, maka riwayat mereka amat-amat diragui dan malah tertolak.  Apatah lagi apabila terlibat dengan Syiah Rafidhah yang terkenal dengan sikap keras dan bencinya mereka kepada sahabat-sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka tidak peliklah kisah memburuk-burukkan Tha`labah ini direka dan disebar-sebarkan.

5)  Kisah ini hendaklah diberhentikan penyebarannya kerana kesahihannya sangat diragui malah membawa fitnah kepada sahabat Nabi.

6)  Jika kita menyebarkan kisah ini, kita bukan sahaja terlibat dengan dosa besar menfitnah sahabat Nabi, bahkan terlibat dengan dosa yang lebih besar iaitu berdusta ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, kerana dalam kisah ini ada meriwayatkan beberapa perbuatan Nabi.

Untuk kefahaman yang lebih baik, lebih baik tuan/puan dengar sendiri video kuliah di atas.  Maulana Asri adalah seorang pakar hadith di Malaysia yang mendirikan pondok Darul Kautsar di Kelantan.  Laman web Darul Kautsar boleh dilawati di sini, insyaALLAH:

Dr Asri Zainul Abidin pula apabila ditanya dengan soalan berkenaan kesahihan kisah Tha`labah, beliau menjawab:

“Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi s.a.w. mendo`akan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat. Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a.

Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar. Nabi s.a.w.

لَعَلَّ الله اطَّلعَ عَلى أهْلِ بَدْرٍ فقـال “اعـمَلوا مَا شِـئْتُم فَقَد وَجَبَتْ لَكُمُ الجَنَّةُ أو فقد غَفَرْتُ لكم”

” Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (al-Bukhari dan Muslim) Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206). Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami الهيثمي (meninggal 807H) dan lain-lain. Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain. Satu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab عداب bin Mahmud al-Himsy الحمش bertajuk ثعلبة بن حاطب الصحابي المفترى عليه yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.

Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin”

(Sumber:  http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=39)

Jawapan Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawwas berkenaan kisah Tha`labah yang masyhur disebarkan itu juga baik dibaca untuk pencerahan lanjut.  Di sini pautannya:

Semoga ALLAH memelihara kita dari menfitnah insan-insan mulia yang telah dimuliakan ALLAH Ta`ala.  Dan semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita yang mungkin secara tidak sengaja pernah menyebarkan kisah tersebut hasil dari kurang pendedahan dan ketidaktahuan.

Sekadar berkongsi,

muzir.wordpress.com
15 Ramadhan 1433
4 Ogos 2012.
 
Advertisements

5 responses to “Berhenti Sebar Kisah Tha`labah Kufur Dengan Perintah Zakat

  • Anonymous

    Ini lah isu besar yang berlaku akhir-akhir ini. Pengikut yang tidak berilmu. Atau dalam istilahnya ikut tanpa belajar dan soal.

    Like

  • Shahmuzir

    *Lihat no. 123:

    Senarai Nama Ahli Badar Al-Kubra

    Semoga Allah merahmati para ahli Badar. Berikut disenaraikan nama tentera-tentera Badar Al-Kubra, yang diketuai oleh pemimpin agung kita, Penghulu Para Nabi dan Rasul!

    1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
    2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.
    3. Umar bin al-Khattab r.a.
    4. Uthman bin Affan r.a.
    5. Ali bin Abu Tolib r.a.
    6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
    7. Bilal bin Rabbah r.a.
    8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
    9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
    10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
    11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
    12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
    13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
    14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
    15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
    16. Anasah al-Habsyi r.a.
    17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
    18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
    19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
    20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
    21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
    22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
    23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
    24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
    25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
    26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
    27. Sinan bin Muhsin r.a.
    28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
    29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
    30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
    31. Syuja’ bin Wahab r.a.
    32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
    33. Yazid bin Ruqais r.a.
    34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
    35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
    36. Thaqfu bin Amir r.a.
    37. Malik bin Amir r.a.
    38. Mudlij bin Amir r.a.
    39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
    40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
    41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
    42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
    43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
    44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
    45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
    46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
    47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
    48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
    49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
    50. Amir bin Fuhairah r.a.
    51. Suhaib bin Sinan r.a.
    52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
    53. Syammas bin Uthman r.a.
    54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
    55. Ammar bin Yasir r.a.
    56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
    57. Zaid bin al-Khattab r.a.
    58. Amru bin Suraqah r.a.
    59. Abdullah bin Suraqah r.a.
    60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
    61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
    62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
    63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
    64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
    65. Amir bin Rabi’ah r.a.
    66. Amir bin al-Bukair r.a.
    67. Aqil bin al-Bukair r.a.
    68. Khalid bin al-Bukair r.a.
    69. Iyas bin al-Bukair r.a.
    70. Uthman bin Maz’un r.a.
    71. Qudamah bin Maz’un r.a.
    72. Abdullah bin Maz’un r.a.
    73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
    74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
    75. Khunais bin Huzafah r.a.
    76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
    77. Abdullah bin Makhramah r.a.
    78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
    79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
    80. Hatib bin Amru r.a.
    81. Umair bin Auf r.a.
    82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
    83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
    84. Amru bin al-Harith r.a.
    85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
    86. Safwan bin Wahab r.a.
    87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
    88. Sa’ad bin Muaz r.a.
    89. Amru bin Muaz r.a.
    90. Al-Harith bin Aus r.a.
    91. Al-Harith bin Anas r.a.
    92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
    93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
    94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
    95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
    96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
    97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
    98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
    99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
    100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
    101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
    102. Abdullah bin Sahl r.a.
    103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
    104. Ubaid bin Aus r.a.
    105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
    106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
    107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
    108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
    109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
    110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
    111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
    112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
    113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
    114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
    115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
    116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
    117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
    118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
    119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
    120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
    121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
    122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.

    123. Tha’labah bin Hatib r.a.

    124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
    125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
    126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
    127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
    128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
    129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
    130. Jubr bin ‘Atik r.a.
    131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
    132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
    133. Abdullah bin Jubair r.a.
    134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
    135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
    136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
    137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
    138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
    139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
    140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
    141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
    142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
    143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
    144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
    145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
    146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
    147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
    148. Abdullah bin Rawahah r.a.
    149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
    150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
    151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
    152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
    153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
    154. Abdullah bin Abbas r.a.
    155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
    156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
    157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
    158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
    159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
    160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
    161. Abdullah bin Umair r.a.
    162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
    163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
    164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
    165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
    166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
    167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
    168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
    169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
    170. Amir bin Salamah r.a.
    171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
    172. Amir bin al-Bukair r.a.
    173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
    174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
    175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
    176. Aus bin al-Somit r.a.
    177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
    178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
    179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
    180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
    181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
    182. Amru bin Iyas r.a.
    183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
    184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
    185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
    186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
    187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
    188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
    189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
    190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
    191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
    192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
    193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
    194. Dhamrah bin Amru r.a.
    195. Ziyad bin Amru r.a.
    196. Basbas bin Amru r.a.
    197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
    198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
    199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
    200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
    201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
    202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
    203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
    204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
    205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
    206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
    207. Hubaib bin Aswad r.a.
    208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
    209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
    210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
    211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
    212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
    213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
    214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
    215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
    216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
    217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
    218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
    219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
    220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
    221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
    222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
    223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
    224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
    225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
    226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
    227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
    228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
    229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
    230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
    231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
    232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
    233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
    234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
    235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
    236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
    237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
    238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
    239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
    240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
    241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
    242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
    243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
    244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
    245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
    246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
    247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
    248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
    249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
    250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
    251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
    252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
    253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
    254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
    255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
    256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
    257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
    258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
    259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
    260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
    261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
    262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
    263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
    264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
    265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
    266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
    267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
    268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
    269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
    270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
    271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
    272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
    273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
    274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
    275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
    276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
    277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
    278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
    279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
    280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
    281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
    282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
    283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
    284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
    285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
    286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
    287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
    288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
    289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
    290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
    291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
    292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
    293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
    294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
    295. Sulaim bin Milhan r.a.
    296. Haram bin Milhan r.a.
    297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
    298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
    299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
    300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
    301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
    302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
    303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
    304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
    305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
    306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
    307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
    308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
    309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
    310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
    311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
    312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
    313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

    Like

  • Anonymous

    Senarai yang teliti telah dibuat oleh para ulama’… semoga Allah merahmati mereka semua.

    Cuma setakat ini belum jumpa perbincangan berkenaan Ibn Kathir yang dikatakan memuatkan kisah ini dalam tafsirnya (saya sendiri belum sempat nak belek kitab tu di rumah, hehe)

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: