`Eidul-Fitri 1433H
Selamat menyambut Hari Raya `Eidul-Fitri dan Maaf Zahir Batin. Semoga ALLAH Ta`ala terima amalan kita semua, amin.
Sekadar peringatan ringkas mengenai perkara yang sering masyarakat leka pada musim raya begini:
- Tangan janganlah bebas bersalam dengan yang bukan mahram. Bezakan antara yang halal dan yang haram bersentuhan.
- Kaki janganlah melangkah ke tempat-tempat yang lagha seperti pawagam dan seumpamanya. Kaki juga janganlah kaku di hadapan TV. Berziarahlah.
- Mata janganlah melilau melihat kecantikan gadis-gadis yang berkeliaran bergaya sana-sini. Alihkan juga pandangan mata dari TV.
- Lidah janganlah terlalu bebas berbicara sampai termengumpat, terbohong dan terfitnah orang lain. Waktu raya begini, apabila jumpa ramai orang tentu lidah pun macam-macam nak kata.
- Telinga janganlah banyak sangat dengar nyanyian2, berpada-padalah. Dan janganlah dengar kata2 yang lagha, apatah lagi yang berdosa seperti dengar umpatan atau fitnah orang.
- Perut janganlah diisi dengan makanan dan minuman yang banyak.
- Hati (inilah yang paling penting) janganlah lalai dari mengingati ALLAH akibat terlalu gembira dan leka dengan suasana hari raya.
Dan ini pesanan tambahan yang masih valid dari posting tahun lepas:
Selamat bergembira kerana kembali kepada fitrah (amin).
Saudara kalian,
Shahmuzir Nordzahir muzir.wordpress.com 1 Syawwal 1433 19 Ogos 2012
Leave a Reply