Puasa Sunat 6 Hari Dari Bulan Syawwal

Dari Abu Ayyub radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

 مَن ٌصَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.  رَوَاهُ مُسْلِم

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dari bulan Syawwal maka adalah dia seperti berpuasa sepanjang masa.” 

(HR Muslim)

Menurut Imam Ahmad, puasa 6 hari di bulan Syawwal boleh dilakukan samada berturut-turut atau tidak berturut-turut.  Tiada kelebihan antara kedua-dua cara itu.  Sama sahaja.

Sedangkan menurut ulama-ulama madzhab Hanafi dan madzhab asy-Syafi`i, mereka berpandangan lebih utama melakukan puasa 6 hari di bulan Syawwal secara berturut-turut, iaitu sesudah `Eidul-Fitri.

Ada ulama berpandangan dikatakan berpuasa 6 hari dari bulan Syawwal selepas berpuasa di bulan Ramadhan seperti berpuasa sepanjang masa kerana secara umumnya kebajikan yang dilakukan oleh ummat Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam akan digandakan sebanyak 10 kali ganda.

Jadi apabila seseorang berpuasa 1 bulan pada bulan Ramadhan, bermakna kebajikannya digandakan sebanyak 10 kali ganda, iaitu menjadi seperti berpuasa sebanyak 10 bulan.

Dan puasa 6 hari dari bulan Syawwal pula digandakan juga kepada 10, lalu menjadikannya seperti seakan berpuasa selama 60 hari, iaitu 2 bulan.

Ini bermakna, apabila seseorang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, lalu disusuli dengan 6 hari di bulan Syawwal, maka jumlah kebajikan puasa yang diperolehi ialah sebanyak 12 bulan, iaitu menyamai setahun.

10 bulan + 2 bulan = 12 bulan  (iaitu setahun)

Jadi, apabila seseorang istiqamah melakukannya saban tahun, bermakna seperti dia berpuasa hampir sepanjang masa.

Allahu A`lam.  Itu pandangan sebahagian ulama.

Tiada yang mampu berpuasa selama setahun atau sepanjang masa.  Tentunya ganjaran yang dijanjikan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ibarat berpuasa setahun atau sepanjang masa tersebut benar-benar mengujakan mukmin yang selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan.  Ia memang ganjaran yang sangat besar.

Mengenai ganjaran pahala sebenar dari amalan puasa itu hanya ALLAH lah yang mengetahuinya dan DIA lah akan membalas mengikut kehendaknya Yang Maha Pemurah.  Di dalam satu hadith qudsi ada menyatakan tentang istimewanya ganjaran pahala dari sisi ALLAH buat sesiapa yang berpuasa keranaNYA.  ALLAH Ta`ala menyebut:

ِكُلُّ عَمَلِ ابْنِ اَدَمَ لَهُ اِلاَّ الصِّيَامَ فَاِنَّهُ لِي وَ اَنَا اَجْزِي بِه

“Semua amalan anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

ALLAHU A`LAM.  Semoga ALLAH Ta`ala menerima amalan kita semua, amin…

muzir.wordpress.com
9 Syawwal 1433
27 Ogos 2012

*Rujukan:

  • Riyadh as-Salihin, Imam an-Nawawi
  • Feqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq.

One response to “Puasa Sunat 6 Hari Dari Bulan Syawwal

  • Nur

    Subhanallah..banyak manfaatnya berpuasa di bulan syawal..Insyaallah..perkongsian menarik…sudi2 singgah di teratak blog hamba…Insyaallah..setiap aksara yang tertulis hanyalah fitrah seorang hamba..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: