Kini Sudah 55 Tahun Usiamu…

Kini sudah 55 tahun usiamu…
Masihkah tidak mahu berubah?
 
Masih mahu kaut dunia?
Masih mahu berjoli dan bersuka?
Masih lagi lalai dengan agama?
Bahkan pula memijak kepala manusia???
 
Insaflah,
Berubahlah,
Kembalilah.
 
Kembalilah kepada kehendak Tuhanmu,
Kembalilah kepada ajaran agamamu,
Kembalilah kepada fitrah dirimu,
 
Jangan engkau gah dengan ukuran duniawi,
Terbesar, terpanjang, terbanyak dan tertinggi,
Kerana itu bukan kejayaan hakiki,
Kelak nanti engkau kan rugi.
 
Pada ulangtahunmu ke-55 ini…
Muhasabahlah akan keadaanmu sendiri.
 
Bagaimanakah statusmu dengan Rabbul Izzati?
Sudahkah janji-janjimu ditepati?
Sudahkah engkau berusaha membalas budi?
 
Muhasabahlah…
Apa yang telah saban tahun engkau lalui?
Apa didikanmu pada generasimu sendiri?
Apa kesan tindakanmu pada pertiwi?
Apa matlamat kejadianmu?
Dari mana asal dan ke mana tempat tujumu?
Di Akhirat nanti bagaimana nasibmu?
 
Ya, muhasabahlah segera!
Kembali dan insaflah segera!
‘Better late than never’!
 
Pakaikanlah dirimu dengan agama,
Hidupkanlah seluruh hidupmu dengan agama,
Engkau kan nanti beruntung di dua dunia,
 Engkau suka ALLAH pun suka.
 
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-55,
‘Baldatun toyyibatun wa Rabbun ghapur’ mudah-mudahannya,
Oh kesayanganku… Malaysia.
  
muzir.wordpress.com
11 Syawwal 1433
30 Ogos 2012

(Kita sebagai rakyat adalah komponen kepada diri yang bernama Malaysia.  Kita adalah tangan, kaki, hidung, telinga, mulut, mata dan setiap yang membentuk dan menggerakkannya.  Malaysia adalah kita.  Kita adalah Malaysia.  Jadi, seloka di atas dituju kepada setiap kita untuk dimuhasabahkan pada usia ulangtahun ke-55 ini…)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: