Monthly Archives: September 2012

Dr Zakir Naik Mengajak Kepada Persaudaraan Sejagat

Kita berasal dari insan yang satu. Kita bersaudara.

Sejak awal program, dua lelaki ini telah mendengar dengan sangat khusyuk dan kadang-kadang mengangguk perlahan tanda setuju dengan apa yang Dr Zakir Naik sampaikan malam semalam, 29 September 2012 di Dewan Agung Tunku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.  Dalam hati saya, saya berdoa mudah-mudahan mereka mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH Ta`ala, amin.

Saya rasa itulah juga respon sebahagian besar hadirin yang terdiri dari yang beragama Islam dan juga yang belum beragama Islam pada malam itu.  Pendekatan secara lojik fikiran yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik di hadapan lebih 12,000 orang yang duduk di dalam dewan dan di luar dewan begitu menarik perhatian semua.   Continue reading


Majlis Ilmu 29 & 30 September 2012

Supaya jalan syurga dipermudahkan.

Berikut adalah majlis ilmu agama yang menarik hati saya untuk diwar-warkan: Continue reading


Doa Memohon Cinta ALLAH

Dari Abu Darda` radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ: أَللَّهُمَّ، إِنِّي أَسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ. أَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي، َمِنَ الْمَاءِ الْبَارِد

Di antara doa Nabi Daud sallAllahu `alaihi wasallam adalah:  

“Wahai ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMU akan cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMU.  Wahai ALLAH, jadikanlah cintaMU lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk.”

(HR at-Turmudzi, katanya hadith ini hasan)

 


RM10 itu…

Suatu pagi ketika beratur untuk membayar makanan di sebuah restoran, tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah entah mana terus ke kaunter dan menyerahkan not RM10 kepada si penjual sambil menunjukkan pada sesuatu.  Si penjual terus memberikan sekotak rokok kepadanya.  Saya tidak terasa apa-apa atas perbuatannya yang memotong barisan sebab transaksinya sangat cepat.  Cuma yang menjadi tanda tanya ialah tiada duit bakikah?

Sampai ke giliran saya membayar, Continue reading


Sedikit Yang Lebih Sedikit…

Dalam banyaknya jumlah manusia, hanya sedikit dari mereka yang suka mendengar ilmu agama.  Dan dalam jumlah yang sedikit suka mendengar ilmu agama itu, sedikit lagi orang yang mahu mengamalkan apa yang didengarnya.  Lebih sedikit lagi ialah orang yang berupaya untuk ikhlas kerana ALLAH tatkala mengamalkan ilmu yang didengarnya.

Yang paling susah dan paling sedikit ialah orang yang mampu istiqamah, yakni berterusan suka mendengar ilmu agama, lalu mengamalkannya dengan ikhlas kerana ALLAH Ta`ala.

Secara ringkasnya: Continue reading


4 Pilihan Buat Perokok

Memang sukar seseorang yang sudah terjebak dengan tabiat merokok untuk melepaskan tabiat yang buruk itu.  Walaupun begitu, ada juga yang telah berjaya keluar 100% atau mengurangkan tabiat merokok.  Tahniah buat golongan ini.  Antara faktor utama yang membuatkan mereka beriltizam meninggalkan tabiat buruk merokok itu ialah:

  1. Faktor agama.  (Merokok telah difatwakan haram oleh jumhur ulama  dan institusi-institusi mufti)
  2. Faktor kasih kepada orang yang tersayang.

Saya ada menulis tentang hal tersebut di sini:

Buat seseorang yang masih lagi terlibat dengan tabiat merokok, mereka tidak dapat lari dari membuat 4 pilihan ini setiap hari, iaitu: Continue reading


[An-Nasihah] Solawatlah Ke Atas Nabi SAW

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH: Continue reading


Maulana Asri Di Lembah Klang! (9 & 23/9/2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

In sha’ ALLAH, Maulana Muhammad `Asri bin Yusoff akan menyampaikan syarah dari kitab Sahih Bukhari dan Misykatul Masabih seperti butiran berikut: Continue reading


Jadual Kuliah Dr Abdul Basit (7-9/9/2012)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

In sha’ ALLAH, Tuan Guru Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman akan menyampaikan kuliah umum di sekitar Lembah Klang seperti jadual berikut: Continue reading


Pengakuan Syaitan Yang Terakhir

Firman ALLAH Ta`ala:

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya:

“Dan berkatalah Syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:  “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.  Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.  Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu”.  Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih.”

(Surah Ibrahim, 14:22)


%d bloggers like this: