Sedikit Yang Lebih Sedikit…

Dalam banyaknya jumlah manusia, hanya sedikit dari mereka yang suka mendengar ilmu agama.  Dan dalam jumlah yang sedikit suka mendengar ilmu agama itu, sedikit lagi orang yang mahu mengamalkan apa yang didengarnya.  Lebih sedikit lagi ialah orang yang berupaya untuk ikhlas kerana ALLAH tatkala mengamalkan ilmu yang didengarnya.

Yang paling susah dan paling sedikit ialah orang yang mampu istiqamah, yakni berterusan suka mendengar ilmu agama, lalu mengamalkannya dengan ikhlas kerana ALLAH Ta`ala.

Secara ringkasnya:

  • SEDIKIT:
    • Yang suka dengar ilmu agama.
  • LEBIH SEDIKIT:
    • Yang suka dengar ilmu agama + amalkannya.
  • SANGAT SEDIKIT:
    • Yang suka dengar ilmu agama + amalkannya + ikhlas kerana ALLAH.
  • SANGAT-SANGAT SEDIKIT:
    • Yang suka dengar ilmu agama + amalkannya + ikhlas kerana ALLAH + istiqamah.

Menyedari keadaan ini, maka seharusnya kita sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri kita setiap masa.  Untuk memasukkan diri kita ke dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang suka mendengar ilmu agama itu pun sudah kadang-kadang tergelincir jatuh, ini kan pula mahu ke tahap yang seterusnya.

Moga-moga dengan menyedari bahawa ia tidak mudah dan perlukan mujahadah, seharusnyalah kita iringi mujahadah itu dengan doa dan tawakkal kepada ALLAH Ta`ala.  Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan kita semua, diberikan hidayah dan taufiq dariNYA supaya kita semua suka untuk mendengar ilmu agama, berupaya mengamalkan apa yang didengar dari ilmu agama tersebut, dapat meluruskan niat ikhlas kerana ALLAH tatkala mengamalkannya dan seterusnya dapat istiqamah dengannya sehingga hari kita semua bertemu ALLAH `Azza wa Jalla, amin…

لا حول ولا قوة الا بالله

In sha’ ALLAH, kita boleh… 🙂

muzir.wordpress.com
8 Zulqa`idah 1433
24 September 2012
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: