Monthly Archives: October 2012

Panduan Ibadah Haji

Semoga bermanfaat, in sha’ ALLAH.

muzir.wordpress.com

Tiada Yang Dapat Mengampunkan Dosa, Melainkan Hanya ENGKAU!

َّاَللَّهُم
(Allahumma)
Ya ALLAH
 
اَنْتَ رَبِّى
(ANTA Rabbi)
ENGKAUlah Tuhanku
 
َلَا اِلَهَ اِلَّا اَنْت
(La ilaha illa ANTA)
Tiada Tuhan selain ENGKAU
 
خَلَقْتَنِى
(Khalaqtani)
ENGKAU menjadikan aku
 
َوَاَنَا عَبْدُك
(Wa ana `abduKA)
Dan aku ini hambaMU
 
ُوَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْت
(Wa ana `ala `ahdiKA wa wa`diKA mastato`tu)
Dan aku di atas perintah dan perjanjianMU sekadar mampuku
 
ُوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت
(Wa a`udzu biKA min sharri ma sona`tu)
Dan aku berlindung denganMU dari kejahatan yang telah aku lakukan
 
َّوَاَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَى
(Wa abu’ulaka bini`matiKA `alayya)
Dan aku mengaku segala nikmat yang diberikan ke atasku
 
وَاَبُوءُ بِذَنْبِى
(Wa abu’u bidzanbi)
Dan aku mengaku akan dosa-dosaku
 
فَاغْفِرْ لِى
(Faghfirli)
Oleh itu, berilah keampunan untukku.
َ
َفَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلَّا اَنْت
(Fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa ANTA)
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa, melainkan hanya ENGKAU!

Fadhilat

Doa di atas juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar, iaitu Penghulu Bagi Doa Memohon Keampunan.  Selain mempunyai makna yang sangat baik dan sangat menyentuh hati, doa di atas juga mempunyai fadhilatnya tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam seperti berikut: Continue reading


Ilustrasi Persediaan & Penyembelihan Haiwan Korban & Aqiqah

Maklumat ringkas mengenai korban & aqiqah

Cara penyembelihan haiwan korban & aqiqah

Tuan/puan boleh klik pada kedua-dua ilustrasi di atas untuk mendapatkan saiz yang lebih besar dan jelas.

Ilustrasi di atas telah saya petik dari Facebook Ust Dr Zahazan Mohamed.  Tuan/puan juga boleh membaca mengenai ibadah korban di sini, in sha’ ALLAH:

Semoga bermanfaat.

– muzir.wordpress.com


Siaran Langsung dari Makkah & Madinah 1433H, 2012

Hati ini syahdu.  Hati ini rindu.

Labbaik ya ALLAH!

1)  Ibadah Haji – SaudiChannelOne

http://www.youtube.com/user/SaudiChannelOne?v=L1ofE3wPe5Q

2)  Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah – SaudiQuranTV

http://www.youtube.com/user/SaudiQuranTv?v=S2PriQcCG38

3)  Masjid an-Nabawi, Madinah al-Munawwarah – SaudiSunnahTV

http://www.youtube.com/user/SaudiSunnahTv?v=KonSX32x5YU


Kelebihan Puasa Hari Arafah

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab: Continue reading


Sunnah Nabi VS Sunnah Iklan TV

Banyak percanggahan antara anjuran Nabi sallAllahu `alaihi wasallam kepada kita dengan anjuran iklan-iklan di media khususnya televisyen.  Sedar atau tidak sedar, telah ramai terpengaruh dengan anjuran iklan-iklan di televisyen hasil dari promosi yang dilakukan secara berterusan.  Ramai mengamalkan sunnah-sunnah yang dipromosikan oleh iklan di TV berbanding mengamalkan sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Adakah ia kebetulan?  Mungkinkah ada perancangan rapi yang sengaja dilakukan oleh pihak di ‘belakang tabir’ agar manusia menyelisihi sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam?  Mungkin ya dan mungkin tidak.  Apa pun, ia tetap suatu yang wajar dirisaukan oleh kita semua.

Mari kita sama-sama fikir beberapa contoh di bawah yang jelas boleh membuatkan manusia menyimpang dari sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam: Continue reading


Lebih Baik Curiga Jika Mahu Selamat (Taktik Jahat)

Kita selalu dipesan agar jangan menerima apa-apa makanan atau minuman yang diberikan oleh individu yang kita kurang kenali. Risiko diberikan makanan yang sudah dimasukkan bahan yang boleh memabukkan adalah tinggi. Kita akan mudah diapa-apakan sekiranya sudah menjadi khayal atau mabuk. Hal ini sudah kerap diceritakan orang berlaku kepada anak-anak gadis dan wanita. Dalam filem-filem selalu ditayangkan hal ini bagi menunjukkan bagaimana kemungkinan itu boleh berlaku.

Adakah makanan atau minuman yang di dalam bungkusan, iaitu yang belum dibuka selamat dari risiko ini?

Gambar di atas adalah antara teknik yang dilakukan oleh penjenayah Continue reading


[An-Nasihah] Panduan Ibadah Korban

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH: Continue reading


Panduan Ibadah Korban

Pengertian korban ialah binatang yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada ALLAH Ta`ala pada hari raya `Eidul Adha dan hari-hari Tasyrik.

Dalil Disyariatkan

ALLAH Ta`ala berfirman:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka dirikanlah solat kerana TUHANmu dan berkorbanlah.”

(Surah al-Kautsar, 108: 2)

Dari Anas bin Malik radhiAllahu `anhu, katanya: Continue reading


Lokasi AES (Automated Enforcement System)

Lokasi AES (Automated Enforcement System) di Selangor dan Kuala Lumpur telah diplotkan di dalam Google Maps seperti berikut:

1)  Lokasi-lokasi lain boleh dirujuk di sini:  <KLIK>

2)  Soalan-soalan lazim boleh rujuk sini:  <KLIK>

10 Perkara AES. [Klik untuk besarkan]

Semoga bermanfaat 🙂


%d bloggers like this: