Perosak Aqidah Menyusup Liar Apabila Ulama Asyik Bertengkar

`Aqidah ummat boleh goyah jika ulama asyik bertelingkah

Mutaakhir ini, pengikut-pengikut agama Syiah semakin berani menempelak jabatan-jabatan agama negeri melalui media dan mahkamah.  Kumpulan tareqat yang sesat pula nampaknya telah berjaya menyusup masuk mencemarkan istana.

Selain itu, buku-buku liberalisme agama juga semakin mendapat tempat di kedai-kedai buku yang nampaknya menfokus kepada mempengaruhi golongan elit dan moden di kalangan ummat Islam.  Manakala idea pluralisme agama pula kelihatan semakin diterima di kalangan pemimpin politik dan masyarakat akhir-akhir ini.

Aduh! Ini betul-betul bahana terhadap `aqidah!

Sedikit demi sedikit `aqidah ummat Islam di Malaysia semakin dilunturkan dengan dakyah 4 golongan ini, iaitu:

  1. Syiah
  2. Kumpulan tareqat yang sesat
  3. Liberalisme agama
  4. Pluralisme agama

Itu belum masuk lain-lain ancaman luar yang sedang menggugat moral masyarakat negara ini, khususnya ummat Islam.  Senario ini amat mengkhuatirkan kita.

Dalam kekhuatiran ini, masih ada di kalangan ilmuan agama terutama dari golongan muda kita yang masih tidak dapat berlapang dada dan terus menerus bertelingkah dalam soal-soal furu`, yakni cabang dan ranting agama.  Contohnya banyak dan melibatkan beberapa aliran.  Sepatutnya hal ini diperbincang di kalangan mereka dan di kalangan ahli yang faham sahaja.  Malangnya, pertembungan mereka sampai dibawa ke medan umum dan ditonton oleh masyarakat.

Iblis sebenarnya menepuk bergembira apabila melihat golongan agama saling bertengkar sesama mereka.  Dia dan kuncu-kuncunya memang menunggu-nunggu saat ini.  Dia mahu sifat takabburnya, besar dirinya dan rasa hebatnya turut mencemari hati-hati mulia para ilmuan agama khususnya, dan manusia amnya.  Apabila masing-masing ilmuan agama sibuk berdebat, maka terbiarlah ummat manusia yang ramai dari disentuh kesedaran beraqidah yang benar.  Kemudian, mudahlah anasir-anasir jahat perosak `aqidah seperti yang telah tersenarai di atas masuk mencemar fitrah manusia.  Inilah peluang mereka menyusup masuk dengan liar ke dalam masyarakat kita.

Saya meminta para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah agar tumpukanlah kepada usaha membanteras gejala `aqidah yang semakin jelas bergerak mutakhir ini.  Bersatulah.  Jangan kerana perselisihan kalian, aqidah ummat Islam diceroboh.  Jangan kerana kelekaan kalian, aqidah ummat Islam runtuh. Saling kuat menguatlah.  Saling bantu membantulah.  Berhentilah bertelingkah dalam bab-bab yang cabang dan ranting.  Cabang dan ranting tidak bermakna lagi jika pokok sudah tumbang dan akar sudah tercabut.  Pokok dan akar agama adalah `aqidah.

Ajakan ini adalah ajakan bersama.  Bukan hanya kepada para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah sahaja.  Kita semua sebenarnya.    Memandangkan para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah adalah penggerak utama kerja-kerja mulia mengajak manusia kepada kebenaran, maka kesedaran di kalangan mereka lebih utama dan mendesak.  In sha’ ALLAH, contoh yang baik dan ajakan yang tulus akan mudah diikuti oleh masyarakat ramai.

Menyedari bahawa perosak `aqidah akan mengambil peluang menyusup ke dalam masyarakat jika ulama asyik bertelingkah, maka kesatuan, lapang dada dan saling meraikan usaha kebaikan yang dilakukan oleh setiap ilmuan agama, ustadz dan pendakwah amat penting diberi perhatian.

Bersatulah wahai golongan agama.  Jangan beri muka pada Syiah, tarekat yang sesat, liberalisme agama, pluralisme agama dan lain-lain unsur yang boleh merosakkan `aqidah.  Ini permintaan kami orang awam.

لا اله الا الله, محمد رسول الله

Sekadar mengingatkan,

muzir.wordpress.com
23 Dzulqa`idah 1433
10 Oktober 2012

3 responses to “Perosak Aqidah Menyusup Liar Apabila Ulama Asyik Bertengkar

  • Shahmuzir

    FATWA mengenai Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani:

    حركة الصوفية النقشبندية العالية (الشيخ ناظم الحقاني)

    في 3 من أبريل لعام 2000م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي جلسته (48) للمباحثة في مجموعة من القضايا الإسلامية. فكان من ضمنها قضية حركة الصوفية النقشبندية العالية (الشيخ ناظم الحقاني).
    وقد أفتى المجلس في قضية حركة الصوفية النقشبندية العالية الشيخ ناظم الحقاني بتحريم معتقدات هذه الحركة الصوفية المناقضة ومخالفة لتعاليم منهج أهل السنة والجماعة. كما أصدر المجلس قراره للسلطات المختصة باتخاذ الإجراءات اللازمة لمنع انتشار هذه الحركة بين الأوساط الماليزية. كما أشار المجلس أيضاً في قراره بحتمية رجوع أتباع هذه الحركة الصابئة عما هم عليه والتوبة إلى الله.

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

    Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani

    Like

  • Shahmuzir

    FATWA mengenai Syiah di Malaysia:

    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1.
    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

    2.
    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

    3.
    Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

    4.
    Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”

    5.
    Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

    6.
    Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

    7.
    Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

    Like

  • Shahmuzir

    FATWA mengenai Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

    Aspek Akidah

    a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme

    Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

    b. Akal Manusia Adalah Wahyu

    Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

    c. Meragui Ketulinan Al-Quran

    Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.

    Aspek Syariah

    a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith

    Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

    b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

    Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

    c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian

    Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

    d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

    Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

    e. Sikap Terhadap Hukum

    Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

    Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: