Tiada Yang Dapat Mengampunkan Dosa, Melainkan Hanya ENGKAU!

َّاَللَّهُم
(Allahumma)
Ya ALLAH
 
اَنْتَ رَبِّى
(ANTA Rabbi)
ENGKAUlah Tuhanku
 
َلَا اِلَهَ اِلَّا اَنْت
(La ilaha illa ANTA)
Tiada Tuhan selain ENGKAU
 
خَلَقْتَنِى
(Khalaqtani)
ENGKAU menjadikan aku
 
َوَاَنَا عَبْدُك
(Wa ana `abduKA)
Dan aku ini hambaMU
 
ُوَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْت
(Wa ana `ala `ahdiKA wa wa`diKA mastato`tu)
Dan aku di atas perintah dan perjanjianMU sekadar mampuku
 
ُوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت
(Wa a`udzu biKA min sharri ma sona`tu)
Dan aku berlindung denganMU dari kejahatan yang telah aku lakukan
 
َّوَاَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَى
(Wa abu’ulaka bini`matiKA `alayya)
Dan aku mengaku segala nikmat yang diberikan ke atasku
 
وَاَبُوءُ بِذَنْبِى
(Wa abu’u bidzanbi)
Dan aku mengaku akan dosa-dosaku
 
فَاغْفِرْ لِى
(Faghfirli)
Oleh itu, berilah keampunan untukku.
َ
َفَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلَّا اَنْت
(Fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa ANTA)
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa, melainkan hanya ENGKAU!

Fadhilat

Doa di atas juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar, iaitu Penghulu Bagi Doa Memohon Keampunan.  Selain mempunyai makna yang sangat baik dan sangat menyentuh hati, doa di atas juga mempunyai fadhilatnya tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam seperti berikut:

:عن شداد بن أوس ‏‏رضي الله عنه ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏‏سيد ‏‏الاستغفار أن تقول

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

قال ومن قالها من النهار موقنا بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة

(رواه البخاري)

Daripada Shaddad bin Aus (شداد بن أوس) radhiAllahu `anhu, daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:  

“Penghulu istighfar ialah dengan kamu mengucapkan:

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Nabi seterusnya bersabda:  “Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan ahli Syurga.  Sesiapa yang mengucapkannya pada awal malam dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum datangnya pagi, dia termasuk dari kalangan ahli syurga.”

(HR al-Bukhari)

Semoga kita semua dapat dapat mengungkapkan doa ini dengan penuh penghayatan dan menyerap ke dalam hati kita.

muzir.wordpress.com

2 responses to “Tiada Yang Dapat Mengampunkan Dosa, Melainkan Hanya ENGKAU!

  • Shahmuzir

    Keterangan:

    Sayyidul istighfar: As-Sayyid artinya pemimpin atau yang paling mulia. Disebut Sayyid karena dia menjadi tempat sandaran kebutuhan dan rujukan segala urusan. Zikir ini disebut sayyidul istighfar, karena zikir ini mengandung ungkapan makna taubat yang menyeluruh. Di bagian awal, zikir ini menyebutkan pujian untuk Allah dengan sanjungan yang sangat mulia. Kemudian, dilanjutkan dengan menyebutkan kondisi hamba pada keadaan yang paling lemah. Dengan demikian, orang yang membaca zikir ini, berada di puncak sikap menundukkan diri kepada Dzat Yang Maha Agung. Oleh karena itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut zikir ini dengan “sayyidul istighfar”, karena dialah bacaan istighfar yang paling utama.

    Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu: Maksudnya adalah perjanjian untuk selalu mentauhidkan Allah. Perjanjian ini terikat melalui pertanyaan Allah kepada semua keturunan Adam, yang disebutkan di surat Al-A’raf: 172, di mana Allah berfirman (yang artinya), “’Bukankah aku ini Tuhan kalian?’ Mereka menjawab, ‘Betul.’” (QS. Al-A’raf: 172)

    Keyakinanku terhadap apa yang Engkau janjikan: Maksudnya, aku yakin bahwa jika aku memenuhi janjiku maka Engkau akan memenuhi janji-Mu berupa surga-Mu.

    (disalin dari FB Haji Rahim Mahmood)

    Like

  • Hafiz

    Terima Kasih atas perkongsian hadith serta tulisan arab ini. Moga tuan dikurniakan ganjaran daripada Allah SWT.

    Liked by 1 person

Leave a comment