Monthly Archives: November 2012

Boikot Produk Yang Menyokong Yahudi Zionist & Sekutunya

Last updated 4th June 2012 – http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Last updated 4th June 2012 – http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Semalam anak saya bertanya apa itu boikot?  Selepas menerangkannya, kami anak beranak cuba bertekad untuk mengelakkan diri kami dari terlibat memberikan ringgit kami kepada beberapa organisasi yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan yahudi zionist dan sekutunya. Continue reading

Advertisements

Tips Menghadapi Peperiksaan

Saya ditanya oleh seorang mahasiswa apakah tips-tips yang boleh saya kongsikan untuk beliau menghadapi peperiksaan penting yang bakal beliau hadapi.

Allahu A`lam.  Meninggalkan terlalu lama dunia pembelajaran di sekolah dan universiti membuatkan nasihat saya mungkin tidak tepat dengan situasi beliau.  Mungkin beliau pun sudah tahu jawapannya.  Namun, ingin saya kongsikan suatu perkara yang teramat penting untuk semua kita semua hayati, iaitu:


Hijrah Nabi SAW Dari Makkah ke Madinah

Bersambung dari:  https://muzir.wordpress.com/2012/02/06/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-4/

Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda.  Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.

Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.

Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut. Continue reading


Waspada Bahan Bacaan Anak-Anak Kita

Terkejut saya dibuatnya apabila terlihat gambar ini.  Ia dimuatnaik oleh seorang kenalan Facebook saya.  Huruf ‘Z’ boleh diwakili zirafah, zaitun (sejenis buah), zip, Zimbabwe, Zorro (watak lagenda) dan zink dan mungkin lain-lain lagi.  Malangnya perkataan ‘itu’ (dalam gambar) pula yang dipilihnya untuk mewakili huruf ‘Z’ bagi buku seumpama ini.  Sangat tidak sesuai! Continue reading


Setiap Muslim Mesti Berpolitik

Ada sebahagian orang tidak boleh mendengar perkataan ‘politik’.  Bau politik pun mereka sudah ter’bersin’.  Alergik bagi mereka.  Kata mereka lagi, mereka bencikan politik kerana politik itu kotor.  Pada mereka, Islam dan politik tidak boleh digabungkan.  Dan hal politik tidak boleh dibincangkan di masjid-masjid atau di surau-surau.  Ceramah agama di masjid atau surau mesti hanya bercerita bab ibadah sahaja.  Itu kata sesetengah orang yang cukup alah dengan politik.

Sampai begitu sekali tanggapan mereka terhadap politik.

Tepatkah pandangan begini jika kita lihat dari pandangan Islam? Continue reading


Cara Kita Pandang Dan Cara ALLAH Pandang

Media seperti TV, Facebook, poster atau mana-mana jenis media sekali pun, apabila mengajak dan mempromosikan mengenai ‘wanita solehah’, pasti gambar wanita cantik yang dijadikan sebagai model.  Jika lukisan, maka dilukiskan wanita-wanita yang berparas cantik sebagai mewakili susuk ‘wanita solehah’.  Tubuhnya langsing, matanya bulat, keningnya rapi, bibirnya mungil, kulitnya cerah, pipinya halus dan sebagainya. Continue reading


Ikhlas Betul Dia! Tapi…

Sumber: fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/27988_491050727594873_640485831_n.jpg

Lelaki di dalam gambar telah mengangkat tangannya selama 38 tahun sejak tahun 1978.  Beliau sanggup berbuat sebegitu kerana ikhlas ingin beribadah untuk mendapatkan redha Tuhan yang dia percaya.  Pengorbanan dan susah payah yang dihadapi beliau tidak lain niatnya adalah untuk mendapatkan kasih sayang Tuhannya.

Andai tahap keikhlasan dan penghambaan lelaki ini kepada Tuhannya dibandingkan dengan keikhlasan dan penghambaan kita terhadap Tuhan kita, tentu agaknya kita akan kalah.  Dengan kekalahan yang teruk.

Nampak ikhlas sungguh dia.  Nampak zuhud betul dia.  Nampak `abid sungguh dia.  Nampak bersungguh-sungguh betul dia.

Tetapi, ikhlas sahaja tidak cukup untuk sesuatu amalan itu diterima oleh Tuhan semesta alam.  Ya, ia tidak cukup.  Kerana syarat untuk sesuatu pengibadahan itu diterima olehNYA mesti dipenuhi. Continue reading


%d bloggers like this: