Waspada Bahan Bacaan Anak-Anak Kita

Terkejut saya dibuatnya apabila terlihat gambar ini.  Ia dimuatnaik oleh seorang kenalan Facebook saya.  Huruf ‘Z’ boleh diwakili zirafah, zaitun (sejenis buah), zip, Zimbabwe, Zorro (watak lagenda) dan zink dan mungkin lain-lain lagi.  Malangnya perkataan ‘itu’ (dalam gambar) pula yang dipilihnya untuk mewakili huruf ‘Z’ bagi buku seumpama ini.  Sangat tidak sesuai!

Menurut kenalan Facebook saya itu, beliau merakam gambar ini dari sebuah buku yang dibeli untuk anak kecilnya.  Beliau sangat terkejut apabila menyedarinya setelah pulang ke rumah membelek-beleknya.  Katanya lagi, beliau telah membelinya di Tesco dan penerbit buku tersebut ialah Ladybug.

Melihat gambar seperti ini, membuatkan kita sebagai ibubapa agar lebih berwaspada akan bahan-bahan bacaan anak-anak kita.  Saya selalu membelek-belek terlebih dahulu bahan-bahan bacaan yang bakal dibeli sebelum bersetuju membelinya.  Isteri saya juga begitu.  Begitu juga dengan kenalan Facebook saya di atas.  Bukan beliau tidak belek terlebih dahulu.  Beliau belek.  Tetapi tidak secara terperinci dan satu per satu.  Dan memang itu pun sifat kita semua.  Tidak mampu hendak belek satu per satu.

Kenapa saya selalu sangat berwaspada dengan bahan bacaan anak-anak?

Ia adalah kerana saya juga pernah melalui zaman menjadi anak dan remaja.  Mata saya pernah melihat ilustrasi-ilustrasi dan membaca bahasa-bahasa serta ayat-ayat yang melanggar budaya kita sebagai masyarakat timur yang penuh dengan kesopanan.  Banyak dijumpai hal ini dalam komik kebiasaannya.

Yang lebih merungsingkan lagi ialah apabila ada ilustrasi-ilustrasi dan ayat-ayat yang bercanggah terus dengan agama Islam.  Dalam tidak sedar mungkin ada nilai-nilai bercanggah ini mempengaruhi minda dan hati saya sebagai anak kecil dan remaja.

Berdasarkan pengalaman inilah, kita sebagai ibubapa tidak boleh bersangka baik dengan bahan-bahan bacaan yang terdapat di dalam pasaran.  Berwaspadalah.  Namun, kewaspadaan kita mungkin terhad dan kita mungkin akan terlepas beberapa perkara.  Maka, sebaiknyalah di samping usaha kita menapis dan berwasapada itu, kita serahkan urusan seterusnya kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Kepada ALLAH Ta`ala lah kita berdo`a semoga anak-anak kita dipeliharaNYA sepanjang masa, amin…

Terima kasih buat kenalan saya tersebut kerana sudi memuatnaik gambar yang mengejutkan itu.  Ia membuatkan saya dan isteri agar lebih berwaspada.

Sekadar mengingatkan,

– muzir.wordpress.com
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: