Boikot Produk Yang Menyokong Yahudi Zionist & Sekutunya

Last updated 4th June 2012 – http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Last updated 4th June 2012 – http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Semalam anak saya bertanya apa itu boikot?  Selepas menerangkannya, kami anak beranak cuba bertekad untuk mengelakkan diri kami dari terlibat memberikan ringgit kami kepada beberapa organisasi yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan yahudi zionist dan sekutunya.

Ada beberapa jenama yang saya sebut pada anak-anak yang sudah sebati dengan kehidupan kami (contohnya produk Nestle).  Walaupun susah, kami akan cuba setakat termampu menghindari jenama-jenama ini.  Jenama-jenama ini buat masa ini akan didenda oleh kami dengan tidak membelinya.

Saya katakan pada anak-anak, inilah antara tindakan kita untuk menyokong Palestin selain doa dan lebih mendekatkan diri kepada kehidupan cara Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wa sallam dan membebaskan diri dari kehidupan ala-yahudi, ala-nasrani dan ala-musyrik.

Kepedulian terhadap Palestin bukan sahaja kerana menolak kezaliman yang menimpa kepada ummat Islam, bahkan Palestin mempunyai nilai yang tinggi di sisi ummat Islam iaitu ia merupakan tanah yang penuh keberkatan dan di sana terletaknya Masjid al-Aqsa, iaitu masjid ke-3 utama selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.  (Baca:  Kepedulian Kita Terhadap Palestin)

Nampaknya 2 orang anak-anak kami faham.  Yang 2 lagi tak faham sebab belum mumayyiz lagi.  Moga-moga kami sekeluarga mampu melakukannya, amin :)

Fatwa Boikot

Fatwa boikot produk-produk yang menyokong Yahudi Zionist, Amerika dan sekutu-sekutunya yang terlibat menceroboh tanah ummat Islam di Palestin telah dikeluarkan lama dulu oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pada tahun 2002.  (Klik–>Teks Terjemahan Fatwa DYQ Mengenai Boikot)

Antara kandungan fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi

Justeru, sewajarnyalah kita menyahut seruan ini terutama pada saat kebiadaban Yahudi Zionist sedang memuncak.  Tidak wajar kita meringan-ringankan seruan ini sedangkan ummat Islam di Palestin sana dibunuh dengan sewenang-wenangnya dan hak mereka dicerobohi.

Saya agak terkilan membaca komen-komen ummat Islam yang merendah-rendahkan seruan boikot ini sedangkan ia mempunyai kesan terhadap musuh-musuh ummat Islam. Kita memboikot apa yang mampu kita tinggalkan seperti produk-produk makanan, pakaian, kosmetik, keperluan harian, rokok dan seumpamanya kerana kita masih mempunyai alternatif yang banyak.

Mengenai produk-produk buatan mereka yang masih ummat Islam bergantung dengannya seperti produk teknologi maklumat, sains, komputer, perubatan dan persenjataan, seingat saya ada beberapa ulama telah memberikan fatwa bahawa kita boleh menggunakannya setakat keperluan kita.  Produk-produk dalam kategori ini kita masih belum ada alternatif atau alternatifnya sangat kurang.  Jadi dalam bab ini, kita boikot setakat termampu.  Kerana jika kita memboikotnya, banyak aspek kemajuan kehidupan kita akan terjejas.

Sungguh, usaha pemboikotan ini tidak sia-sia dan termasuk dalam amalan-amalan yang in shaa’ ALLAH ada hasanahnya di sisi ALLAH Ta`ala.  Pemboikotan termasuk dalam konsep al-bara’ iaitu meninggalkan/membenci/tidak menolong sesuatu yang tidak ada kaitan dengan Islam dan ummat Islam, apatah yang berkaitan musuh ummat Islam.

Hanya orang-orang yang mempunyai kecekalan iman, kefahaman agama dan mujahadah tinggi yang mampu melakukan pemboikotan produk-produk Zionist Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya.  Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan ini, amin…

Berkesankah Boikot?

Usaha memboikot jika mahu ia berkesan, perlukan usahasama secara kolektif daripada semua ummat Islam.  Kita pernah melihat beberapa syarikat antarabangsa mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi yang menidakkan penglibatan mereka dengan negara-negara tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu apabila pemboikotan dijalankan.  Contohnya pemboikotan produk negara Denmark yang melibatkan isu penghinaan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Kuantiti ummat Islam yang banyak di seluruh dunia bisa melumpuhkan pencapaian jualan syarikat-syarikat antarabangsa ini khususnya, dan menjatuhkan ekonomi negara tertentu amnya.  Pokoknya, ia berkesan sampai ke beberapa peringkat.

Tindakan boikot adalah tindakan berbentuk tekanan yang digunakan bagi mendesak supaya polisi-polisi syarikat tertentu atau negara tertentu diubah daripada menyokong penindasan dan kezaliman terhadap ummat Islam secara langsung atau tidak langsung kepada tidak menyokong kezaliman atau bersikap neutral.

Dan jikalah tidak berkesan memberi tekanan, ia tetap memberi kesan dalam memberi sokongan moral kepada ummat Islam di Palestin.  Bahawa ummat Islam di seluruh dunia masih bersifat prihatin dengan kesusahan ummat Islam di Palestin.  Cuba bayangkan perasaan saudara-saudara kita di Palestin apabila mereka melihat kita memakan produk makanan musuh Islam dan memakai pakaian keluaran musuh Islam.  Tentu luruh hati mereka membayangkan peluru-peluru yang ditembak kepada mereka sebahagiannya ditaja oleh ummat Islam melalui duit pembelian mereka.  Patutkah?

Paling minima pun, ia tetap berkesan buat diri kita secara individu.  Kerana apa-apa yang kita perbuat dengan niat kerana ALLAH dan caranya betul pula, maka in shaa’ ALLAH ada ganjarannya di sisiNYA untuk kita raih pada Hari Yang Tidak Berguna Lagi Wang dan Harta.  Biarlah semua orang tidak memboikot dan hanya kita sahaja yang memboikot, kesannya tetap ada dan diperlihatkan pada Hari Akhirat nanti.  ALLAH Ta`ala berfirman:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

“Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya dan diber balasan)!”

(Surah al-Zalzalah, 99:7)

Selain Boikot

Selain boikot, ummat Islam juga sewajarnya melakukan perkara-perkara berikut, sekurang-kurangnya:

  1. Berdoa kepada ALLAH Ta`ala.
  2. Memberikan sumbangan dalam bentuk wang, tenaga atau buah fikiran.
  3. Menyebarkan maklumat-maklumat mengenai nasib ummat Islam di Palestin supaya ramai maklum mengenainya dan terbit rasa prihatin.

Aqsa Syarif ialah antara saluran yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan kewangan.

Saya rasa itu antara usaha minima yang setiap dari kita mampu buat.  Jika lebih dari itu kalian mampu lakukan, nah silakan.  Moga-moga ALLAH berkati dan ganjari.

Semoga ummat Islam di Palestin dan lain-lain tempat yang masih dizalimi seperti Syria dan Myanmar, diberi pertolongan dan kebaikan oleh ALLAH Ta`ala kepada mereka, amin…

Sekadar berkongsi,

muzir.wordpress.com


11 responses to “Boikot Produk Yang Menyokong Yahudi Zionist & Sekutunya

  • Blockgger

    BOIKOT FILEM HOLLYWOOD PULAK!!! Sebarkan pada seluruh umat Islam!!! —> http://www.sinema.my/yahudi-di-hollywood/

    Like

  • solehah

    assalamualaikum. sorry just to make it clear. may I ask, KFC boleh makan tak? syukran

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah.

      KFC halal dimakan. Jika dilihat dalam senarai di atas tidak disenaraikan sebagai syarikat yang menyokong secara langsung kepada Yahudi Zionist. Jadi, terpulanglah samada mahu beli atau tidak. Kalau ada produk ayam goreng keluaran Muslim, sokonglah yang itu.

      McD halal dimakan. Tapi syarikat tersebut tersenarai sebagai syarikat yang menyumbang secara langsung kepada Yahudi Zionist. Ia termasuk dalam kempen boikot ini. Jadi, elakkanlah dari membeli produk McD.

      Like

  • Makan Budok

    Salam saudara..
    Mcm mane pulak dgn rokok..?
    Saya tk merokok, cume nk kepastian aje..
    TQ~

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam…

      Rokok sudah dimaklumi untuk diboikot oleh ummat Islam.

      Menurut jumhur ulama, hukum merokok adalah haram. Jadi, samada ia tersenarai atau tidak dalam senarai kempen boikot, ia sepatutnya diboikot oleh ummat Islam secara total.

      Like

    • Anonymous

      Nak boikot blh….tp tetap tak selesai masalah….
      sbb tu bkn punca masalah…..
      masalah org islam hr nie….kita telah tinggalkan kwrja
      yg Allah hantar kita atas maksud itu….apa dia
      Dakwah dan Tabligh….sbb nie la kerja Nabi2 dan Rasul2 aupay
      a org islam kembali pd Allah…. hr nie org islam hisap rokol sbb hati didia nak hisap…..tutup kilang rokok pun…tetap diairg hisap rokok…

      tp klu iman di usahakan…dan hati taknak rokok….biar satu dunia nie kilang rokok…tetap takde org hisap rokok…

      Like

  • Mat Arau

    Bagaimana dengan Motorola, Intel, IBM apakah wajar umat Islam tidak memohon pekerjaan di syarikat ini dan apakah wajar juga mereka yang sudah bekerja berusaha semampu yang boleh untuk berhenti kerja?

    Like

    • Shahmuzir

      1) Wajar tidak menjadikan bekerja di syarikat2 ini sebagai pilihan utama memohon pekerjaan sekiranya ada pilihan lain yang menyediakan peluang industri yang sama.

      2) Bukan berusaha sedaya mungkin untuk berhenti bekerja. Tetapi berusalah untuk mencari pekerjaan yang sama di syarikat lain. Jika tiada peluang begitu, teruskanlah bekerja macam biasa dan jangan berhenti. Kerana anda berhenti mudharat yang lebih besar akan berlaku contohnya keluarga anda tiada pendapatan.

      Allahu A`lam.

      Like

  • “Kalau Nak Boikot Sangat, Boikotlah Facebook” ??? | Kerana DIA...

    […] Saya pernah menulis hal ini secara sekali lalu di dalam tulisan bertajuk Boikot Produk Yang Menyokong Yahudi Zionist & Sekutunya: […]

    Like

  • Anonymous

    kerajaan harus memainkan peranan jug a…kalau barang x masuk negara kite…kite pasti boleh lakukan…masyarakat kite ni terutama org islam hidup macam org barat..moden kata nyer…tapi tang bj pakai jubah trend kata nyer..ape pun kerajaan harus memainkan peranan x bynk skit pun x ape sekadar mencuba…

    Like

  • fieza

    bagus tu…tp klu kerajaan memainkan peranan jugak lagi snng…boikot terus dari masuk malaysia hahaha malaysia boleh…

    Like

Leave a comment