Monthly Archives: December 2012

2012 in review

Laporan ini disediakan oleh WordPress:

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

About 55,000 tourists visit Liechtenstein every year. This blog was viewed about 330,000 times in 2012. If it were Liechtenstein, it would take about 6 years for that many people to see it. Your blog had more visits than a small country in Europe!

Click here to see the complete report.

Advertisements

Kenapa Mesti Tiru Mereka?

Kita di ambang tahun baru.  Timbul keresahan di kalangan ilmuan Islam dan pendakwah mengenai kelaziman masyarakat ummat Islam yang saban tahun terus melazimi sambutan tahun baru.  Malah yang lebih teruk dari itu ialah sambutan terhadapnya diadakan besar-besaran, sarat hiburan dan keseronokan hingga banyak perkara mungkar dan maksiat timbul darinya.

Ingin saya mengingatkan semula akan diri saya dan para pembaca sekalian secara ringkas akan perihal larangan tasyabbuh, walaupun ia pernah disentuh dalam artikel yang lepas:

  1. Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir
  2. Sejengkal Demi Sejengkal, Sehasta Demi Sehasta…

Muslimin-muslimat yang mudah-mudahan dikasihi ALLAH sekalian,

Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

من تشبَّهَ بقومٍ فَهوَ منهم

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut.”

(HR Abu Daud dengan sanad hasan)

Hadith di atas adalah suatu ukuran yang diberikan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam kepada ummatnya.  Kita adalah siapa yang kita ikut dan serupai.  Jika kita ikut dan menyerupai apa yang Nabi lakukan, maka kita termasuk di dalam kumpulan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sebaliknya, jika ikut dan menyerupai orang-orang lain, maka kita termasuk di dalam kumpulan orang tersebut.  Amatlah malang jika kita ikut cara dan menyerupai perbuatan orang-orang kafir!

Muslim mesti ada jati diri.  Muslim mesti ikut cara Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Muslim mesti berbeza dengan orang-orang kafir.  Kita ada identiti kita tersendiri. Kita dimuliakan oleh ALLAH Ta`la kerana Islam yang ada dalam dada kita.

Jika kita baca hadith-hadith Nabi yang lain, tentu kita akan jumpa beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam tidak suka ummat Islam menyerupai orang selain Islam yang terdiri daripada Musyrik, Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.

Contohnya:

  • Nabi mensyariatkan `eidul-fitri dan `eidul-adha sebagai menggantikan dua perayaan yang biasa disambut oleh orang-orang `Arab ketika itu.
  • Nabi berniat mahu berpuasa pada 9 dan 10 Muharram yakni Tasu`a dan `Asyura sebagai membezakan perbuatan orang-orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari `Asyura sahaja, iaitu 10 Muharram.
  • Nabi menyuruhkan ummatnya agar membiarkan janggut tumbuh dan memotong misai agar berbeza dengan Musyrikin dan Majusi.
  • Hatta Nabi pernah menukar cara Baginda menyikat rambut hanya kerana untuk berbeza dengan cara menyikat rambut orang-orang Yahudi.
  • Dan banyak lagi contoh yang mungkin tuan/puan boleh senaraikan sama berdasarkan bacaan hadith oleh tuan/puan.

Tasyabbuh iaitu penyerupaan dengan orang-orang kafir adalah perbuatan tidak disukai oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Nabi telah berusaha mencegahnya semasa hayat Baginda.  Jika ia bersangkutan dengan agama, lagilah ia amat dilarang.  Malah ia menjadi syariat agama Islam untuk ummatnya berbeza dengan orang kafir (terutama dalam hal agama).

Justeru, marilah kita muhasabah mengenai sambutan besar-besaran Hari Tahun Baru yang bakal rakyat Malaysia sambut sebentar lagi. Mari kita tanya beberapa perkara dalam diri kita:

  • Tidakkah ia amalan budaya orang-orang kafir?
  • Perlukah kita turut serta menyambutnya dengan mengadakan majlis?
  • Rugikah kita jika tidak menyertainya?
  • Bertambah pahalakah jika kita menyertainya?  Atau dosa?!
  • Redhakah ALLAH dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam terhadap perbuatan kita ini, sedangkan pada zaman Baginda hidup, Baginda sentiasa berusaha untuk BERBEZA dengan golongan kafir?

Tepuk dada, tanyalah iman kita…

Allahu A`lam. Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

muzir.wordpress.com


Post Mortem Tahsin Akhlaq

Khamis lepas, iaitu pada 27 Disember 2012 lalu, satu program yang diberi nama Tahsin Akhlaq telah diadakan di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.  Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dengan disertai anak-anak lelaki dan perempuan sekitar taman tersebut.  Seramai 66 orang telah menghadirinya.

Antara yang disentuh ialah:

  1. Mesej surah al-Luqman ayat 12-19
  2. Berakhlaq Mulia Dengan Siapa?
  3. Bagaimana Berakhlaq Mulia?
  4. Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam Sebagai Ikutan Akhlaq Mulia.  (Beberapa sunnah Nabi telah dipilih dan dibincangkan.) Continue reading

Pada Haiwan Ada Pahala

Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti?  Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?  Atau bagaimana?

Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi.  Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar.  Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab al-Ahkam.net:

Berikut ini jawapannya: Continue reading


Tukar Umur Dengan Amal Soleh

“Abah, dulu Abah banyak duit ke?”  Tanya Faisal dari belakang boncengan motor.

“Kenapa Faisal tanya macam tu?”  Saya pelik dengan pertanyaannya itu.

“Yelah, Abah sekarang ni asyik takde duit aje.  Sebab Abah dah beli macam-macam ye?”  Faisal menjelaskan sebab dia bertanya lalu bertanya semula.

“Ooo… yelah Abah ada duit tapi takdelah banyak.  Tapi dah beli macam-macam kuranglah duit.  Beli baju Faisal, mainan Faisal, makanan, motorsikal, kereta dan macam-macam.  Semuanya pakai duit.”  Jelas saya bersahaja tanpa menoleh kepadanya sebab masih di atas motorsikal.

“Ooo… hehehe.  Baru Faisal faham.  Kesian Abah.”  Dia cuba mengambil hati saya. Continue reading


Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek?

Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul.  Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat.  Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.

Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu.  Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas.  Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek.  Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh (klik untuk besarkan saiznya): Continue reading


Program Tahsin Solat

Pembantu saya sedang memeriksa kejelasan paparan di dinding.

Pembantu saya sedang memeriksa kejelasan paparan di dinding sebelum program dimulakan.

Alhamdulillah, program Tahsin Solat telah dapat dilaksanakan di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam dengan penyertaan hampir 70 orang kanak-kanak dan remaja.  Saya rasa-rasa itulah jumlah kehadirannya kerana bilangan ais-krim yang saya bahagi-bahagikan seorang satu jumlahnya ialah 70 batang ais-krim, hehe.  Ia adalah rezeki anak-anak ini apabila pada penutup program, tiba-tiba ada seorang ibu datang menaja ais-krim.  Semoga ALLAH memberkati beliau sekeluarga, amin. Continue reading


Apa Hendak Buat Jika Dizalimi Perokok?

Pagi tadi selepas pulang dari surau, tiba-tiba anak saya yang berumur 3 tahun ajak saya berjalan-jalan naik motor.  Hendak pergi taman permainan katanya.  Disebabkan hari masih gelap sebab matahari belum keluar, saya pun bawalah dia pusing-pusing kawasan perumahan.  Sudah pusing-pusing, diajak balik dia tidak mahu lagi.  Hendak makan katanya.

Saya pun terus menunggang motorsikal ke kedai makan berdekatan.  Sampai di sana, kami memilih untuk duduk di luar untuk menghirup udara pagi yang segar sambil makan roti canai.  Malangnya, suasana di restoran itu dicemari asap rokok.  Selain kami, ada 7 orang yang sedang duduk di restoran itu.  Daripada 7 orang itu, 4 daripada mereka menghisap rokok.  Ah, terpaksa pindah ke ruang dalam untuk mengelak asap rokok yang busuk itu.

Tentu ramai mengalami suasana sebegini.  Iaitu suasana diganggu asap rokok yang dihembus oleh para perokok yang tidak langsung sensitif dengan keadaan dan perasaan orang lain. Continue reading


Singa Sarkas VS Singa Rimba

Singa sarkas dan singa rimba tidak berbeza dari segi rupa.  Nampak serupa tapi tak sama.

Singa sarkas disuruh duduk, dia duduk.  Disuruh melompat dia pun melompat.  Walaupun mengaum, tetapi ngaumannya berhati-hati.  Takut nanti tak pasal-pasal kena cemeti.  Arahan tukang sarkas mesti kena taat dan patuh.  Walaupun maruah diri habis luruh.  Upah taat dapatlah daging sekarung.  Lepas habis pertunjukan dia pun kena kurung.

Singa rimba tidak begitu. Tak takut makanannya dicatu.  Dia mengaum semahu dia.  Tidak takut peraturan sesiapa.  Dia melompat dan berlari.  Tiada siapa yang mahu dekat dan berani-berani.  Digelar raja dek penghuni rimba.  Digeruni oleh haiwan semua.  Ngauman suaranya berkilometer boleh dengar.  Dia tidak kecut dan tidak gentar.  Kerana dia singa yang sebenar. Continue reading


Berlapiklah Duhai Ustadz

Hukum-hukum yang lahir dari ijtihad ulama tidak wajar kita memutuskan mengenai hukumnya secara muktamad dengan mengatakan:

  • “Hukum perkara ini adalah haram.”  Atau…
  • “Hukum perkara ini adalah halal.”

Apatah lagi dengan lantang dan keras mengatakan:

  • “Hukum perkara ini adalah haram, haram, haram!”  Atau…
  • “Hukum perkara ini adalah halal, halal, halal!”

Sebaiknya katalah begini: Continue reading


%d bloggers like this: