Kini, apabila masyarakat ingin membeli hartanah, mereka sudah mempunyai kecenderungan untuk bertanya mengenai MLTT (Mortgage Level Term Takaful) sebagai alternatif kepada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful). Ramai sudah mulai tahu akan kebaikan MLTT.
Saya mula mendengar mengenai MLTT ini sekitar tahun 2004 ketika menghadiri seminar kewangan Milan Doshi di Kuala Lumpur. Seorang pembentang telah memperkenalkan hadirin suatu perkembangan terkini dalam melindungi pembiayaan hartanah mereka. Ia dikenali sebagai MLTA (Mortgage Level Term Assurance) dan ML (Mortgage Life). Ia suatu istilah baru yang digunakan sebagai alternatif kepada MRTA (Mortage Reducing Term Assurance). Ketika itu, pengetahuan masyarakat mengenai pakej ini sangat rendah dan belum digunakan secara meluas.
Dalam industri Takaful, ia dikenali sebagai MLTT sebagaimana yang telah saya sebut di perenggan pertama di atas. Ia menggunakan pelan Takaful Keluarga sebagai pelan perlindungan pembiayaan perumahan/hartanah. Dan pelan ini menepati hukum syariah Islam.
Kedua-dua MLTT & MRTT ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Berikut adalah beberapa yang dapat saya senaraikan secara ringkas:
Kelebihan
A) Kelebihan MLTT:
- Boleh memilih untuk membayar secara berkala samada bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan.
- Mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan.
- Nilai perlindungan kekal sama sehingga habis tempoh. Tidak berkurangan seperti MRTT.
- Boleh menggunakan MLTT yg sama untuk unit hartanah yang berlainan, refinance dan sebagainya. MRTT pula hanya untuk satu pembiayaan rumah sahaja.
- Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan.
- Boleh diletakkan penama selain dari bank. Hatta di Takaful Ikhlas, boleh dibuat cadangan hibah.
- Boleh dimasukkan lain-lain rider perlindungan tambahan (jika mahu).
- Boleh dikeluarkan jumlah simpanan utk dibayar kepada financier untuk tujuan pengurangan pembiayaan atau pengurangan tempoh.
- Boleh membuat pengeluaran sejumlah simpanan dari pelan tersebut untuk kegunaan peribadi.
- Peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh perlindungan MLTT.
- Waris peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku kematian kepada peserta pelan dalam tempoh perlindungan MLTT.
B) Kelebihan MRTT:
- Bayar sekali sahaja.
- Murah.
- Di hujung tempoh perlindungan, syarikat yang menawarkan MRTT kebiasaannya akan memberi keuntungan berdasarkan konsep mudharabah. MRTA tiada (Mortgage Reducing Term Assurance) keistimewaan ini.
- Boleh dimasukkan sekali ke dalam pembiayaan rumah.
Kekurangan
Adapun tentang kelemahan MLTT & MRTT pula ialah seperti berikut:
A) Kekurangan MLTT:
- Lebih mahal secara perbandingan. Sebab ia bukan hanya perlindungan, tetapi juga ada unsur simpanan.
- Memerlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan dari segi pembayaran samada tahunan, setengah tahunan, suku-tahunan atau bulanan.
B) Kekurangan MRTT:
- Terpaksa buat MRTT semula jika buat refinance kerana MRTT hanya untuk satu pembiayaan sahaja.
- Setiap satu unit hartanah, hanya boleh digunakan utk satu pelan MRTT. Walhal MLTT boleh digunakan untuk dijadikan pelan perlindungan bagi lebih dari 1 hartanah.
- Tiada jumlah penyerahan pada akhir tempoh perlindungan.
Itulah antara yang dapat saya kongsikan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan MLTT dan MRTT.
Apapun, pastikan anda sendiri faham mengapa anda perlukan MLTT atau MRTT. Kerana tujuan kita ambil pelan-pelan ini adalah supaya jumlah pembiayaan hartanah kita dapat dilangsaikan sekiranya berlaku musibah seperti meninggal dunia atau hilang upaya kekal menyeluruh. Supaya waris tidak dibebankan dengan ‘hutang rumah’ jika kita meninggal dunia. Dan supaya kita sendiri tak dibebankan dengan komitmen membayar ansuran rumah sekiranya tidak lagi mampu bekerja disebabkan oleh lumpuh seluruh badan iaitu hilang upaya kekal menyeluruh.
Berbincanglah dengan perunding Takaful yang tuan/puan percayai untuk mendapatkan penjelasan yang lebih telus dan menyeluruh.
Allahu A`lam.
Shahmuzir Nordzahir Perunding Takaful 019-3826408
December 22nd, 2012 at 1:36 AM
salam… nak tanya pasal mltt..
please email..
LikeLike
December 22nd, 2012 at 12:47 PM
Email: shahmuzir@yahoo.com
Jika tuan sudah email, hubungi saya melalui panggilan atau SMS. Terima kasih.
LikeLike
August 27th, 2013 at 3:02 PM
Salam,pinjaman perumahan kakitangan kerajaan ada option utk pilih MLTT tak?
LikeLike
September 1st, 2013 at 12:05 AM
wa`alaikumussalam. Rasanya pilihan untuk tuan/puan yang buat pembiayaan rumah melalui Kerajaan, hanya dapat membuat MRTT atau MRTA sahaja. Allahu A`lam.
MRTT = Mortgage Reducing Term Takaful
MRTA = Mortgage Reducing Term Assurance
LikeLike
May 21st, 2014 at 3:52 PM
takaful apa yang offer MLTT ni? Sebab saya nak buat loan dgn kerajaan
LikeLike
May 22nd, 2014 at 10:24 PM
Kalau apply pembiayaan dengan kerajaan, rasanya terikat dengan syarat mereka iaitu kena ambil MRTA/MRTT.
LikeLike
August 14th, 2014 at 11:10 AM
Boleh ke sy ambil MLTT atau MRTT untuk conventional loan? Jika opt untuk MLTT, adakah cover outstanding housing loan jika berlaku kematian atau TPD si pembayar loan? Harap dpt membantu. Tq
LikeLike
September 19th, 2014 at 12:16 PM
Salam..saya ambik public bank islamic loan which include mrtt…tetapi sy dah apply for mltt…boleh tak bank waive semula duit insuran mrtt tersebut?
LikeLike
November 2nd, 2014 at 3:45 PM
Additional reading: http://www.horlic.com/mrta-vs-mlta-which-one-is-the-best-housing-loan-insurance/
LikeLike
December 12th, 2014 at 12:19 PM
Mohon share
LikeLike
June 25th, 2015 at 12:31 PM
Tuan rumah, mohon laluan tentang topik ini 🙂
http://rahsiatakaful.com/v1/mrtt-vs-mltt-mrta-vs-mlta/
LikeLike