Antara Bahuku dan Bahunya Ada Syaitan!

Selepas saya mengangkat takbiratul-ihram, seorang pakcik berjubah dan berserban datang masuk ke dalam saf di sebelah kanan saya.  Berdirinya agak renggang dengan saya, kira-kira sehasta dari bahu saya.  Dalam hati, saya berharap agar beliau merapati saya.  Namun saya kecewa.

Pada qiam rakaat kedua, saya mencuit halus lengannya agar beliau merapati saya.  Beliau tidak mengendahkannya.  Saya kecewa.  Kerana saf tidak rapat dan Syaitan pula menyelit-nyelit di kawasan kosong itu.  Di antara bahu saya dan bahu pakcik tersebut ada Syaitan!

Hal mengenai Syaitan ini ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksudnya:

“Janganlah kamu biarkan renggang-renggang barisanmu kerana ia akan dimasuki Syaitan.”  

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Dan dalam hadith yang lain, Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di dalam genggamanNYA, sungguh aku melihat syaitan-syaitan itu masuk pada sela-sela barisan (saf solat) seperti kambing kecil yang hitam.”

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Pada rakaat ketiga iaitu rakaat terakhir (solat fardhu Maghrib), saya mencuba sekali lagi, tapi kali ini dengan sedikit kautan lembut di lengannya menarik ke arah saya agar menutup ruang yang lompang itu.  Sekali lagi saya dikecewakan. Beliau tidak mengendahkannya.  Terpaksalah saya biarkan sahaja kedegilan itu.

Selesai solat dan wirid yang ringkas, saya bingkas bangun untuk mengerjakan solat sunat ba`diah.  Kemudiannya saya terus ke kereta untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke destinasi yang hendak dituju di pantai timur.  Sebelum berjalan ke kereta, saya sempat menoleh dari jauh ke arah pakcik tersebut yang sedang khusyuk berwirid bersama Imam.  Hati saya berbisik…

  • Agaknya mungkin sebab saya ni hanya berkemeja-T, berseluar slack dan tidak berkopiah, maka perbuatan saya itu tidak diiktiraf beliau yang berjubah dan berserban itu?
  • Agaknya beliau tidak mengiktiraf perbuatan saya kerana saya lebih muda daripada beliau?
  • Agaknya beliau tidak tahu bahawa perbuatan saya itu dibenarkan?
  • Agaknya beliau tidak tahu kepentingan makmum yang berdiri rapat adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat jamaah.
  • Agaknya beliau tidak perasan perbuatan saya mencuit dan menarik beliau?
  • Agaknya beliau sengaja berdiri jauh untuk mengambil ruang supaya beliau boleh duduk tawarruk dengan selesa di akhir solat.  (Tapi jauh sangat berdirinya).

Dan bermacam-macam agakan lagi kalau mahu diagak.  Hakikatnya masyarakat kita dalam bab saf solat ini memang masih belum kuat kesedarannya.  Sedangkan ia adalah sebahagian daripada suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com


6 responses to “Antara Bahuku dan Bahunya Ada Syaitan!

  • amirul

    Saya pn pernah tarik sisi seorang tua sebelum imam memulakan takbir bg merapatkan saf. Beliau hanya berganjak sedikit sahaja, bila saya toleh kt dia, beliau menunjukan wajah tidak puas hati kat saya.. Terus saya biarkan sahaja..

    Like

  • Anonymous

    Kalau sempat salam, salam dulu.. ada sebilangan org yg bila dah dihormati, baru nak respon positif

    Like

    • Shahmuzir

      Oh, dalam solat kita tak boleh bersalam dengan orang ye. Situasi di atas adalah ketika solat sudah didirikan. Saya sudah angkat takbiratul ihram dan pakcik masuk kemudian. Saya dah tulis di atas… ;)

      Like

  • Konfius

    Ini berlaku di mana2 pun dan mmg sy sgt kecewa dgn benda ni. Kadang2 imam akan mengingatkan dulu sblm solat tapi msh x diendahkan. Tapi sy setuju dgn anon 2.29pm. Itu yg yerbaik, bkn hanya bab solat tapi dlm apa jua yg kita buat seharian. Hormati org keliling dan perhatikan respon yg positif :)

    Like

  • encikketam

    saya pon rasa kecewa dengan sesetengah para jemaah..sedangkan sebelum solat pon imam sudah memberitahu yg syaitan akan berlegar-legar di ruang kosong tu..

    Like

Leave a comment