Berlapiklah Duhai Ustadz

Hukum-hukum yang lahir dari ijtihad ulama tidak wajar kita memutuskan mengenai hukumnya secara muktamad dengan mengatakan:

  • “Hukum perkara ini adalah haram.”  Atau…
  • “Hukum perkara ini adalah halal.”

Apatah lagi dengan lantang dan keras mengatakan:

  • “Hukum perkara ini adalah haram, haram, haram!”  Atau…
  • “Hukum perkara ini adalah halal, halal, halal!”

Sebaiknya katalah begini:

  • “Hukum perkara ini adalah haram menurut pandangan imam sekian, sheikh sekian.”  Atau…
  • “Hukum perkara ini adalah halal menurut pandangan imam sekian, sheikh sekian.”

Berlapiklah duhai ustadz-ustadz sekalian…

Kerana perkataan ustadz-ustadz sekalian akan dipakai oleh masyarakat.  Dan selalunya masyarakat akan terlebih ‘laju’ atau terburu-buru memegang sesuatu hukum tanpa menyedari bahawa di luar sana ada lagi pandangan lain yang mungkin kontra dengan perkataan yang dilontarkan oleh ustadz-ustadz sekalian.  Bak kata pepatah Melayu “guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”.  Itulah yang biasanya berlaku.

Perkara yang ijma` ulama mengatakan ia haram atau halal berdasarkan nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah, maka bolehlah kita katakan ia haram atau halal secara muktamad.  Tetapi jika di sana ada perbezaan pandangan di kalangan ulama disebabkan oleh pemahaman yang berbeza terhadap nas atau berbeza dalam berqias, maka tidak wajarlah kita berkeras dalam menghukum sesuatu hal secara muktamad.  Berkeras dalam hal sebegini bukan sahaja tidak beradab dengan ulama-ulama yang lain, bahkan boleh mewujudkan perbalahan di kalangan ummat Islam.

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: