Kenapa Tercegat Ketika Azan?

Apabila azan berkumandang, perkara terbaik yang mesti kita buat ialah bergegas ke masjid untuk bersolat di masjid yang kita dengar azan tersebut dan menjawab panggilan azan.  Itu hampir semua sudah maklum.

Tulisan ini hanya mahu menyentuh perihal orang-orang yang berdiri tercegat di tempat wudhu’ ketika azan berkumandang.  Selalu juga kelihatan senario sebegini.  Mereka menunggu azan habis terlebih dahulu, kemudian barulah mereka ambil wudhu’.  Kata mereka, mereka mahu menghormati azan atau menjawab azan terlebih dahulu, kemudian barulah mereka ambil wudhu’.  Tiada masalah perbuatan tersebut sebenarnya jika ia merupakan pilihan mereka.  Yang menjadi masalah ialah jika sebahagian masyarakat berpandangan bahawa tidak baik berwudhu’ ketika azan berkumandang.  Pandangan ini perlu diperbetulkan.

Sebenarnya, tuan/puan boleh mengambil wudhu’ ketika azan dilaungkan.  Tiada larangan terhadap perbuatan tersebut.  Bahkan perbuatan tersebut lebih dapat memanfaatkan masa yang ada.  Iaitu lebih masa untuk dimanfaatkan bagi mengisi waktu antara azan dan iqamat contohnya dengan melakukan solat sunat, berdoa atau membaca al-Quran.  Berbanding jika berdiri menunggu sehingga habis azan, kemudian baru hendak berwudhu, tentulah perbuatan tersebut telah sedikit memakan masa yang ada.

Mengenai menjawab azan, tuan/puan boleh menjawabnya ketika mengambil wudhu’ itu.  Dan mengenai doa selepas azan, tuan/puan boleh membacanya ketika mengambil wudhu’ jika azan sudah habis dilaungkan sedang tuan/puan mengambil wudhu’ tersebut.  Atau boleh juga dibaca selepas menyempurnakan wudhu’ sekali gus dengan doa selepas wudhu’.  Tidak perlu mengangkat tangan untuk berdo`a.  Cukup dengan melafazkan doa tersebut dengan kefahaman dan pengharapan kepada ALLAH Ta`ala.

Semoga kita tidak terlepas fadhilat-fadhilat besar yang disediakan bagi sesiapa yang:

  1. menjawab azan,
  2. bersolawat selepas habis azan,
  3. berdoa selepas azan dengan mendoakan agar Nabi mendapat kedudukan yang terpuji di Hari Akhirat nanti.
  4. menyempurnakan wudhu’
  5. berdoa selepas ambil wudhu’

Allahu A`lam 🙂

– muzir.wordpress.com

Advertisements

2 responses to “Kenapa Tercegat Ketika Azan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: