Singa Sarkas VS Singa Rimba

Singa sarkas dan singa rimba tidak berbeza dari segi rupa.  Nampak serupa tapi tak sama.

Singa sarkas disuruh duduk, dia duduk.  Disuruh melompat dia pun melompat.  Walaupun mengaum, tetapi ngaumannya berhati-hati.  Takut nanti tak pasal-pasal kena cemeti.  Arahan tukang sarkas mesti kena taat dan patuh.  Walaupun maruah diri habis luruh.  Upah taat dapatlah daging sekarung.  Lepas habis pertunjukan dia pun kena kurung.

Singa rimba tidak begitu. Tak takut makanannya dicatu.  Dia mengaum semahu dia.  Tidak takut peraturan sesiapa.  Dia melompat dan berlari.  Tiada siapa yang mahu dekat dan berani-berani.  Digelar raja dek penghuni rimba.  Digeruni oleh haiwan semua.  Ngauman suaranya berkilometer boleh dengar.  Dia tidak kecut dan tidak gentar.  Kerana dia singa yang sebenar.

Mereka tetap hidup berperaturan.  Tunduk patuh pada aturan.  Yang sarkas hidup patuh berperaturankan tuannya.  Yang rimba hidup patuh berperaturankan TUHANnya.

Agaknya begitu jugalah dengan `ulama’.  Ada yang jenis singa sarkas.  Ada yang jenis singa rimba.

Sebab itulah ada pepatah nasihat yang berbunyi begini:

شَرُّ الْعُلِمَاءِ مَنْ زَارَ الْأُمَرَاءَ
خَيْرُ الْأُمَرَاءِ مَنْ زَارَ الْعُلَمَاءَ
نِعْمَ الْأَمِيرُ عَلَى بَابِ الْفَقِيرِ
بِئْسَ الْفَقِيرُ عَلَى بَابِ الْأَمِيرِ

“Ulama yang paling jahat ialah yang sentiasa menziarahi pemerintah,
Pemerintah yang paling baik ialah yang sentiasa menziarahi ulama,
Sebaik-baik pemerintah ialah yang sentiasa berada di pintu rumah orang miskin,
Seburuk-buruk orang miskin ialah yang sentiasa berada di pintu istana pemerintah.”

Dan ada pula hadith dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma, dari Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bersabda:

إن ناسا من أمتي سيتفقهون في الدين يقرؤون القرآن يقولون نأتي الأمراء فنصيب من دنياهم ونعتز لهم بديننا ولا يكون ذلك كمل لا يجتنى من القتاد إلا الشوك كذلك لا يجتنى من قربهم إلا قال ابن الصباح يعني الخطايا

Maksudnya:  “Sesungguhnya ada sekelompok manusia dari ummatku yang mereka memiliki pemahaman tentang agama, membaca al-Quran, mereka mengatakan kita mendatangi para pemerintah, lalu kita akan memperolehi bahagian dari dunia mereka dan kita memuliakan mereka dengan agama kita.  Hal itu tidak akan terjadi.  Sebagaimana tidak dapat dipetik dari sebuah pohon berduri kecuali duri, begitu juga tidak dapat dipetik dari kedekatan mereka kecuali berbagai kesalahan.”

(HR Ibnu Majah.  Periwayatnya thiqah)

Maka, fikir-fikirkanlah akan nasihat dan hadith di atas.

Ummat memerlukan `ulama’ yang tegas bercakap dengan kebenaran.  Dan dengan perjuangan itu dia tempuhi dengan kesabaran.  Tuannya ALLAH.  Bukan bertuankan hamba ALLAH.  Supaya ummat terbimbing dengan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.  Bukannya `ulama’ yang senget kepada pemerintah.

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: