Program Tahsin Solat

Pembantu saya sedang memeriksa kejelasan paparan di dinding.

Pembantu saya sedang memeriksa kejelasan paparan di dinding sebelum program dimulakan.

Alhamdulillah, program Tahsin Solat telah dapat dilaksanakan di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam dengan penyertaan hampir 70 orang kanak-kanak dan remaja.  Saya rasa-rasa itulah jumlah kehadirannya kerana bilangan ais-krim yang saya bahagi-bahagikan seorang satu jumlahnya ialah 70 batang ais-krim, hehe.  Ia adalah rezeki anak-anak ini apabila pada penutup program, tiba-tiba ada seorang ibu datang menaja ais-krim.  Semoga ALLAH memberkati beliau sekeluarga, amin.

Sebahagian yang datang awal...

Sebahagian yang datang awal…

Program tersebut telah disertai oleh anak-anak yang berumur dari 7 tahun hingga remaja berumur 20 tahun.  Julat umur peserta adalah besar, jadi penyampaiannya lebih kepada perkara umum sahaja, tidak terlalu asas dan tidak terlalu terperinci.  Ini supaya mereka berasa selesa mendengarnya.  Dan program ini bukanlah untuk mengajar kembali yang sudah mereka belajar di sekolah.  Tetapi untuk diulangkaji, diberi penekanan dan diperbetulkan salah faham.

Antara yang disentuh dalam program tersebut ialah:

  • Pensyari`atan Solat dari al-Quran dan as-Sunnah.
  • Hukum Meninggalkan Solat!!!
  • Syarat-syarat Sah Solat.
  • Rukun-rukun Solat.
  • Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat.
  • Apabila Azan Berkumandang…
  • Demonstrasi Wudhu’.
  • Demonstrasi Solat & Bacaan-bacaannya.
  • Bacaan Dzikir Selepas Solat.
  • Kepentingan Khusyu` Dalam Solat.

Penyampaian telah diselang-selikan dengan gambar dan video yang bersesuaian dengan umur mereka.

Peringatan untuk diri sendiri...

Peringatan untuk diri sendiri…

Semoga perkongsian tersebut ada manfaatnya buat diri yang menyampai dan juga buat anak-anak ini pastinya.  Program yang bermula jam 10 pagi itu telah tamat jam 12.30 tengahari sebagaimana dirancang dengan beberapa perkara terpaksa diringkaskan sahaja penerangannya.  Takut tak sempat.  Mungkin lain kali kena buat 3 jam untuk membincangkan tajuk-tajuk yang serupa di atas.  Ada beberapa penambahbaikan yang saya perasan boleh dibuat untuk program yang sama akan datang, in shaa’ ALLAH.

Sama-samalah kita doakan agar diri kita dan dzuriat kita dijadikan ALLAH `Azza wa Jalla sebagai orang-orang yang tetap menjaga solat mereka dan dipelihara oleh ALLAH dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: