Post Mortem Tahsin Akhlaq

Khamis lepas, iaitu pada 27 Disember 2012 lalu, satu program yang diberi nama Tahsin Akhlaq telah diadakan di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.  Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dengan disertai anak-anak lelaki dan perempuan sekitar taman tersebut.  Seramai 66 orang telah menghadirinya.

Antara yang disentuh ialah:

  1. Mesej surah al-Luqman ayat 12-19
  2. Berakhlaq Mulia Dengan Siapa?
  3. Bagaimana Berakhlaq Mulia?
  4. Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam Sebagai Ikutan Akhlaq Mulia.  (Beberapa sunnah Nabi telah dipilih dan dibincangkan.)

Berakhlaq dengan siapa

 

Seperti program minggu lalu, iaitu program Tahsin Solat, program Tahsin Akhlaq juga telah diselang-selikan dengan foto-foto dan video-video sebagai selingan mesej.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk dilakukan penambahbaikan jika program seumpama ini mahu dijalankan lagi pada masa akan datang.  Antara yang paling jelas ialah:

  1. Program tersebut telah disertai anak yang berumur 7 tahun hingga remaja yang berumur 19 tahun.  Julat umur peserta yang terlalu besar mungkin menyukarkan penyampai untuk memilih pendekatan yang sesuai dan fokus kepada satu-satu kumpulan umur supaya hasilnya lebih berkesan.
  2. Anak-anak ini telah hilang fokus pada hujung program kerana telah disuakan dengan makanan ringan oleh ibubapa yang hadir.  Walaupun program sudah mahu berakhir, tetapi masih ada mesej yang mahu disampaikan terutama untuk mengulangkaji apa yang telah disentuh sepanjang program tersebut.  Ia bertujuan supaya peserta dapat mengingati kembali apa yang telah mereka pelajari.  Apapun, semoga ALLAH memberkati usaha ibubapa tersebut yang dengan ikhlas memberikan makanan-makanan ringan kepada para peserta.  Kelihatan mereka sangat gembira menikmatinya.
  3. Ada beberapa sub-tajuk yang kelihatan berat untuk diterima oleh peserta tetapi diberikan masa yang panjang.  Manakala sub-tajuk yang kelihatan menarik pada mereka diberikan masa yang sedikit disebabkan oleh tidak sempat menyentuhnya.  Mungkin pada masa akan datang, ia perlu disusun semula agar peserta mendapat manfaat yang lebih besar dan berkesan.
  4. Kemudahan yang tersedia di surau seperti sistem bunyi, kipas, bekalan elektrik dan tempat duduk adalah sangat baik dan selesa.
  5. Kerjasama peserta sepanjang program tersebut dan ketepatan masa oleh peserta amat baik sekali.

Semoga ALLAH memberkati sesiapa sahaja yang telah berusaha menjayakan program ini.  Dan kepada ALLAH lah kita meminta semoga DIA memelihara anak-anak ini dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

muzir.wordpress.com

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: