Kenapa Mesti Tiru Mereka?

Kita di ambang tahun baru.  Timbul keresahan di kalangan ilmuan Islam dan pendakwah mengenai kelaziman masyarakat ummat Islam yang saban tahun terus melazimi sambutan tahun baru.  Malah yang lebih teruk dari itu ialah sambutan terhadapnya diadakan besar-besaran, sarat hiburan dan keseronokan hingga banyak perkara mungkar dan maksiat timbul darinya.

Ingin saya mengingatkan semula akan diri saya dan para pembaca sekalian secara ringkas akan perihal larangan tasyabbuh, walaupun ia pernah disentuh dalam artikel yang lepas:

  1. Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir
  2. Sejengkal Demi Sejengkal, Sehasta Demi Sehasta…

Muslimin-muslimat yang mudah-mudahan dikasihi ALLAH sekalian,

Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

من تشبَّهَ بقومٍ فَهوَ منهم

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut.”

(HR Abu Daud dengan sanad hasan)

Hadith di atas adalah suatu ukuran yang diberikan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam kepada ummatnya.  Kita adalah siapa yang kita ikut dan serupai.  Jika kita ikut dan menyerupai apa yang Nabi lakukan, maka kita termasuk di dalam kumpulan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sebaliknya, jika ikut dan menyerupai orang-orang lain, maka kita termasuk di dalam kumpulan orang tersebut.  Amatlah malang jika kita ikut cara dan menyerupai perbuatan orang-orang kafir!

Muslim mesti ada jati diri.  Muslim mesti ikut cara Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Muslim mesti berbeza dengan orang-orang kafir.  Kita ada identiti kita tersendiri. Kita dimuliakan oleh ALLAH Ta`la kerana Islam yang ada dalam dada kita.

Jika kita baca hadith-hadith Nabi yang lain, tentu kita akan jumpa beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam tidak suka ummat Islam menyerupai orang selain Islam yang terdiri daripada Musyrik, Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.

Contohnya:

  • Nabi mensyariatkan `eidul-fitri dan `eidul-adha sebagai menggantikan dua perayaan yang biasa disambut oleh orang-orang `Arab ketika itu.
  • Nabi berniat mahu berpuasa pada 9 dan 10 Muharram yakni Tasu`a dan `Asyura sebagai membezakan perbuatan orang-orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari `Asyura sahaja, iaitu 10 Muharram.
  • Nabi menyuruhkan ummatnya agar membiarkan janggut tumbuh dan memotong misai agar berbeza dengan Musyrikin dan Majusi.
  • Hatta Nabi pernah menukar cara Baginda menyikat rambut hanya kerana untuk berbeza dengan cara menyikat rambut orang-orang Yahudi.
  • Dan banyak lagi contoh yang mungkin tuan/puan boleh senaraikan sama berdasarkan bacaan hadith oleh tuan/puan.

Tasyabbuh iaitu penyerupaan dengan orang-orang kafir adalah perbuatan tidak disukai oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Nabi telah berusaha mencegahnya semasa hayat Baginda.  Jika ia bersangkutan dengan agama, lagilah ia amat dilarang.  Malah ia menjadi syariat agama Islam untuk ummatnya berbeza dengan orang kafir (terutama dalam hal agama).

Justeru, marilah kita muhasabah mengenai sambutan besar-besaran Hari Tahun Baru yang bakal rakyat Malaysia sambut sebentar lagi. Mari kita tanya beberapa perkara dalam diri kita:

  • Tidakkah ia amalan budaya orang-orang kafir?
  • Perlukah kita turut serta menyambutnya dengan mengadakan majlis?
  • Rugikah kita jika tidak menyertainya?
  • Bertambah pahalakah jika kita menyertainya?  Atau dosa?!
  • Redhakah ALLAH dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam terhadap perbuatan kita ini, sedangkan pada zaman Baginda hidup, Baginda sentiasa berusaha untuk BERBEZA dengan golongan kafir?

Tepuk dada, tanyalah iman kita…

Allahu A`lam. Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: