Monthly Archives: January 2013

Kitab Hadith Yang Ringan, Murah, Mudah & Baik Dimiliki

Kita semua cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sebagai bukti cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, maka tidak boleh tidak, kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Ketahui ajaran-ajaran dan seruan-seruannya,
  2. Ikuti ajaran-ajaran dan seruan-seruannya, dan
  3. Sebarkan ajaran-ajaran dan seruan-seruannya.

Dengan cara inilah, maka kita dapat memanifestasikan cinta sebenar kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bagaimana mahu tahu apakah ajaran-ajaran Baginda?

Selain al-Quran yang merupakan sumber utama dan pertama ajaran Islam untuk kita hayati sungguh-sungguh, hadith-hadith juga merupakan sumber utama untuk kita ketahui, ikuti dan sebar-sebarkan.

Ada banyak kitab-kitab hadith yang boleh didapati yang menyenaraikan kata-kata dan ajaran-ajaran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.  Namun di sini ingin saya kongsikan beberapa kitab hadith yang ringan, murah, mudah, baik dimiliki dan sudah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu atau Indonesia supaya mudah difahami oleh orang kebanyakan seperti kita.  Antaranya ialah: Continue reading


Cara Mengenali Tukang Sihir

12 Tanda mengenali tukang sihir

Apabila anda pergi berubat dengan seseorang dan sekiranya anda melihat salah satu tanda daripada tanda-tanda berikut, maka jelaslah bahawa dia adalah tukang sihir atau kemungkinan besar dia adalah tukang sihir.  Tanda-tanda itu ialah:

1.  Bertanya kepada pesakit tentang namanya dan nama ibunya.

2.  Mengambil salah satu barang atau apa sahaja yang pernah dipakai oleh pesakit seperti baju, sapu tangan dan sebagainya.

3.  Kadang-kadang meminta pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama ALLAH.  Kadang-kadang pesakit akan dilumurkan darah di bahagian tubuh yang sakit atau dicampakkan binatang sembelihan tersebut ke tempat yang sunyi. Continue reading


ALLAH Bukan Milik Kita

ALLAH bukan milik orang-orang Islam.
ALLAH bukan milik orang-orang Kristian.
ALLAH bukan milik orang-orang Yahudi.
ALLAH bukan milik orang-orang Buddha.
ALLAH bukan milik orang-orang Hindu.
ALLAH bukan milik manusia dan semua makhluq.

Tapi…
Orang-orang Islam milik ALLAH.
Orang-orang Kristian milik ALLAH.
Orang-orang Yahudi milik ALLAH.
Orang-orang Buddha milik ALLAH.
Orang-orang Hindu milik ALLAH.
Manusia dan semua makhluq milik ALLAH.

ALLAH bukan dimiliki.  Tetapi ALLAH memiliki.

Dan…
Deen yang hanya ALLAH redha ialah Islam.

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللهِ الْإِسْلَامُ

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi ALLAH ialah Islam.

(Surah Aali `Imran, 3:19)


Bagaimana Mematahkan Helah Orang Kristian Yang Mahu Guna Kalimah ‘ALLAH’ ?

Alhamdulillah, penjelasan daripada Brother Shah Kirit ini sangat lojik, ilmiah dan berimpak tinggi, in shaa’ ALLAH.  Khususnya untuk situasi di Malaysia.

Selain beliau berkongsi mengenai bagaimana untuk mematahkan helah orang Kristian yang mahu gunakan kalimah ‘ALLAH’ dalam bible mereka, beliau juga ada berkongsi suatu nasihat yang sangat penting dalam usaha kita dan generasi akan datang mengenai pengukuhan aqidah ummat Islam.

Di dalam blog ini, ada juga disentuh perihal isu ini sedikit sebanyak.  Diulas dari sisi yang lain:

ALLAH A`lam.


Siapakah ALLAH?

Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH.  Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).

Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari.  Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.

Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?

Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya.  Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat.  Paling kurang 17 kali dalam satu hari.  Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH: Continue reading


Alhamdulillah, Mereka Sebut “ALLAH”

ALLAH lah yang mencipta manusia, matahari, bulan, awan, langit, bumi, pantai dan semuanya.

Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”

Joseph:  “ALLAH”

Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”

Muthu:  “ALLAH”

Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”

Lim:  “ALLAH”

Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu. Continue reading


[An-Nasihah] Lindungi Dari Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

Muka surat 1

Muka surat 1

Muka surat 2

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH: Continue reading


Jadual Kuliah Ustadz Halim Hassan (12 & 13 Januari 2013)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

Jadual kuliah Ust Halim Hassan

In shaa’ ALLAH, berikut adalah jadual kuliah ustadz Halim Hassan di Lembah Klang: Continue reading


Jadual Kuliah Dr Abdul Basit (11-13 Januari 2013)

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga.”

(HR Muslim, no. 2699)

Jadual kuliah Dr Abdul Basit

In shaa’ ALLAH, Tuan Guru Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman akan menyampaikan kuliah umum di sekitar Lembah Klang seperti jadual berikut: Continue reading


Haram Ghibah & Perintah Menjaga Lidah

‘Kerana mulut badan binasa’.

Ya, mulut yang di dalamnya ada lidah adalah satu pancaindera yang selalu mendatangkan masalah kepada manusia jika disalahgunakan atau tersalahguna.  Ramai hati bisa kecewa dan sakit lantaran lidah yang berkata-kata.  Bahkan bangunan yang utuh pun bisa roboh dan negara antara negara pun bisa berperang akibat dari lidah.

Binasanya manusia disebabkan lidah bukan hanya setakat di dunia, bahkan di Akhirat sana lebih merugikan lagi.  Justeru, lidah kurniaan ALLAH kepada manusia ini mesti disyukuri dan digunakan untuk kebaikan dan meraih redha Penciptanya, bukan sebaliknya.

Haram Ghibah

Ghibah atau dalam bahasa Melayunya ialah ‘mengumpat’, adalah perbuatan lidah yang agak selalu dilakukan oleh manusia samada dengan sengaja atau tanpa sengaja.  Samada lelaki atau perempuan, ia tidak terkecuali.

Sedangkan perbuatan tersebut dilarang tegas oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala dari melakukannya.  Firman ALLAH Ta`ala: Continue reading


%d bloggers like this: