Cara Mengenali Tukang Sihir

12 Tanda mengenali tukang sihir

Apabila anda pergi berubat dengan seseorang dan sekiranya anda melihat salah satu tanda daripada tanda-tanda berikut, maka jelaslah bahawa dia adalah tukang sihir atau kemungkinan besar dia adalah tukang sihir.  Tanda-tanda itu ialah:

1.  Bertanya kepada pesakit tentang namanya dan nama ibunya.

2.  Mengambil salah satu barang atau apa sahaja yang pernah dipakai oleh pesakit seperti baju, sapu tangan dan sebagainya.

3.  Kadang-kadang meminta pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama ALLAH.  Kadang-kadang pesakit akan dilumurkan darah di bahagian tubuh yang sakit atau dicampakkan binatang sembelihan tersebut ke tempat yang sunyi.

4.  Menulis azimat-azimat yang tidak difahami.

5.  Membaca mantera dan jampi yang tidak difahami.

6.  Memberi kepada pesakit kain yang berbentuk empat segi dan di dalamnya ada beberapa huruf dan nombor.

7.  Menyuruh pesakit supaya menjauhi manusia atau memencilkan diri untuk tempoh yang tertentu.  Biasanya ia memakan masa selama 40 hari.  Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang berkhidmat untuk tukang sihir tersebut beragam Kristian.

8.  Memberi sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di dalam tanah.

9.  Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan berasap dengannya.

10.  Berkumat kamit membaca sesuatu yang tidak difahami.

11.  Kadang-kadang tukang sihir memberitahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan.

12.  Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar yang berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

Maklumat di atas telah saya salin dari buku Fatwa Jin dan Sihir, Menghurai Kemusykilan Berkaitan Jin & Sihir terbitan Karya Bestari.

Buku ini banyak menerangkan hakikat jin dan sihir berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta fatwa-fatwa ulama mengenainya.

Buku ini banyak menerangkan hakikat jin dan sihir berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta fatwa-fatwa ulama mengenainya.

Jika tuan/puan berhadapan dengan salah satu daripada ciri-ciri yang telah disebutkan di atas, maka berhati-hatilah, kemungkinan besar orang yang tuan/puan berurusan itu ialah seorang tukang sihir.  Tidak kiralah apa gelaran yang dipanggil oleh masyarakat kepadanya samada orang panggil dia sebagai pawang, bomoh, ustadz, tabib, tuan guru, pakar perubatan tradisional, pakar perubatan Islam, imam, doktor, tukang urut, penghulu atau sebagainya, maka jauhilah mereka.  Tukang sihir mesti dijauhi!

Ayat 102 dari surah al-Baqarah ada menerangkan bahawa ajaran sihir telah diajar oleh syaitan kepada manusia; dan syaitan sangat kufur kepada ALLAH.  Sesiapa yang mengajar atau belajar sihir tidak akan mendapat apa-apa kebaikan pada Hari Akhirat nanti.

Dan sesiapa yang berubat dengan tukang sihir, maka dia boleh jatuh kepada mensyirikkan ALLAH.  Ketahuilah, dosa mensyirikkan ALLAH adalah dosa yang paling besar.  Tidak akan masuk Syurga bagi orang yang mensyirikkan ALLAH.  Jika pernah berubat dengan tukang sihir atau sedang berubat dengan tukang sihir, maka berhentilah dari perbuatan itu dengan serta-merta dan bertaubatlah selagi masih sempat ini.  Mudah-mudahan ALLAH Ta`ala menerima taubat dan mengampunkan dosa-dosa kita semua, amin…

Sekadar menyampaikan,

muzir.wordpress.com

———-

Baca juga:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: