Monthly Archives: February 2013

“Mana Dalil…?!”, “Mana Nas…?!” – “Mana Adab?”

“Mana dalil?!”

“Nas mana?!”

Itulah antara yang saya pernah lihat di ‘wall’2 Facebook sebahagian ustadz dan pendakwah.  Ia antara soalan-soalan bernada sergah yang dilontarkan oleh pengunjung-pengunjung mereka merespon kepada nasihat atau ‘status’ Facebook yang ditulis oleh si ustadz atau si pendakwah tersebut.

Pada saya cara begini agak tidak beradab dan kurang ajar.  Para ustadz dan pendakwah mungkin ada yang tidak ingat nas dan dalil, tapi kebiasaannya mereka menyampaikan mafhum dari nas dan dalil.  Mereka kadang-kadang menyampaikan mesej menggunakan ayat mereka sendiri dengan cara mereka sendiri berdasarkan apa yang mereka telah pelajari dan ingat. Continue reading

Advertisements

Si Sufi, Haraki, Tablighi & Salafi

solat jumaat
 
Si Sufi tidak benar,
Jika dia hanya menumpukan pada soal hati,
Tapi sangat taksubkan sheikh murobbi,
Mengambil agama berdasarkan mimpi-mimpi,
Bertariqatkan guru sehidup semati.
 
Si Haraki tidak benar,
Jika dia hanya bersemangat perjuangkan agama,
Tapi menuntut ilmu syariah tidak menjadi utama,
Sumber agama bercampur aduk caca merba,
Al-Wala dan Al-Bara ikut versi kumpulan mereka. Continue reading

Mufti Ismail Menk Live In KL ( March 2013)

Maklumat lanjut:


K-Fiqh Politik Islam Semasa 2013

Poster-KFIQHp-30Jan2013

TENTATIF PROGRAM:  http://k-fiqh.com/tentatif/

PENDAFTARAN:  http://k-fiqh.com/daftarpolitik/


TG Haji Abdul Hadi Awang di Alam Budiman

TGHH

In shaa’ ALLAH, Tuan Guru Haji `Abdul Hadi bin Awang akan meluangkan masa ke Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman seperti butiran berikut:

  • Tarikh:
    • 20 FEBRUARI 2013 (Rabu)
  • Masa:
    • Selepas solat fardhu Maghrib
  • Peta: Continue reading

Makin Singkat Atau Makin Labuh?

tudung labuhKetika memandu keluar dari sebuah IPT, saya ternampak beberapa kelibat pelajar-pelajar perempuan yang bertudung labuh.  Dalam hati, saya bersyukur kepada ALLAH kerana ia merupakan suatu pemandangan yang agak baharu di IPT tersebut.  Moga-moga ALLAH pelihara mereka, amin.  Dahulu, seingat saya tidak berapa biasa nampak pelajar-pelajar perempuannya bertudung labuh.

Tup-tup, saya terfikir sesuatu.  Lalu saya menelefon seorang kenalan saya yang bertugas sebagai pensyarah di IPT tersebut.

“Mal, bila kemasukan pelajar-pelajar baharu ke universiti engkau ni?”  Tanya saya kepada seorang pensyarah universiti yang saya kenali melalui telefon.

“Bulan lepas diorang masuk.”  Jawab kenalan saya itu.

“Oh, patut lah…….”  Bisik hati saya antara bersemangat dan tidak. Continue reading


Keutamaan Hari Jumaat & Amalan Sunat Berkaitannya

solat jumaat

Ayuh kita sama-sama baca dan hayati apakah yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai keutamaan hari Jumaat beserta adab-adab berkaitannya.  Semoga dengan mengetahuinya, kita dapat berlumba-lumba mengamalkannya, istiqamah melakukannya serta dapat menyebarkan dan mengajak orang lain turut sama mengerjakannya.

Keutamaan Hari Jumaat

1)  Hari Jumaat Adalah Kemuliaan Buat Ummat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa dia mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: Continue reading


Hentikan Kisah Memburukkan Yazid bin Mu`awiyah

Kuliah Maghrib tadi, penceramah ada menyelitkan secara ringkas tentang kezaliman Yazid bin Mu`awiyah yang kononnya terlibat membunuh cucu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, iaitu Husain radhiAllahu `anhu.  Beliau membawa kisah tersebut sebagai memberi pengajaran bahawa ketamakan kepada harta dan jawatan boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh manusia lain.  Sedangkan cucu Nabi pun sanggup dibunuh, apatah orang lain.  Jadi, berhati-hatilah terhadap harta dan jawatan.  Itulah nasihat beliau.

Nastaghfirullah, kita memohon keampunan kepada ALLAH atas keterlanjuran penceramah tersebut dan lain-lain penceramah juga, kerana memang kisah tersebut telah tersebar luas sejak zaman-berzaman dan termaktub di dalam lembaran sejarah.  Tanpa kita sedari, rupa-rupanya kisah tersebut tidak sahih.  Kita semua telah menjadi mangsa kepada sejarah yang dipalsukan.

Kisah betapa buruknya sikap Yazid bin Mu`awiyah tidak perlu disebar-sebarkan lagi oleh semua.  Berhentilah dari menyebarkannya!

Para ulama hadith telah banyak membantah kisah seperti ini.  Menurut mereka kisah tersebut telah diselewengkan sejarahnya oleh pihak-pihak tertentu.  Justeru, lebih baiklah kita berhenti dari bercerita kisah tersebut.  Kerana kisah tersebut tidak dapat disahkan kebenarannya, mengandungi unsur fitnah dan pembohongan serta pasti akan melibatkan sama merendahkan martabat sahabat-sahabat Nabi yang mulia seperti Mu`awiyah, Ibnu Abbas, Ibnu `Umar, Ibnu Zubair, Husain bin `Ali dan lain-lain, radhiAllahu `anhum.  Sebagai Ahlus Sunnah wal Jama`ah, kita tidak boleh melibatkan diri dalam memburuk-burukkan para sahabat Nabi kerana ALLAH Ta`ala telah meredhai mereka semua.

Walaupun Yazid bin Mu`awiyah bukanlah seorang sahabat Nabi, namun mendustakan kisahnya termasuklah dosa yang besar.  Apatah lagi pendustaan kisah beliau akan mengaitkan sama merendah-rendahkan peribadi para sahabat Nabi yang hidup sezaman dengan Yazid, malah berbai`ah dengan beliau.

Sebagai manfaat buat diri saya, di sini saya menukilkan beberapa penjelasan mengenai kisah Yazid bin Mu`awiyah yang selalu digembar-gemburkan oleh masyarakat, khususnya di kalangan penceramah: Continue reading


Manusia Bukan Khalifah ALLAH

‘Khalifah’ secara bahasanya bermaksud ‘pengganti’ atau ‘wakil’.  Apabila kita mengatakan manusia adalah khalifah ALLAH, ini bermakna kita mengatakan secara langsung atau tidak langsung bahawa manusia adalah pengganti ALLAH atau wakil ALLAH.  Bolehkah kita mengatakan begitu?

Tidak!  Sama sekali tidak!

Manusia bukanlah pengganti atau wakil ALLAH.  ALLAH tidak memerlukan pengganti atau wakil.  DIA lah Al-Hayyu, Tuhan Yang Maha Hidup yang tidak perlukan sesiapa pun menggantikanNYA.  DIA lah Al-Qayyum, Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri yang tidak memerlukan bantuan sesiapa dalam melakukan kehendakNYA.  ALLAH tidak memerlukan sesiapa pun untuk diserahkan urusanNYA kepada makhluq.  Tetapi makhluq lah yang menyerahkan urusannya kepada ALLAH.  ALLAH lah Al-Wakil, Tuhan Yang Maha Diserahkan Semua Urusan.  Maha Suci ALLAH dari sifat-sifat lemah dan kekurangan makhluq.

Jika digunakan perkataan ‘manusia adalah khalifah ALLAH’ dengan sedar dan tahu akan maknanya, kita khuatir aqidah seseorang yang mengatakannya boleh jadi rosak.  Moga-moga ALLAH mengampunkan kejahilan kita semua, amin. Continue reading


[Video] Sebarkanlah Salam

*Ini adalah percubaan pertama saya menyampaikan mesej melalui rakaman video (vlog)

*Baca artikel:  Keutamaan Menyebarluaskan Salam


%d bloggers like this: