3 Jenis Cinta Kepada Nabi SAW

3 Jenis Cinta Manusia Kepada

3 jenis manusia cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam:

1)  Cinta Abu Lahab kepada Nabi

–  Abu Lahab cintakan insan yang bernama Muhammad sejak bayi.  Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi.  Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menaja ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut.  Sejak kecil hingga Baginda Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dewasa, Abu Lahab tiada masalah dengan Baginda.  Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahablah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi (baca sini).  ALLAH tidak redha dia.  Ke neraka dia akhirnya!

–  Cinta jenis begini ada sejak dahulu sampai sekarang.  Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat.  Mereka persis Abu Lahab.

2)  Cinta Abu Talib kepada Nabi

–  Abu Talib cintakan kepada Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Malah dia telah bela dan lindungi Nabi sejak kecil sampailah Abu Talib sendiri meninggal dunia pada usia sekitar 80 tahun (kurang-lebih).  Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengajak Abu Talib agar mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Talib memberikan banyak alasan.  Abu Talib tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan membangkang.  ALLAH tak redha dia.  Ke neraka dia akhirnya!

–  Cinta jenis begini juga ada sejak dahulu lagi.  Mereka mengaku mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, bahkan jika nama Nabi dihina dan imej Nabi diperlekeh, mereka akan bangkit membela dan menyatakan ketidakpuashatian.  Tetapi malangnya, ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya.  Mereka tidak kisah akan ajaran Nabi.  Mereka sekadar cinta sahaja.  Mereka persis Abu Talib.

3)  Cinta Abu Bakr radhiAllahu `anhu kepada Nabi

–  Abu Bakr radhiAllahu `anhu cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Beliau bukan setakat cinta, bahkan bela, lindung dan berkorban untuk Nabi.  Dan yang lebih istimewa dan bermakna ialah beliau ikut seruan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam 100%.  Bahkan setelah Baginda Nabi wafat, beliau terus sambung perjuangan dakwah Nabi untuk mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA.  Sejak hidup lagi beliau sudah dijamin masuk ke Syurga.  ALLAH redha beliau.  Dan ke Syurgalah tempat akhir beliau radhiAllahu `anhu.

–  Cinta jenis ini juga telah ada sejak dahulu sampai sekarang.  Mereka ini mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati semua ajaran-ajaran Nabi.  Para sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in, orang-orang soleh selepas zaman mereka sampailah hari ini sentiasa menjadi penerus kepada dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Bukan sahaja dipraktikkan kepada diri sendiri dan keluarga, bahkan mereka menyebar-nyebarkan ajaran Nabi yang mulia.  Mereka tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran mereka memilih sebaliknya.  Cinta mereka kepada Nabi persis seperti Abu Bakr radhiAllahu `anhu, iaitu cinta Nabi dan ikut serta taat kepada ajaran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam cinta yang macam mana?

Ayuh kita sama-sama muhasabah supaya akhir tempat kita ialah ke Syurga dan ALLAH redha kita, amin…

muzir.wordpress.com


3 responses to “3 Jenis Cinta Kepada Nabi SAW

  • Shahmuzir

    Seringan-ringan Azab Di Neraka

    Tarikh: Dec 24, 2008
    Riwayat: (Muslim)
    Kategori: Akidah

    Hadith:

    Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.

    Huraian Hadith:

    1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

    2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

    3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan “laailaah illallaah”, namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda “Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yangmaksudnya “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.

    4. Mendo’akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda:”Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui” dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

    http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/seringan-ringan-azab-di-neraka

    Like

  • Shahmuzir

    Bismillah
    Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

    Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada menyebut kisah di akhir hayat Abu Talib ketika Nabi SAW berulang kali mengajak beliau mengucap syahadah tetapi dibantah oleh Abu Jahal yang menyebut:

    íóÇ ÃóÈóÇ ØóÇáöÈò ÃóÊóÑúÛóÈõ Úóäú ãöáøóÉö ÚóÈúÏö ÇáúãõØøóáöÈö

    “Wahai Abu Talib adakah kamu akan meninggalkan agama Abdul Mutalib?!”

    Dan akhirnya Abu Talib mengaku dia masih di dalam agama Abdul Mutalib dan enggan untuk mengucap syahadah. Setelah itu Baginda SAW berazam untuk beristighfar ke atas Abu Talib tetapi Allah Taala menurunkan wahyu melarang dari beristighfar ke atas orang Musyrikin.

    Jika agama Abdul Mutalib merupakan agama yang benar, sudah tentu Nabi SAW mengesahkannya dan tidak mengajak Abu Talib supaya mengucap syahadah. Keazaman Nabi SAW untuk beristighfar ke atas Abu Talib dan juga larangan Allah Taala dari beristighfar ke atas orang Musyrikin menunjukkan agama Abdul Mutalib merupakan agama yang salah.

    Begitu juga ibu dan bapa Baginda SAW, sebahagian ulama berpendapat mereka berdua tidak beriman dengan bersandarkan hadith-hadith sahih dan sebahagian ulama lagi mengatakan mereka berdua beriman dengan bersandarkan hadith yang sangat dhaif.

    Wallahu a3lam

    Rujukan:
    – Tafsir Ibn Kathir: 4/221-223

    http://al-ahkam.net/home/?q=content/sj-01-0137-abdul-mutallib-islam

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: