Makin Singkat Atau Makin Labuh?

tudung labuhKetika memandu keluar dari sebuah IPT, saya ternampak beberapa kelibat pelajar-pelajar perempuan yang bertudung labuh.  Dalam hati, saya bersyukur kepada ALLAH kerana ia merupakan suatu pemandangan yang agak baharu di IPT tersebut.  Moga-moga ALLAH pelihara mereka, amin.  Dahulu, seingat saya tidak berapa biasa nampak pelajar-pelajar perempuannya bertudung labuh.

Tup-tup, saya terfikir sesuatu.  Lalu saya menelefon seorang kenalan saya yang bertugas sebagai pensyarah di IPT tersebut.

“Mal, bila kemasukan pelajar-pelajar baharu ke universiti engkau ni?”  Tanya saya kepada seorang pensyarah universiti yang saya kenali melalui telefon.

“Bulan lepas diorang masuk.”  Jawab kenalan saya itu.

“Oh, patut lah…….”  Bisik hati saya antara bersemangat dan tidak.

Sebenarnya ia bukanlah pemandangan yang baharu.  Di mana-mana IPT pun jika pada bulan-bulan pertama selepas kemasukan baharu pelajar, akan ada kelihatan pelajar-pelajar perempuannya yang memakai tudung labuh samada sedikit atau banyak.  Mereka kebanyakannya datang dari sekolah menengah yang beraliran agama.

Dulu pun semasa saya belajar di IPT, keadaan yang sama berlaku.  Iaitu kelihatan ramai pelajar-pelajar perempuannya yang bertudung labuh.  Ada yang ambil jurusan agama dan ada yang ambil jurusan sains, sastera, pengurusan dan sebagainya.  Alhamdulillah, mereka tetap terus berusaha mengekalkan identiti mereka yang bertudung labuh itu hingga masuk ke IPT.  Cuma persoalannya, mampukah mereka beristiqamah?

Ya, inilah yang mahu disentuh dalam tulisan ringkas ini!

Makin Singkat

Kalau dulu, semasa mula-mula masuk IPT, pelajar-pelajar yang bertudung labuh agak mudah dinampak, tetapi setelah bulan berganti bulan, bilangannya semakin berkurangan. Bukan kerana mereka sudah meninggalkan IPT terbabit, tetapi kerana tudung labuh yang mereka pakai dulu telah menjadi semakin singkat.  Mereka tidak lagi mengenakan tudung yang labuh, tetapi mula berfesyen dengan tudung yang lebih singkat, lebih berwarna-warni dan mengikut trend terkini.  Bahkan ada yang mula berwarna mukanya akibat solekan-solekan. Amat berbeza dari dulu.  Dah tak serupo mulo.

Inilah antara cabaran buat pelajar-pelajar di IPT.  Iaitu persekitaran dan kawan.  Disebabkan suasana persekitaran yang tidak dikawal seperti zaman persekolahan dan latar belakang kawan-kawan yang pelbagai, sedikit sebanyak (bahkan banyak) telah mempengaruhi nilai asal pelajar tersebut.  Saya pernah menyentuh betapa pentingnya faktor persekitaran yang baik dan kawan yang baik dalam artikel berikut, jemput baca:

Persekitaran agama yang baik dan kawan yang baik agamanya sangat dapat membantu seseorang beristiqamah dalam kebaikan yang dulunya telah mereka amalkan.  Sayang sekali jika faktor ini diabaikan.  Akibat tidak prihatin terhadap faktor persekitaran dan kawan inilah, maka sedikit demi sedikit nilai beragama pada diri seseorang mula tertanggal darinya.  Hari bersilih hari, bulan berganti bulan, tudung yang dulunya labuh semakin singkat dan ‘mengancam’.

Situasi ini menyedihkan kita.  Saya pernah melihat ia berlaku semasa saya hidup belajar di IPT awam dulu, dan saya rasa situasi ini berlaku di mana-mana pun sebenarnya dan sepanjang zaman.  Yang bakal menjadi ustadzah iaitu yang menuntut di fakulti pengajian Islam pun tercedera cara pemakaian mereka akibat pengaruh persekitaran dan kawan, inikan pula pelajar perempuan yang bertudung labuh tetapi berfakultikan bukan agama, malah kemahiran pula.  Cabarannya lebih besar.

Justeru, mesti pilih kawan dan persekitaran yang Islami, barulah cabaran tersebut dapat ditempuh dengan baik, in shaa’ ALLAH.

Makin Labuh

Walaupun ada sebilangannya yang semakin lama semakin singkat tudungnya, namun ada juga yang berlaku sebaliknya.  Contohnya dulu dia bertudung biasa, tetapi kini akibat pengaruh kawan dan sekeliling, dia mula bertudung labuh.  Hatta yang dulu tidak bertudung pun, kini sudah bertudung.  Perubahan positif beginilah yang kita alu-alukan.  Bukan sahaja menepati apa yang ALLAH Ta`ala redha, bahkan akan mewujudkan suasana yang lebih menenangkan dan sejahtera dengan agama.

berbagai jenis pakaian

Selain faktor hidayah dan taufiq ALLAH yang merupakan faktor utama perubahan tersebut, sekali lagi faktor kawan dan persekitaran juga menjadi pengaruh yang kuat juga.  Antara contoh yang dapat dikaitkan dengan faktor kawan dan persekitaran yang baik ialah:

  • Selalu berdampingan dengan kawan yang berfikrah Islami.
  • Menyertai aktiviti-aktiviti Islami, contohnya menyertai usrah, berpersatuan dengan ahli-ahli yang berjiwa agama, terlibat dengan gerakan Islami dan selalu menghadiri ceramah atau tadzkirah agama.
  • Mendampingkan diri dengan bahan-bahan bacaan yang baik dan berfaedah untuk dunia dan akhirat.
  • Dan sebagainya.

Situasi ini juga telah saya temui semasa zaman saya di IPT dulu.  Kadang-kadang tu, pelajar perempuan yang bukan mengambil jurusan agama lebih labuh tudungnya daripada pelajar-pelajar perempuan berfakultikan pengajian agama.  Saya tumpang gembira dan bahagia dengan perubahan tersebut yang menguntungkan diri mereka sendiri untuk dunia dan akhirat, in shaa’ ALLAH.  Doa saya dan kita semua, moga-moga mereka terus istiqamah dengannya dan dibimbing ALLAH dengan hidayah dan taufiq sentiasa, amin…

Makin Singkat Atau Makin Labuh Iman?

Meskipun tulisan ini menyentuh perihal tudung yang semakin labuh dan samakin singkat yang ditujukan kepada senario pelajar perempuan di IPT, tetapi mesej tulisan ini dapat diambil manfaat juga oleh semua golongan termasuk lelaki, in shaa’ ALLAH.  Kaitkan ia dengan iman.  Kita ini semakin singkat atau semakin labuh iman kita?

Faktor kawan dan persekitaran yang baik tetap merupakan antara faktor terpenting dalam membantu kita untuk melabuhkan iman samada dia lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-anak, berpangkat atau tidak.

Justeru, ayuh kita sama-sama muhasabah, fikir sejenak dan perbaiki diri kita masing-masing dan saling baiki-membaiki sesama kita.  Adakah tudung kalian para wanita semakin singkat atau semakin labuh dengan peredaran masa?  Dan adakah iman kita semua semakin singkat atau semakin labuh dengan pertambahan umur kita?

Kepada ALLAH lah kita kembali dan kepadaNYA lah kita memohon petunjuk…!

Semoga pelajar-pelajar perempuan yang saya nampak bertudung labuh yang telah disebut di awal tulisan tadi, terus istiqamah bertudung labuh sehingga habis tempoh belajarnya di IPT, sehingga berumahtangga dan berkerjaya, hinggalah sampai meninggal dunia, amin…

Sekadar berkongsi,

muzir.wordpress.com

Baca juga:

Advertisements

2 responses to “Makin Singkat Atau Makin Labuh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: