Si Sufi, Haraki, Tablighi & Salafi

solat jumaat
 
Si Sufi tidak benar,
Jika dia hanya menumpukan pada soal hati,
Tapi sangat taksubkan sheikh murobbi,
Mengambil agama berdasarkan mimpi-mimpi,
Bertariqatkan guru sehidup semati.
 
Si Haraki tidak benar,
Jika dia hanya bersemangat perjuangkan agama,
Tapi menuntut ilmu syariah tidak menjadi utama,
Sumber agama bercampur aduk caca merba,
Al-Wala dan Al-Bara ikut versi kumpulan mereka.
 
Si Tablighi tidak benar,
Jika dia hanya menumpukan pada adab dan fadhilat sahaja,
Tapi tidak cakna kepada sumber sahih agama,
Itu dan ini didakwa sunnah Nabi belaka,
Jemaah tablighlah yang tepat menurut mereka.
 
Si Salafi tidak benar,
Jika hanya utamakan sumber sahih agama,
Tapi adab dan akhlaq tidak diperhalusi sama,
Pandangan lain diremeh melainkan pandangan mereka sahaja,
Hanya dia sahajalah yang betul dan tepat sentiasa,
 
Janganlah begitu…!
 
Pada ALLAH lah letaknya kebenaran,
Pada Rasulullah lah letaknya ikutan,
Al-Quran dan as-Sunnah menjadi rujukan,
Salafus Soleh menjadi contoh panduan. 
 
Alangkah bagusnya jika semua bersemuka,
Berbincang dan bertolongan sesama kita.
 
Berlapang dada lalu tali ukhwah disambung,
Kekuatan disokong, kelemahan ditampung,
 
Alangkah bagusnya jika kalian bersatu,
Mengenang Rasulullah kita ummat yang satu.
 
Yang salah diperbetul, yang khilaf terserah,
Rapat-rapatkanlah saf jangan sampai berpecah-belah.
 
Masing-masing islahkanlah diri.
Soal hati diperhalusi,
Soal perjuangan dimengerti,
Soal adab dijagai,
Dan soal sumber agama yang sahih diutamai.
 
Jika semua itu disekali,
Tentu si Sufi, si Haraki, si Tablighi dan si Salafi semakin murni,
Semakin murni dengan ajaran Islam yang syumul dan suci,
Tidak lagi dengan gelaran Islam yang berversi-versi.
 
Cukup dengan gelaran sebagai MUSLIM, si berserah diri!
 
– muzir.wordpress.com
Advertisements

7 responses to “Si Sufi, Haraki, Tablighi & Salafi

  • Nurul Afifah Saharuddin

    Ustaz Shahmuzir, sy suka baca karya yg di atas ini 🙂

    Maksud yg sangat mendalam jika dimengerti. Teruskan berkarya menerusi tinta, moga ALLah berkati usaha murni ustaz.

    Like

  • Ridzuan Zukifly

    Nasehat melalui sajak puisi sebegini rupa-rupanya lebih tepat sampai maksudnya.. berbanding artikel berjela-jela yang mudah dipandang serong & terbuka utk kritikan. Tapi nasehat dalam bentuk macam ni, boleh buat kita semua renung & muhasabah diri masing-masing.

    Terima kaseh atas perkongsian, moga Allah memberkati tuan.

    Like

  • Anonymous

    Nasihat yang sangat baik untuk semua…

    Like

  • hamba Allah

    mohon share….

    Like

  • Anonymous

    syukron kathir.. karya sgt cantik dan menarik…

    Like

  • Anonymous

    Asmkm.Di dalam 4 kumpulan itu,terdapat iman kpd.Allah,ittibak kpd.Nabi saw.cuma penuntut2 baru tidak dapat bezakan sbb.dia masih berpegang pd.apa yg.ada dlm.kitab.dan dia belum bersedia untuk menzahirkan ilmu tadi ke alam nyata.sebagai contoh apa yg.di pelajari ttg.salaful soleh dari kitab2.cuma perkataan sbb.ia bukanlah satu kenyataan,ia tidak wujud. Apakah orang2 yg.usaha untuk baiki iman dan amal saperti J.T.mereka menjadi sufi?.mereka layak untuk menghidupkan amalan2 sbb.hati mereka tlh.di satukan di bawah Allah dan Rasul.Khuruj adalah kaedah pembelajaran,mirip kpd.keadaan sahabat2 dapat islam,setiap orang mestilah sediakan jiwa,raga dan harta untuk menyerah diri dan mengajak orang lain menyerah diri kpd.Allah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: