Monthly Archives: March 2013

Tulisan Yang Paling Banyak Dikomen!

Hari ini saya menjenguk ke bahagian statistik blog dan di sana ada disenaraikan beberapa artikel yang mendapat komen yang paling banyak berbanding artikel-artikel lain.  Berikut adalah laporan statistik tersebut:

Post Comments
“Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?” 66
Muslimah dan Tudung Labuh 61
Saya? 44
Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid? 35
VIDEO – Kuliah UZAR Tentang DOSA RIBA dan Isu Kewangan 35
Mencari Bakal Suami & Teman Bermadu 33
Bahaya Fungsi Tagging di Facebook 31
[Video] Jauhilah Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi 27
Jangan Tak… & Jangan… di Facebook 25
Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Fenomena Menyedihkan 24
Catitan & Gambar di Cameron Highland 24

Tidak semestinya komen-komen tersebut menunjukkan tulisan-tulisan tersebut disetujui oleh pengkomen.  Ada yang menyokong, ada yang bertanya, ada yang meminta pencerahan dan ada yang membangkang.  Komen-komen ini amat saya hargai kerana melaluinya saya dapat maklum balas akan apa yang telah saya tulis dan ia juga dapat memuhasabahkan diri saya.

Pernahkah anda yang menjenguk ke laman blog ini memberikan komen?  Cubalah sekali.  🙂

muzir.wordpress.com


‘Anak Angkat Masjid’ – Indahnya Kelembutan Dakwah

Gambar hiasan – mynewshub.my/wp-content/uploads/tabung-MASJID.jpg

Pada suatu hari, seorang budak lelaki telah ditangkap oleh ahli jemaah masjid kerana telah mencuri duit dari tabung masjid.  Apabila mendengar berita tersebut, ahli-ahli jemaah masjid yang lain menjadi marah, malah ada yang mahu memukul budak lelaki tersebut.

Pengerusi masjid apabila mendengar hal itu, telah meminta semua bertenang, bersabar dan jangan memukul budak itu.  Beliau meminta supaya budak itu dibawa kepadanya untuk disoal selidik. Continue reading


Bagaimanakah Ghibah (Umpatan) Yang Diperbolehkan?

lisanKita sangat dilarang dari melakukan ghibah (umpatan) kepada manusia lain.  Ada banyak nas yang melarang kita dari terlibat melakukan ghibah dan menyuruh kita agar menjaga sungguh-sungguh akan lidah kita.  Definisi ghibah dan contoh-contoh nas yang menyebut tentangnya boleh dibaca di sini, in shaa’ ALLAH:

Namun, ghibah diperbolehkan jika di sana terdapat keperluan yang mana ghibah terpaksa dilakukan dengan tujuan yang dibenarkan syara’.  Hal ini telah dicontohkan oleh para sahabat dan juga oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam sendiri.  Berikut adalah beberapa hadith yang telah disusun oleh al-Imam an-Nawawi di dalam Riyadhus Solihin dalam tajuk ‘Ghibah Yang Diperbolehkan’:

1.  Dari `A’isyah radhiAllahu `anha bahawasanya ada seseorang meminta izin kepada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, kemudian Baginda bersabda: Continue reading


Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Dakwah

Saya sengaja tanya sekumpulan pelajar menengah agama yang agak mahir ilmu al-Quran, hadith, Bahasa Arab dan sebagainya:

“Belajar Bahasa Inggeris boleh bawa kita ke Syurga atau tidak?”

Lalu serentak mereka menjawab dengan sangat yakin, ada yang kuat menggeleng:

“Tidakkkkk!”

Mereka terkejut dengan respon saya yang tidak bersetuju dengan jawapan mereka.  Ada yang berubah wajah mereka.  Mencebik pun ada.  Mereka menjangkakan hanya ilmu syar`i sahajalah yang membawa mereka ke Syurga.  Saya lalu memberikan penjelasan akan maksud saya kepada mereka seadanya.

Ketahuilah rakan-rakan pembaca sekalian, Bahasa Inggeris kini adalah bahasa yang semakin penting apabila kita menghubungkannya dengan Hari Akhirat.  Ia bukan sekadar bahasa antarabangsa atau bahasa teknologi, bahkan kini Bahasa Inggeris adalah bahasa dakwah yang sangat penting. Continue reading


Wanita Bukan Bunga, Lelaki Bukan Kumbang

kumbang dan bungaMemang bunga dijadikan ALLAH berwarna-warni.  Tujuannya adalah supaya kumbang tertarik dengannya, seterusnya dapat menggalakkan proses persenyawaan tumbuh-tumbuhan yang berbunga.  Keserlahan warna bunga sentiasa akan menarik perhatian mana-mana kumbang untuk datang dekat dan hinggap di atasnya.  Memang itulah fitrah kumbang.

Tarikan yang dihasilkan oleh si bunga jarang dapat dinafikan oleh si kumbang.  Lekas pancaindera si kumbang menangkap kecantikan bunga, dan dengan lekas juga dia datang menghampiri.  Bunga menggoda.  Kumbang tergoda. Continue reading


Ancaman Terhadap Orang Yang Bersifat Takabbur

1)  Dipalingkan dari petunjuk dan begitu sukar untuk memperolehinya.

ALLAH Ta`ala berfirman:

سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

Maksudnya:

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

(Surah al-A`raf, 7:146) Continue reading


Kenapa Riyadhus Solihin?

Saya suka menggunakan kitab Riyadhus Solihin oleh Imam an-Nawawi jika bertadzkirah kepada diri sendiri dan orang lain.  Kenapa?  Kerana pada saya kitab tersebut:

  1. Disusun dengan baik sekali mengikut tajuk. Bermula dengan tajuk-tajuk yang menguatkan hubungan kita dengan ALLAH, penyucian jiwa, keutamaan-keutamaan, adab, ibadah, larangan-larangan dan sebagainya. Lebih 370 tajuk semuanya.
  2. Hampir setiap tajuk telah diletakkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith bagi mengukuhkan kita kepada “apa kata ALLAH dan apa kata Rasul?”.
  3. Hadith-hadith yang dihimpun di dalam kitab tersebut majoriti terdiri dari hadith-hadith yang sahih, hasan dan ada juga beberapa hadith yang dhaif.  Al-Imam an-Nawawi telah menyusun kedudukan hadith-hadith dengan meletakkan yang sahih-sahih di permulaan setiap bab.  Kemudian diikuti beberapa hadith hasan dan dhaif di hujung sebahagian bab untuk pembaca mengambil manfaat dari inti hadith tersebut. Continue reading

“Cu, Duduk Sebentar Atuk Terangkan…”

Saya terjumpa poster ini di Facebook.  Niat pembuat poster ini mungkin baik, tetapi sayang caranya tidak kena gaya.

Kesian saya tengok si atuk ini yang dibayangkan terkebil-kebil untuk menjawab pertanyaan cucunya.  Mungkin situasi ini terjadi kerana si atuk tersebut tidak mempunyai kefahaman yang baik terhadap aqidahnya lantaran daripada sistem pendidikan yang beliau lalui selama ini.

kristian

Mungkin saya boleh bantu memberikan contoh jawapan yang boleh dijawab olehnya bagi menangani soalan tersebut, seterusnya membantu menjelaskan kekeliruan cucu kesayangannya itu.

Cadangan dialog:

–>  Dialog berikut bersambung dari gambar di atas: Continue reading


Muslimah Solehah Tudungnya Labuh

378587_299015693457130_100000461059332_1109326_1123763187_n

Muslimah solehah tudungnya labuh,
Menutup aurat bertabirkan malu;
Menuruti semua yang ALLAH suruh,
Beriman, bertaqwa, beramal soleh selalu.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Kepada ALLAH bertaat setia;
Berilmu, berakhlaq dan beriman utuh,
Dialah bidadari perhiasan dunia. Continue reading

%d bloggers like this: