Muslimah Solehah Tudungnya Labuh

378587_299015693457130_100000461059332_1109326_1123763187_n

Muslimah solehah tudungnya labuh,
Menutup aurat bertabirkan malu;
Menuruti semua yang ALLAH suruh,
Beriman, bertaqwa, beramal soleh selalu.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Kepada ALLAH bertaat setia;
Berilmu, berakhlaq dan beriman utuh,
Dialah bidadari perhiasan dunia.
 
tudung labuh
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Tunduk pandangan langkahnya sopan;
Bercampur jantina dia menjauh,
Menjaga hati, maruah dan iman.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Rajin belajar sukakan ilmu;
Membaiki diri tapis yang keruh,
Mengejar redha ALLAH tidak pernah jemu.
 
hijab
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Padanya harapan generasi rabbani;
Bergandingkan mujahid beriman labuh,
Membentuk keluarga bersunnahkan Nabi.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Taqwa menjadi bekalan diri;
Sabar dan redha tidak berkeluh,
Sedar ALLAH sedang menguji.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Hatinya tenang nafsu tak terburu;
Berqanaah di dunia sementara berteduh,
Syurgalah tempat yang sedang dituju.
 
muzir.wordpress.com
 
==

Baca juga:


2 responses to “Muslimah Solehah Tudungnya Labuh

  • cherry

    Askm Ustaz. Sy seorang pensyarah dan berminat nk pakai tudung labuh tp rasa rendah diri kerana bukan dari aliran agama. Sy terbuka hati nk pakai tudung labuh setelah beberapa tahun mengerjakan solat malam, mengaji dan berzikir. Namun sy tiada pengetahuan mendalam dlm bidang agama seperti ustazah stau mana2 wanita bertudung labuh yg lain. Saya risau jika dipandang rendah kerana kurang berilmu dalam hal agama sedangkn jangkaan masyarakat adalah tinggi terhadap wanita bertudung labuh. Sekarang sy pakai tudung tiga segi biasa yang saiz besar tp ada kerap terselak jika ditiup angin atau tersangkut tali handbag.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah. Tudung segitiga yang labuh juga termasuk tudung labuh yang menepati syariat Islam. Teruskanlah. Asalkan puan sudah menutup aurat dengan sempurna, itu sudah baik di sisi agama dalam bab berpakaian.

      Adapun mengenai bertudung labuh bulat ala-ustadzah yang selalu saya maksudkan itu, sedikit demi sedikitlah. Mungkin dengan adanya kawan2 sebegitu dapat mengurangkan rasa janggal untuk memulakannya. Saya kenal ramai muslimah yang bukan ustadzah dan bukan bijak dalam agama memakai tudung labuh bulat. Mereka buat begitu bukan sebab mereka ustadzah, tapi kecintaan mereka dan keselesaan mereka memakai begitu.

      Semoga ALLAH pelihara puan, amin…

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: