“Cu, Duduk Sebentar Atuk Terangkan…”

Saya terjumpa poster ini di Facebook.  Niat pembuat poster ini mungkin baik, tetapi sayang caranya tidak kena gaya.

Kesian saya tengok si atuk ini yang dibayangkan terkebil-kebil untuk menjawab pertanyaan cucunya.  Mungkin situasi ini terjadi kerana si atuk tersebut tidak mempunyai kefahaman yang baik terhadap aqidahnya lantaran daripada sistem pendidikan yang beliau lalui selama ini.

kristian

Mungkin saya boleh bantu memberikan contoh jawapan yang boleh dijawab olehnya bagi menangani soalan tersebut, seterusnya membantu menjelaskan kekeliruan cucu kesayangannya itu.

Cadangan dialog:

–>  Dialog berikut bersambung dari gambar di atas:

Atuk:  “Err… cu, duduk sebentar atuk terangkan…”

Cucu:  “Baik atuk.”

Atuk:  “Begini, cucu kenal kan siapa Tuhan kita?”

Cucu:  “Ya, saya kenal atuk.  ALLAH lah Tuhan kita.”

Atuk:  “Bagus.  Ya, ALLAH lah Tuhan kita.  DIA lah Tuhan semesta alam.  Tuhan segala makhluq.  Tiada Tuhan selain DIA.  DIA satu-satunya Tuhan.  Tiada yang lain selain DIA.”

Cucu:  “…”

Atuk:  “Apa yang cucu nampak tu adalah kerana orang-orang Kristian juga mengaku bahawa ALLAH lah Tuhan mereka.  Bukan sahaja orang Kristian, bahkan orang Hindu, Buddha, Yahudi dan macam-macam lagi, semuanya sepatutnya mengaku bahawa ALLAH lah tuhan mereka.”

Cucu:  “Habis tu kita orang-orang Islam ni takde bezalah dengan agama lain?”

Atuk:  “Ada bezanya, cu…”

Cucu:  “Apa bezanya, atuk?”

Atuk:  “Bezanya ialah Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diiktiraf oleh ALLAH.  Sedangkan agama-agama lain semuanya tidak diiktiraf.”

Cucu:  “Maknanya diorang salah lah…”

Atuk:  “Ya, diorang salah.  Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain, semuanya salah.  Diorang kata ALLAH ada anak lah.  Ada yang menyekutukan ALLAH dengan cara menyembah sama patung-patung yang diorang cipta sendiri kononnya sebagai perantaraan dan macam-macam lagi.”

Cucu:  “Ooo…begitu.”

Atuk:  “Sedangkan ALLAH adalah Tuhan Yang Tunggal, DIA Tuhan Yang Esa.  Tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Cu ingat tak inti kandungan surah Al-Ikhlas?”

Cucu:  “Ingat!”

Si atuk lalu membacakan surah Al-Ikhlas beserta dengan maknanya sekali.

al-ikhlas

Atuk:  “Itulah biodata ALLAH yang sebenar secara ringkas.”

Cucu:  “Oooo… habis tu kita nak biarkan aje ke diorang macam tu, atuk?”

Atuk:  “Sebaik-baiknya kalau cucu ada keupayaan, cucu hampirilah mereka, terangkan kepada mereka siapakah ALLAH yang sebenarnya.  Kesian kat diorang tu tau.  Mereka mahu mengaku ALLAH sebagai Tuhan, tapi mereka tersalah maklumat.  Kalau tiada siapa yang ambil peranan terangkan kepada mereka, nanti jadi dulu-kini dan selamanyalah diorang akan tersesat.”

Cucu:  “Terima kasih atuk.  In shaa’ ALLAH, walaupun saya masih kecil, saya akan cuba sampaikan yang benar kepada mereka.  Minggu depan saya nak terangkan pada kawan saya, Jason dan Jeremy kat sekolah tentang siapakah ALLAH yang sebenarnya supaya mereka tahu dan jelas.”

Atuk:  “Bagus…bagus…!”

Cucu:  “Terima kasih atuk.  Lega rasanya.  Saya tak keliru lagi.  Jelas dah…”

Atuk:  “Eh, sebelum tu, ni atuk ada risalah untuk cucu baca supaya cucu jelas dengan apa yang telah atuk terangkan tadi.  Hah, ni dia, bacalah yek…”

Si atuk lalu memberikan kepada cucunya risalah yang dicetaknya daripada internet yang beliau muat turun dari sini:

Cucu:  “Wow, terima kasih atuk.  Sayang atuk.  Sayang ALLAH!”

Atuk:  “Semoga ALLAH pelihara cucu atuk ni dengan hidayah dan taufiqNYA dan menjadikan cucu atuk ni sebagai pendakwah yang baik di sisi ALLAH, amin…”

Itulah perbualan antara atuk dan cucunya.  Iman mereka segar pada petang tersebut kerana berbincang siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.

Alhamdulillah, bukan sahaja si cucu itu semakin jelas dengan kedudukan yang sebenar, bahkan pula menaikkan semangat si cucu itu untuk memberikan penjelasan kepada rakan-rakannya yang beragama Kristian dan lain-lain agama.  Hasilnya, si cucu teguh dengan kefahamannya mengenai siapakah ALLAH dan mudah-mudahan penganut agama lain mendapat manfaat mengenali ALLAH yang sebenar hasil daripada penerangan si cucu tersebut.

ALLAH lah yang memberikan hidayah dan taufiq kepada siapa yang DIA kehendaki.  Kita berusahalah untuk mendapatkannya.  Semoga bermanfaat.  🙂

muzir.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: