Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Dakwah

Saya sengaja tanya sekumpulan pelajar menengah agama yang agak mahir ilmu al-Quran, hadith, Bahasa Arab dan sebagainya:

“Belajar Bahasa Inggeris boleh bawa kita ke Syurga atau tidak?”

Lalu serentak mereka menjawab dengan sangat yakin, ada yang kuat menggeleng:

“Tidakkkkk!”

Mereka terkejut dengan respon saya yang tidak bersetuju dengan jawapan mereka.  Ada yang berubah wajah mereka.  Mencebik pun ada.  Mereka menjangkakan hanya ilmu syar`i sahajalah yang membawa mereka ke Syurga.  Saya lalu memberikan penjelasan akan maksud saya kepada mereka seadanya.

Ketahuilah rakan-rakan pembaca sekalian, Bahasa Inggeris kini adalah bahasa yang semakin penting apabila kita menghubungkannya dengan Hari Akhirat.  Ia bukan sekadar bahasa antarabangsa atau bahasa teknologi, bahkan kini Bahasa Inggeris adalah bahasa dakwah yang sangat penting.

Jika kita amati perkembangan dunia mutaakhir ini, berbondong-bondong manusia di benua Eropah, Amerika dan Australia yang dulunya beragama Kristian dan berfahaman Atheist kini mula berminat dengan Islam.  Bahkan telah ramai di kalangan mereka yang telah masuk Islam, alhamdulillah.  NBC News pernah melaporkan bahawa di USA, terdapat purata 20,000 orang masuk Islam setiap tahun (rujuk sini).  ALLAHU AKBAR!  Malah yang lebih membanggakan ialah mereka menjadi Muslim yang sangat komited dan jelas dengan agama baru mereka iaitu Islam.

Kisah-kisah mengenai orang yang baru masuk Islam boleh dibaca dan ditonton di sini:
http://www.wechooseislam.wordpress.com/

Ya, Bahasa Inggeris boleh menjadi alat yang ampuh untuk kita ke Syurga jika kita mengambil peluang akan perkembangan yang positif ini sebaik mungkin.  Ia bahasa dakwah era ini.  Bahasa ini sangat bermanfaat jika kita manfaatkannya untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.

Ajakan dakwah dalam Bahasa Inggeris, perbincangan, forum, risalah, laman web, video, poster, terjemahan al-Quran dan hadith dalam Bahasa Inggeris wajar disebar-sebarkan.  Ia suatu usaha yang baik, efektif dan bakal membuahkan hasil yang lumayan pada Hari Akhirat nanti, in shaa’ ALLAH.

Selepas memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar yang saya sebutkan di atas, saya tanya semula soalan yang sama kepada mereka.  Mereka lantas menjawab:

“Yaaaa!”

Alhamdulillah, semua ilmu yang kita belajar ada manfaatnya untuk Akhirat jika betul niat dan caranya, in shaa’ ALLAH 🙂

Selepas ini, mudah-mudahan pelajar-pelajar tersebut dapat merasakan bahawa belajar Bahasa Inggeris bukan hanya untuk lulus peperiksaan, bukan hanya untuk dunia pekerjaan; tetapi juga sebagai sebab untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.  Mungkin ruangan kosong di papan kenyataan untuk ruangan Bahasa Inggeris di kelas mereka itu boleh ditampal dengan artikel-artikel berunsurkan tadzkirah dalam Bahasa Inggeris.  Tidaklah Bahasa Inggeris ini terpisah dari agama sebagaimana zaman saya belajar dulu…

Semoga dengan cetusan ini membuatkan diri saya terutamanya, dan juga rakan-rakan pembaca sekalian memperbaiki tahap penguasaan kita dalam Bahasa Inggeris.  Saya mengharapkan para pelajar yang beraliran agama menguasai bahasa ini dengan tujuan supaya mereka suatu hari nanti menjadi pendakwah yang bukan sahaja bersifat tempatan, bahkan melangkaui sempadan benua dan bersifat antarabangsa, tidak lain hanyalah kerana ALLAH Ta`ala, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

One response to “Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Dakwah

  • Hj Raden

    Tahniah atas artikel bahasa Inggeris sebagai bahasa da’wah. Memang tepat sekali. Orang yang terlalu Malay chauvinistic tentang bahasanya sudah tentu kehilangan peluang untuk berda’wah dengan non-muslim yang tidak faham bahasa Melayu. Yang penting ialah menyampaikan risalah Allah dan bahasa adalah perantaraannya. Melayu hendaklah keluar dari kepompong Melayunya dan dia akan melihat bahawa bangsa lain juga menghuni bumi Allah ini.

    Spread the Word of Allah and may His blessings and forgiveness be bestowed on us all. Jazakallah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: