Monthly Archives: April 2013

Siapakah Orang Yang Muflis?

Tiada pembalasan dan pembelaan yang paling agung melainkan pembalasan dan pembelaan pada Hari Akhirat.

Di dunia, barangkali seseorang yang zalim itu boleh terlepas dari hukuman kezalimannya.  Dan barangkali seseorang yang dizalimi tidak bisa mendapat pembelaan yang sewajarnya ketika di dunia.  Tetapi, di Akhirat awas bagi para penzalim.  Di sana pembalasan pasti tiba dengan dahsyatnya.  Dan senyumlah wahai orang-orang yang kena zalim.  Kerana di sana kalian bakal mendapat pembelaan seadil-adilnya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda: Continue reading


Wahai Orang-orang Baik, Berpolitiklah!

Berpolitiklah!

Berpolitiklah!

Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam memegang kuasa politik di Madinah, negara jadi aman, masyarakat saling hormat-menghormati, tiada sistem kasta, politik menjadi sejahtera, ekonomi sangat adil, gejala sosial hampir sifar, jenayah sangat kurang dan bermacam-macam nilai positif dapat dikembangkan di dalamnya.

Bukan tiada anasir luar dan dalam yang cuba menggugat keadaan Madinah ketika itu.  Ada, tetapi disebabkan oleh Madinah dipimpin oleh insan yang sempurna akhlaqnya dan didokong pula oleh lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang soleh, maka kesejahteraan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum. Continue reading


Dakwat Kekal Pilihan Raya: Tatacara, Simulasi & Fatwa

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, in shaa’ ALLAH dakwat kekal akan digunakan sebagai kaedah untuk mengelakkan penipuan di dalam pilihan raya, iaitu penipuan dari sudut pengundian lebih dari sekali.  Ia salah satu tuntutan BERSIH yang dipenuhi dan diterima baik oleh SPR.  Tahniah BERSIH dan SPR.

Kaedah ini adalah baru bagi saya dan menimbulkan beberapa persoalan kepada saya.  Jadi, catitan ringkas ini adalah pencerahan kepada saya sendiri.  Saya harap ia juga bermanfaat buat tuan/puan yang sudi singgah dan baca. Continue reading


Talaqqi Bersiri Kitab Sunan At-Tirmidzi – Disampaikan Maulana Asri

Peta: Continue reading


Sampaikanlah Dari Nabi SAW, Tetapi…

Kitab2 hadith yang ringan

Ramai orang menyebarkan dakwah dengan berpegang kepada hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang sangat popular iaitu “بلغوا عني ولو آيةً” (ballighu `anni walau aayah) yang bermaksud “sampaikan dariku walau satu ayat”.  Maka disebar-sebarkan hadith-hadith Baginda dengan penuh semangat berpegang kepada hadith tersebut.

Sedangkan di sebalik galakan tersebut, di dalam hadith yang sama, disebut juga akan amaran tentang larangan berdusta atas nama Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Iaitu larangan dari berkata bohong mengatakan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengatakan sekian dan sekian, walhal Nabi sebenarnya tidak pun mengatakannya.  Menyandarkan sesuatu kepada Nabi sedangkan Nabi tidak mengatakannya adalah suatu perbuatan yang dilarang keras.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: Continue reading


Hamzah & `Umar Dalam Parti Gerakan Islam

Gagah dan berani untuk Islam!

Gagah dan berani untuk Islam!

Budaya samseng ala Abu Jahal sentiasa mengacau perjuangan kebenaran yang diperjuangkan oleh hamba-hamba ALLAH yang komited untuk memperjuangkan Islam.  Dengan akhlaq yang buruk, tidak tahu malu dan keras hati, mereka menggangu dengan penuh zalim.  Memang menyakitkan hati!

Sebab itulah kehadiran Hamzah dan `Umar radhiAllahu `anhuma dalam fasa awal dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam benar-benar membantu memperlahankan kesamsengan puak-puak asabiyyah 1Quraisy ketika itu, seterusnya menguatkan semangat perjuangan Islam.

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam pernah di tarik baju dan diludah oleh `Utaybah bin Abu Lahab, tetapi ludahan itu tidak mengena muka mulia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Pernah juga Baginda dipijak lehernya ketika sedang sujud oleh `Uqbah bin Abi Mu`ayyat.  Abu Jahal pernah mengangkat seketul batu yang besar untuk dihempap ke atas Baginda ketika sedang sujud.  Tetapi dia tidak meneruskan niatnya kerana ketakutan apabila terlihat seekor unta jantan yang sangat garang menghalangnya.

Abu Jahal juga pernah memukul Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dengan seketul batu hingga berdarah kepala Baginda.  Pernah juga Baginda dikepung dan dicekik oleh sekumpulan lelaki, namun diselamatkan oleh Abu Bakar as-Siddiq.  Samseng betul mereka kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan pejuang-pejuang Islam yang lain ketika itu. Continue reading


3 Syarat Agar Kempen Dikira Amalan Soleh

Saya sangat jarang bercakap tentang politik walaupun politik itu sebahagian daripada urusan ummat Islam yang sangat penting.  Di blog ini sangat jarang.  Di Facebook sangat jarang.  Di luar juga sama.

Namun, sempena musim pilihanraya ini, saya selalu bercakap tentangnya terutama di blog dan di Facebook.  Maaf jika sahabat-sahabat tidak selesa.  Saya tidak mahu ketinggalan berkempen sama.

Saya berharap dengan bercakap tentangnya, akan timbul kesedaran dan semangat untuk kita sama-sama mengubah landskap politik negara.  Dari buruk kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik, in shaa’ ALLAH.  Dan mudah-mudahan ada pahala di sisi ALLAH atas usaha kerdil ini, amin… Continue reading


Calon DAP Guna Lambang PAS Dalam PRU 13

Semalam saya terbaca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul `Am PAS bahawa calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia akan menggunakan logo PAS dalam PRU-13 ini.

ALLAHU AKBAR!  Hati saya berasa sangat sebak dan terharu dengan perkembangan ini.  Moga-moga tahaluf siyasi ini mendatangkan kebaikan kepada semua, khususnya kepada dua parti tersebut.  Moga-moga yang belum-Islam dalam DAP semakin dekat hati mereka dengan Islam, amin…

Berikut kenyataan Tuan Guru yang saya maksudkan: Continue reading


BN Bukannya Kerajaan

Barisan Nasional adalah parti politik. Ia bukan kerajaan.

Barisan Nasional (BN) ialah parti politik.  Ia bukan kerajaan.  Kita mesti patuh pada kerajaan.  Bukan kepada BN.

Disebabkan terlalu lama BN memegang kerajaan iaitu sejak merdeka, maka BN dianggap kerajaan.

Rakyat dicorak fikir bahawa BN mesti dipatuhi.  BN mesti ditaati walau silapnya beribu kali.  Itulah doktrin yang terbina sekian lama.  Hatta, yang cerdik pun terdoktrin sama.

Moga-moga PRU-13 ini bisa merungkai kefahaman silap itu.  Bahawa kerajaan dan BN adalah berbeza.  Tidak sama.

Bahawa kerajaan adalah institusi menjaga kesejahteraan rakyat.  Ia tidak berparti.  Ia profesional.  Menjaga kebajikan negara dan masyarakat.  Mengurus tadbir negara supaya berkat.

PRU-13 adalah pelajaran penting untuk rakyat Malaysia.

Parti politik boleh berganti.  Tetapi kerajaan Malaysia tetap didaulat sepenuh hati.

muzir.wordpress.com


Cacai, Macai, Pencacai

Perkataan cacai, macai, pencacai banyak digunakan akhir-akhir ini oleh masyarakat awam, khususnya dalam dalam tulisan-tulisan di internet.  Sebelum ini, saya tidak pernah mendengarnya.  Jadi, saya pun memilih untuk tidak menggunakannya.

Apatah lagi perkataan tersebut digunakan seseorang dengan konotasi yang negatif.  Lagilah menyebabkan saya menjauhinya.  Risau boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.  Jadi, saya tidak menghiraukan perkataan-perkataan tersebut.

Namun, apabila melihat orang akademik berkelulusan PhD menggunakan perkataan tersebut dan malah diterbitkan di suratkhabar utama, saya mula tertanya-tanya mengenainya.  Saya memeriksa ke laman DBP mengenainya, dan berikut adalah jawapan mereka: Continue reading


%d bloggers like this: