Parlimen Malaysia Sudah Dibubar!

Parlimen Malaysia ke-12 telah dibubarkan pada 3 April 2013.  Maka, tidak lama lagi Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia bakal berlangsung, in shaa’ ALLAH.

Parlimen Malaysia sudah dibubar,
Makin berombak politik semasa;
Lidah dan tangan banyakkan sabar,
Malaikat mencatit setiap masa.
 
Parlimen Malaysia sudah dibubar,
Jentera pilihanraya bergerak mara;
Semangat berkempen biarlah sedar,
Dosa dan pahala ambil lah kira.
 
Parlimen Malaysia sudah dibubar,
Rakyat menunggu nak pangkah di kertas;
Yang busuk zalim kita sepak keluar,
Yang amanah dan adil kita tolak ke atas.
 
Makin dekat hari mengundi,
Tuduh dan caci melayang-layang;
Berkempenlah cara insan berbudi,
Manusia suka, ALLAH pun sayang.
 
“Undilah Saya, Undilah Saya”,
Itulah rayu dan minta mereka;
Duhai calon, permainanmu berbahaya,
Tidak amanah, kau ke neraka!
 
Selidik calon mana berkenan,
Hari mengundi semakin dekat,
Memilih pemimpin bukan mainan,
Kesannya tertempias Dunia dan Akhirat.
 
Parti mana selera memasing,
Ada sokong ada yang bangkang;
Parti berbudaya lucah dan samseng,
Kita humban ke dalam longkang!
 
Ahli politik hebat berkalam,
Sibuk berkempen berbagai cara;
Marilah membangun bersama Islam,
Ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.
 
muzir.wordpress.com
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: