Pertahankan Nikmat Kesuburan Majlis Ilmu di Selangor!

Antara nikmat paling besar dan ketara yang ALLAH Ta`ala kurniakan kepada rakyat Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) mentadbir pentadbiran negeri ialah suburnya majlis-majlis ilmu agama.  Bukan sahaja di masjid-masjid dan di surau-surau, bahkan di dataran dan padang juga diadakan majlis ilmu agama.

Terlalu subur, alhamdu-lillah.  Ia suatu yang sangat mensyahdukan hati.

PIC_0298

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi di Shah Alam.

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily di Shah Alam.  [Baca]

IMG_4228

Sheikh Dr `Abdur Rahman as-Sudais di Petaling Jaya.  [Baca]

Sheikh Muhammad `Ali as-Sobuuni di Shah Alam.

Kita berasal dari insan yang satu.  Kita bersaudara.

Dr Zakir Naik di Shah Alam.  [Baca]

Jika dikenang kembali suasana dahulu sewaktu Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor, suasananya tidak begini.  Saya terpaksa keluar kawasan untuk mencari ceramah-ceramah agama kerana kebanyakan masjid dan surau lesu tanpa majlis ilmu agama.  Tentu tuan/puan juga perasan dan menghadapi keadaan yang sama bukan?

Kini, di bawah pentadbiran PR, di mana-mana sahaja ada majlis ilmu.  Program-program masjid dan surau penuh tersusun.  Lebih-lebih di hujung minggu.  Selalu juga ada karnival-karnival yang berunsurkan keluarga dan agama.  Terpaksa pula memilih mana satu hendak pergi disebabkan terlalu banyak dan padat.  Memang Best!

Di samping itu, program-program yang berunsurkan hiburan keterlaluan yang diadakan oleh BN dahulu telah ditransformasikan kepada yang lebih baik.  Konsert-konsert nyanyian dan tarian yang menggiurkan telah diganti dengan persembahan yang sederhana seperti nyanyian nasyid, talk show, acara-acara edutainment dan forum ilmiah yang sedikit sebanyak boleh mematangkan fikiran rakyat dan menanamkan nilai-nilai murni.  Alhamdu-lillah.

Talkshow dan ceramah agama di Dataran Shah Alam.

Ceramah agama santai oleh sekumpulan ustadz di Stadium Kelana Jaya.

Solat jamaah di Stadium Kelana Jaya.

Itulah pengamatan zahir yang saya dapati sepanjang tahun-tahun yang berlalu di bawah pentadbiran PR.  Saya sayangkan suasana begini.  Ia suatu yang sangat dekat dengan hati saya.  Mungkin tuan/puan juga sama.  Dan saya mahu ia terus berkekalan di negeri tercinta ini.  Bukan sahaja berkekalan, tetapi juga mudah-mudahan bertambah baik dan semakin murni dengan ajaran yang sahih dari agama Islam.

Sama-samalah kita pertahankan suasana ini di Selangor.  Setiap kita mesti berperanan.  Jangan dek kesilapan kita, nikmat tersebut dicabut oleh ALLAH Ta`ala dari negeri tercinta ini lalu menggersangkan hati rakyatnya dari majlis ilmu agama dan program-program yang mencambah kematangan fikir rakyat.  Saya tidak sanggup melihat Selangor kembali seperti dahulu!

Semoga bukan sahaja Selangor, bahkan seluruh negeri di Malaysia berubah menjadi negeri yang lebih baik keadaannya.  Melimpah kemakmuran, tersebar sejahtera dan diredhai ALLAH Ta`ala hendaknya, amin.

muzir.wordpress.com


One response to “Pertahankan Nikmat Kesuburan Majlis Ilmu di Selangor!

  • rauf

    Alhamdulillah…aku pernah menetap disana selama 2 tahun.. perbezaan yang amat ketara. amat byak program2 ilmiah yang dibuat, terutama di bulan ramadhan, Ingin sekali rasanya pergi kesana di bulan ramadhan ni jika ada kelapangan….. Semoga terus maju dibawah pemimpin2 yang adil dan amanah… semoga kami di bumi Malaysia ini diberi petunjuk kearah jalan yang benar, yakni jalan orang2 yg Engkau berikan nikmat, dan bukan pula jalan orang2 yg Engkau murkai….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: