Waspada Apabila Komen & ‘Like’ di Facebook

imagesCASGBDZ3Dalam tulisan yang lalu saya pernah menyentuh perihal tagging gambar, privacy setting dan etika menggunakan Facebook.  Tuan/puan boleh membacanya seperti berikut:

Kali ini saya hendak sentuh mengenai hal yang lain pula, iaitu sesuatu yang selalu pengguna Facebook lakukan:  Komen dan ‘Like’.

Komen dan ‘Like’ di Facebook selain bertujuan merespon sesuatu status Facebook, foto atau video, ia juga mewujudkan rantaian dalam rangkaian Facebook tuan/puan.  Apa yang tuan/puan komen dan ‘Like’ akan dimaklumkan oleh Facebook kepada rakan-rakan lain di dalam rangkaian tuan/puan.

Bagi menyampaikan mesej ini, saya sempat membuka News Feed di Facebook dan print screen beberapa paparan untuk memudahkan kefahaman.  Berikut adalah beberapa contoh paparan:

Komen & Like Facebook

Klik untuk besarkan!

Saya rasa semua maklum mengenai hal ini.

Apa yang mahu saya sampaikan ialah agar kita semua berhati-hati apabila mahu komen atau menekan butang ‘Like’.  Pilih mana yang perlu dikomen dan mana yang bermanfaat untuk di’Like’.  Kerana komen dan ‘Like’ tuan/puan akan dimaklumkan oleh Facebook kepada rakan-rakan lain dalam rangkaian Facebook tuan/puan.

Jika komen dan ‘Like’ yang tuan/puan buat itu pada status Facebook, foto atau video yang baik, maka rakan-rakan lain juga akan termaklum akan kebaikan itu.  Mereka turut sama tertempias kebaikan tersebut.  Mereka akan turut membacanya sama, melihat dan menonton.  Maka tersebarlah kebaikan.  Alhamdu-lillah.

Yang dirisaukan ialah apabila tersalah tindakan.  Memberi komen dan ‘Like’ pada sesuatu yang tidak baik.  Nanti sesuatu yang buruk akan tersebar dalam rangkaian Facebook tuan/puan.  Foto fitnah tersebar.  Video lucah tersebar.  Status Facebook provokatif tersebar.  Poster dakyah tersebar.  Dan sebagainya.  Tuan/puan mungkin tidak sengaja menyebarkannya.  Tetapi Facebook telah menyebarkannya apabila apabila tuan/puan memberi komen atau menekan butang ‘Like’.

Lebih malang ialah kadang-kadang rakan-rakan tuan/puan tidak baca pun komen tuan/puan, tetapi hanya membaca status Facebook, melihat foto dan menonton video dalam paparan utama.  Walhal sebenarnya tuan/puan membidas dan membangkang status Facebook, gambar dan foto tersebut.

Dulu saya pernah terlihat foto gadis tidak senonoh di dalam News Feed Facebook saya.  Rupa-rupanya ia terpacul keluar kerana salah seorang rakan Facebook saya telah memberi komen di bahagian komen foto tersebut.  Beliau sebenarnya menegur penghantar foto supaya jangan melakukan perbuatan yang terkeji itu.  Disebabkan beliau menegurnya di bahagian komen foto tersebut, maka foto tersebut secara tidak langsung tersebar sama ke rangkaian Facebook beliau.  Saya dan lain-lain terlihat sama.  Itulah Facebook.

Dalam kes di atas perkara terbaik yang patut dibuat ialah menghantar mesej teguran masuk ke inbox individu tersebut.  Atau buat laporan kepada Facebook seperti berikut:

Contoh sahaja.

Contoh sahaja.

Fikirlah secara berstrategi apabila menggunakan Facebook.  Anggaplah Facebook ini sebagai pengadu domba yang lurus bendul.  Dia sebarkan hal orang itu dan sebarkan hal orang ini tanpa menapisnya. Justeru apabila menggunakan Facebook, berhati-hatilah.  Kerana Facebook menunggu-nunggu sahaja apa yang mahu dilontarkan oleh si pengguna Facebook.  Facebook boleh menjadi orang tengah yang menyatukan manusia dan memisahkan manusia.

Jangan kita terperalat, biar kitalah yang memperalatkannya.

BerFacebooklah ibarat tuan/puan berjalan di lorong yang berduri.

Berduri, elakkan.  Tidak berduri, silakan.

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: