Cacai, Macai, Pencacai

Perkataan cacai, macai, pencacai banyak digunakan akhir-akhir ini oleh masyarakat awam, khususnya dalam dalam tulisan-tulisan di internet.  Sebelum ini, saya tidak pernah mendengarnya.  Jadi, saya pun memilih untuk tidak menggunakannya.

Apatah lagi perkataan tersebut digunakan seseorang dengan konotasi yang negatif.  Lagilah menyebabkan saya menjauhinya.  Risau boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.  Jadi, saya tidak menghiraukan perkataan-perkataan tersebut.

Namun, apabila melihat orang akademik berkelulusan PhD menggunakan perkataan tersebut dan malah diterbitkan di suratkhabar utama, saya mula tertanya-tanya mengenainya.  Saya memeriksa ke laman DBP mengenainya, dan berikut adalah jawapan mereka:

Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu.

–  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pencacai

Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagai entri dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu.

–  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cacai

Perkataan “macai” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP dan belum diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu.

–  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=macai

Nampaknya perkataan-perkataan tersebut memang dalam tiada kamus Bahasa Melayu.  Namun, ada kemungkinan perkataan-perkataan tersebut akan dimasukkan ke dalam kamus terbaharu jika ia selalu digunakan oleh masyarakat.

Walau apa pun perkataan yang kita gunakan, eloklah kita jaga lidah kita dari menyinggung perasaan orang lain.  Risau nanti boleh menyebabkan permusuhan.  Mari kita sama-sama muhasabah hadith berikut:

Dari Abu Musa al-Asy`ari (أبو موسى الأشعري) radhiAllahu `anhu, katanya aku bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ ؟

ِقَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِه

“Wahai Rasulullah, Islam yang bagaimanakah lebih utama?  

Bersabda Baginda:  

“Sesiapa yang orang-orang Islam lainnya selamat dari lidahnya dan tangannya.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: