3 Syarat Agar Kempen Dikira Amalan Soleh

Saya sangat jarang bercakap tentang politik walaupun politik itu sebahagian daripada urusan ummat Islam yang sangat penting.  Di blog ini sangat jarang.  Di Facebook sangat jarang.  Di luar juga sama.

Namun, sempena musim pilihanraya ini, saya selalu bercakap tentangnya terutama di blog dan di Facebook.  Maaf jika sahabat-sahabat tidak selesa.  Saya tidak mahu ketinggalan berkempen sama.

Saya berharap dengan bercakap tentangnya, akan timbul kesedaran dan semangat untuk kita sama-sama mengubah landskap politik negara.  Dari buruk kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik, in shaa’ ALLAH.  Dan mudah-mudahan ada pahala di sisi ALLAH atas usaha kerdil ini, amin…

Marilah sama-sama kita memainkan peranan.  Sebarkan kesedaran di kalangan kita dan ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita bahawa negara kita ada peluang untuk memperolehi kesejahteraan yang merata kepada semua masyarakat, bukan hanya kepada kelompok tertentu sahaja.  Kemakmuran negara ini boleh tersebar luas menyentuh setiap kulit dan hati rakyatnya, bukan hanya kepada kumpulan atau keluarga tertentu sahaja.  Dan mudah-mudahan ke arah keredhaan ALLAH, amin…

Kita kempen cara kita.  Cara muslim.  Cara baik berakhlaq.  Cara yang boleh memungkinkan kita dapat pahala dari sisi ALLAH.  Cara yang ALLAH suka dan redha.

Berlumba-lumbalah buat kebaikan!

Berlumba-lumbalah buat kebaikan!

Tiga (3) syarat sesuatu amalan seseorang itu dikira soleh di sisi Islam ialah:

  1. Beriman kepada ALLAH.
  2. Niatnya baik ikhlas kerana ALLAH.
  3. Caranya baik menepati syariat Islam, tidak bercanggah dengannya.

Berimanlah kepada ALLAH dengan sepenuh hati.  Bulatkan hati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan hanya ALLAH.  Jangan sekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.  DIA lah Penjaga dan Pentadbir semuanya.  Hendaklah juga beriman dengan MalaikatNYA, Kitab-KitabNYA, Rasul-RasulNYA, Hari Akhirat dan beriman juga dengan ketentuanNYA iaitu qadar dan qadha’NYA.  ALLAH harapan dan tempat bergantung kita semua.

Kemudian luruskanlah niat kita kerana ALLAH dan bulat teguh pengharapan kepada ALLAH akan balasan baik daripadaNYA.  Bukan mengharapkan selain daripadaNYA.  Dan hati hendaklah sentiasa bertawakkal kepadaNYA iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.

Seterusnya, dari segi cara hendaklah jangan sampai melanggar batas-batas syara`.  Ambillah nasihat-nasihat para `ulama bagaimana untuk berkempen kerana mereka faham akan sejarah bagaimana dulu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in pernah berjuang.  Tiada lain melainkan contoh Nabi lah yang mesti kita ikuti dan ibrahi.  Berakhlaqlah dengan akhlaq yang baik sepanjang berkempen.  Menfitnah, menipu, mengutuk, mencaci, mengeji, melaknat, merasuah, mengadu-domba, bermuka dua dan memutuskan persaudaraan bukanlah cara yang dibenarkan Islam.  Hendaklah taqwa iaitu sedar akan dosa dan pahala ketika melakukan kempen.

Mudah-mudahan dengan tulisan ini, kita mulai sedar bahawa semua usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia selagi memenuhi syarat penerimaan amal menurut Islam.  Semoga usaha kempen kita diterima oleh ALLAH Ta`ala sebagai amalan soleh dan bisa menjadi sebab untuk mendapat rahmat ALLAH pada Hari Akhirat nanti, amin…

Ayuh berkempen!

Fastabiqul khairaat!

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: