Hamzah & `Umar Dalam Parti Gerakan Islam

Gagah dan berani untuk Islam!

Gagah dan berani untuk Islam!

Budaya samseng ala Abu Jahal sentiasa mengacau perjuangan kebenaran yang diperjuangkan oleh hamba-hamba ALLAH yang komited untuk memperjuangkan Islam.  Dengan akhlaq yang buruk, tidak tahu malu dan keras hati, mereka menggangu dengan penuh zalim.  Memang menyakitkan hati!

Sebab itulah kehadiran Hamzah dan `Umar radhiAllahu `anhuma dalam fasa awal dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam benar-benar membantu memperlahankan kesamsengan puak-puak asabiyyah 1Quraisy ketika itu, seterusnya menguatkan semangat perjuangan Islam.

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam pernah di tarik baju dan diludah oleh `Utaybah bin Abu Lahab, tetapi ludahan itu tidak mengena muka mulia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Pernah juga Baginda dipijak lehernya ketika sedang sujud oleh `Uqbah bin Abi Mu`ayyat.  Abu Jahal pernah mengangkat seketul batu yang besar untuk dihempap ke atas Baginda ketika sedang sujud.  Tetapi dia tidak meneruskan niatnya kerana ketakutan apabila terlihat seekor unta jantan yang sangat garang menghalangnya.

Abu Jahal juga pernah memukul Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dengan seketul batu hingga berdarah kepala Baginda.  Pernah juga Baginda dikepung dan dicekik oleh sekumpulan lelaki, namun diselamatkan oleh Abu Bakar as-Siddiq.  Samseng betul mereka kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan pejuang-pejuang Islam yang lain ketika itu.

Penyertaan Hamzah & `Umar Dalam Islam Menguatkan Perjuangan Dakwah

Dalam keadaan yang genting di mana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam selalu diancam akan keselamatan nyawanya, pada ketika itulah ALLAH Ta`ala telah mentaqdirkan 2 orang yang gagah perkasa serta disegani oleh seluruh kaum Quraisy memeluk Islam.  Hamzah bin `Abd al-Muttalib radhiAllahu ‘anhu telah memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun ke-6 kenabian.  Manakala `Umar al-Khattab radhiAllahu `anhu telah memeluk Islam 3 hari selepas Hamzah radhiAllahu `anhu memeluk Islam.

Dengan keIslaman 2 individu ini, maka Islam telah dikuatkan.  Ummat Islam semakin berani untuk beribadah secara terang-terangan dan malah ada yang beribadah berdekatan Ka`bah.  Mereka tidak takut lagi untuk berkumpul dan duduk berhalaqah di sekitar Ka`bah dan bertawaf mengelilinginya.  KeIslaman 2 individu ini memberikan keuntungan yang besar kepada perjuangan dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Setelah Hamzah bin `Abd al-Mutallib dan `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhuma memeluk Islam, pembesar-pembesar Makkah mula mengambil pendekatan diplomasi dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Tidak berani lagi hendak bertindak sewenang-wenangnya kepada Rasulullah dan orang-orang Islam yang lain.

Gerakan Islam Mesti Disertai Lelaki Gagah

Mengambil ibrah dari kisah tersebut, parti gerakan Islam mesti disertai lelaki-lelaki seperti Hamzah dan `Umar yang gagah badannya, berani jiwanya, tegas, tahan lasak dan garang.  Sifat-sifat itu ada manfaatnya untuk perjuangan Islam.  Dan akan dibalasi dengan hasanah jika betul niat dan caranya.

Kehadiran lelaki-lelaki tegas, perkasa dan berani sebegini bukanlah untuk mereka berlaku zalim kepada orang lain, tetapi sebagai tenaga kekuatan kepada perjuangan Islam.  Kesamsengan puak-puak yang menentang perjuangan Islam bisa diredupkan oleh keperkasaan lelaki-lelaki sebegini dalam parti atau gerakan Islam.  Merekalah Hamzah dan `Umar zaman ini.

Moga-moga ramai lelaki-lelaki ala Hamzah dan `Umar radhiAllahu `anhuma yang besar tubuhnya, kuat tenaganya, berani sifatnya, tegas sifatnya, garang wajahnya, ringan tangannya dan seumpamanya masuk ke dalam perjuangan Islam.  Mengimbas situasi Hamzah dan `Umar, walaupun mereka masuk dalam perjuangan Islam, panas baran mereka masih membuak seperti sedia ada, garang dan tegas mereka tetap ada.  Tetapi mereka menggunakannya untuk perjuangan Islam.  Dan dalam baran-baran itu, hati mereka semakin lama semakin lembut akibat taqwa yang sedikit demi sedikit menyubur di hati mereka.  Mereka mulai rasional.  Mulai sabar.  Mulai taqwa.

Itulah yang kita harapkan terjadi sama kepada lelaki-lelaki perkasa, berani, tahan lasak, tegas dan kuat yang masuk dalam perjuangan Islam.  Kekuatan mereka digunakan untuk Islam kerana ALLAH.  Memanfaatkan kekuatan, kebaranan dan kegarangan itu untuk Islam.  Mengendurkan kesamsengan pihak yang menentang perjuangan Islam.

Di lapangan mereka mujahid.  Di tempat sujud mereka `abid.

ALLAHU AKBAR!

muzir.wordpress.com


2 responses to “Hamzah & `Umar Dalam Parti Gerakan Islam

  • Khairun ummah

    Parti gerakan Islam usaha untuk dapat kuasa pemerintahan negara. Nabi S.A.W dan Sahabat R.Anhum usaha untuk selamatkan umat diseluruh alam sampai kiamat.Kebanyakan kubur orang politik dalam negara bahkan kebanyakan kubur Sahabat Nabi S.A.W bertebaran pelbagai negara. Semoga Allah ampuni saya dan umat telah tinggalkan kerja dakwah cara Nabi S.A.W.

    Like

    • Shahmuzir

      Baca sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Barulah kita nampak bagaimana dakwah cara Baginda. Jangan ambil satu juzuk sahaja kemudian kita kata ini cara Nabi, sedangkan cara Nabi pelbagai dan menyeluruh.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: