PRU-13: Saya Pilih Pakatan Rakyat!

ABCD

Saya pilih Pakatan Rakyat (PR), iaitu PAS, PKR dan DAP.  Dan saya suka untuk berkempen bagi pihak mereka.  Jika PR menang 2/3 dalam parlimen dan berjaya bentuk kerajaan baru (mudah-mudahan), saya bersyukur kepada ALLAH, alhamdulillah.

Saya pilih mereka dengan harapan yang besar untuk membersihkan negara kita yang selama ini banyak unsur penyelewengan, korup, rasuah, tidak amanah, tipu, menindas, bolot harta negara dan sebagainya.  Kerajaan hari ini ibarat pejabat besar yang banyak perabot, berperalatan mewah, penuh perhiasan tetapi kotor, bersawang, banyak najis di dalamnya.  Saya harap PR ambil alih pentadbiran pejabat ini dan bersihkannya, supaya semua yang duduk dalam pejabat itu dapat bekerja dalam keadaan yang lebih selesa dan sejahtera, lalu meningkatkan produktiviti kerja.

Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di bawah pentadbiran PR menjadi kayu aras harapan ini.  Mereka berjaya melakukannya di negeri2 tersebut.  Terbukti sudah bahawa mereka layak untuk diberikan peluang yang besar untuk menerajui negara tercinta pula.

Pertahankanlah nikmat ini!

Pertahankanlah nikmat ini!

Memulihkan nilai kemanusiaan dan moral, mengembalikan nilai fitrah manusia dan memartabatkan maruah rakyat dan negara adalah tugas penting PR jika menang PRU-13 ini.  Saya pilih PR (PAS, PKR & DAP).  Saya harap tuan/puan juga.  Ini kalilah!

Jika PR gagal melaksanakan dengan baik, PRU-14 bakal menjadi medan hukuman buat mereka sebelum mereka dihukum di Akhirat kelak. Rakyat ada kuasa memantau dan memilih. Kalian samada BN atau PR tidak dapat berdalih-dalih.

Esok adalah Hari Pengundian.  Sebelum saya menamatkan sesi kempen PRU-13 untuk diri saya, saya mengajak diri saya agar muhasabah semula atas sebab apakah saya memilih untuk berkempen bagi pihak PR.

ALLAH Ta`ala berfirman:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.  Dan bertaqwalah kepada ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNYA).”

Saya menolong kempen untuk PR dalam PRU-13 kerana percaya dan telah terbukti mereka mempunyai hasrat dan nilai-nilai yang baik dalam gerak kerja politik mereka.  Apatah lagi ada parti yang saya sayangi iaitu PAS di dalam pakatan PR berkenaan.  PAS saya harapkan dapat memperjuangkan nilai-nilai Islam syumul di dalam negara tercinta, Malaysia.  Mereka mahu mendirikan Malaysia yang adil, sejahtera dan makmur.

undi_pas1

Saya tidak menyokong BN kerana telah kelihatan di mata dan telah sampai ke pengetahuan saya akan keburukan perbuatan mereka.  Bukan sahaja sepanjang musim kempen yang dipenuhi oleh unsur-unsur samseng, lucah dan penipuan buatan mereka, malah yang lebih jelas ketidaksetujuan saya kepada mereka ialah cara mereka mentadbir negara sepanjang tempoh diberikan amanah.  Tidak amanah, hiburan keterlaluan dan jauh dengan nilai Islam sangat sinonim dengan BN.

Saya pilih Pakatan Rakyat.  Ini kalilah!

Selamat mengundi buat semua.  Semoga ALLAH Ta`ala berkati kita, rakyat Malaysia dan bumi tercinta ini, amin…

muzir.wordpress.com

————————————————-

Tulisan berikut ditulis dengan mood PRU-13:

Berikut pula adalah status-status Facebook berkaitan PRU-13:

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: