Masih Banyak Kebaikan Pada Manusia…

Masih banyak kebaikan pada hati-hati manusia di luar sana.  Jangan putus asa dan putus harapan kepada manusia lain.  Jangan hanya kerana kita selalu dipaparkan dengan berita, gambar dan video negatif mengenai sikap manusia, maka kita menafikan kebaikan pada manusia secara umumnya.  Kebaikan masih ada.  Dan kebaikan itu sentiasa berpotensi untuk dibesarkan dalam jiwa dan hati manusia.

Berikut adalah kompilasi video yang dirakam dari dash cam pada kenderaan-kenderaan di Rusia sebagai contoh.  Menontonnya memberikan kita suatu semangat kerana sedar masih banyak kebaikan pada manusia di luar sana yang tidak kita diketahui.  Juga membenihkan semangat buat kita sama-sama mencontohinya.  Ayuh buat kebaikan.  Sebarkan kebaikan.

Ayuh tonton sebentar:

Semoga kebaikan tersebar di seluruh dunia.  Sama-samalah kita mempromosikannya dan menyebarkannya.  Tidak lain tidak bukan mesti kita mulakan kebaikan itu pada diri sendiri terlebih dahulu.  Ia hukum yang paling asas.

Dan moga-moga kebaikan hakiki iaitu menerima Islam sebagai agama dengan mentauhidkan ALLAH dan menerima Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai pesuruh ALLAH menyinggah masuk ke dalam hati setiap manusia, amin…

muzir.wordpress.com


3 responses to “Masih Banyak Kebaikan Pada Manusia…

  • Ridzuan Zukifly

    Terimakaseh atas perkongsian.. terasa semacam nak keluar air mata, haa.. teringat bahawa kita yg muslim ada bekalan utk buat 1000 kebaikan setiap hari :

    Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apakah kamu lemah untuk melakukan 1000 kebaikan setiap hari?” Salah seorang dari sahabat yang ada bersama Baginda bertanya: “Bagaimana kami boleh melakukan 1000 kebaikan (dalam sehari)?” Sabda Baginda: “Ucaplah Tasbih (subhanallah) 100 kali nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan darinya 1000 kesalahan.” (HR Muslim)

    Like

  • Anonymous

    Subhanallah, untuk buat kebaikan Dan kebajikan Ada disekeliling kit a. Ayuh toleh kiri Dan kanan jiran kit a. Buang duri atau ranting Kayu ditengah Jalan adalah sebesar-besar kebajikan Dan kebaikan.

    Like

Leave a reply to Shahmuzir Cancel reply