Selagi Mereka Mahu Bermanja…

“Abah, janganlah dukung Jannah…”  Jannah meminta agar dirinya diturunkan.  Dia malu-malu.

“Kenapa?  Kan biasa abah dukung Jannah…”  Saya terus memeluknya.  Makin erat.  Tak bagi dia turun.

“Malulah cikgu nampak. Kawan-kawan nampak…”  Jannah membisikkan kepada saya sambil memuncungkan bibirnya ke arah guru dan rakan-rakannya.

Dah tahu malu dah anak ke-4 saya ni.  Umurnya kini sudah 4 tahun.

Kakak-kakaknya dan abangnya sudah melalui proses yang sama.  Kini dia pula.  Saya insaf sendiri memikirkan keadaan ini.

Anak-anak kita semakin membesar.  Mereka sudah mula malu menunjukkan kemanjaan mereka di khalayak ramai.  Dan mungkin akan semakin hilang mesra dan manja mereka seperti kecil-kecil jika kita tidak menjaganya dengan elok.

Jadi, selagi mereka mahu bermanja, manjailah mereka.  Layanilah kemanjaan mereka itu.  Jangan biarkan mereka tidak dimanja.  Dah besar, mungkin lain pula caranya.

Tahun 2010.

Tahun 2010

Pagi tadi di masjid saya mendukungnya dan dia tidak pula membantah.  Malah apabila saya dudukkan dia di atas meja, dia minta pula untuk saya mendukungnya.

“Aik, tak malu ke abah dukung Jannah ni…”  Saya tanya kepadanya yang manja-manja dalam dukungan saya.

“Hehe…  Cikgu tak nampak takpe…”  Balasnya dengan sangat gedik.

Pulak…!  😀

Semoga ALLAH Ta`ala pelihara kemesraan anak-anak dan ibubapa semua manusia dalam dunia ini, amin…

muzir.wordpress.com


One response to “Selagi Mereka Mahu Bermanja…

  • Al fateh72

    Dua org anak saya telah melalui proses tersebut. Sekrg tinggal yg bongsu yg masih bermanja manjaan. Semoga mereka menjadi anak2 yg solehah. Amin.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: